Assalamualaikum..
baiklah saudara dan saudari sekalian..hari ini saya ingin berbicara mengenai topik jodoh pula ya..hohoho..lawak la pulak rasanya tulis style ala2 skema tu kan..ok2, sebenarnya saje je keluarkan topik macam ni..sekarang ni bila aku fikir2 balik kan, banyak betul la budak2 yang belia remaja yang masih bersekolah or baru nak menjejakkan kaki ke alam dewasa ni bercakap soal jodoh..excuse me? jodoh? yup, aku ulang lagi sekali.. J.O.D.O.H!..rasanya macam topik tu tak berapa sesuai unuk dibincangkan pada usia yang baru nak mengenali dunia ni kan..
aku bukan apa, aku ni takde la old fashion sangat sampai tak bagi budak2 remaja tu bercinta..aku tak kisah la nak bercinta tapi pastikan la jugak pelajaran tu jadi fokus utama..pastu ada pulak yang sampai lupa family bagai..sanggup tinggalkan kawan2 semata2 nak bersama kekasih hati la..puiih!! aku cukup alergik dengan spesies yang macam ni..bercinta2 juga la adik2, tapi jangan la sampai lupakan kehidupan sendiri..btol tak?
so untuk entry ni, aku nak cerita la sikit pasal jodoh..macam yang aku letak gambar kat atas ni..kalau dah bukan jodoh, kita cuba macam mana pun untuk pertahankan tetap akan rapuh suatu hari nanti..tak esok lusa(macam lagu spider je ayat ni..haha)..ade yang bercinta dari zaman sekolah dan bertahun2 mampu pertahankan cinta diorang..sampai la masuk universiti dan ada juga sampai dah bekerja..tapi sekelip mata boleh je putus bila2 masa dan akhirnya berakhir dengan perkahwinan..tapi pengantinnya bukan la orang yang dia kenal bertahun2 sejak sekolah dulu tapi orang yang baru je dia kenal 3 bulan lepas..see? maksud aku kenal lama or tidak ni bukan la satu isu..jodoh ni tak semestinya kita kenal seseorang tu bertahun2 lamanya..
ada jugak orang yang berkahwin dengan musuh sendiri..yup, tak mustahil pun..sebab apa? sebab tu memang jodoh dia..walau macam mana dia tolak sekalipun bila dah sampai masanya dia tetap akan terima..ada jugak yang berkahwin dengan seseorang yang dia tidak sukai atau memang dia reject awal2 lagi..ni bukan termasuk dalam senarai musuh, tapi lebih kepada seseorang yang dia tak berapa suka..contohnya dia reject lelaki tu awal2 sebab lelaki tu merokok dan dia tak suka lelaki merokok..mungkin jugak dia reject sebab kerjaya yang tidak disukai, sikap yang kurang menyenangkan hati, kefahaman politik yang berbeza, negeri yang tidak disukai, status diri, rupa yang kurang menarik, perbezaan umur yang sangat ketara dan macam2 sebab yang lain lagi la..tapi, akhirnya tetap akan berkahwin sebab memang sudah tertulis jodohnya dengan seseorang yang tidak disukai tu..
kesimpulannya, tak payah cakap banyak soal jodoh ni sebenarnya..manusia kan hanya merancang tapi Allah yang menentukan..lagipun, Allah dan tuliskan siapa jodoh kita sejak kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu..jadi adik2, tak payah la tulis status pasal jodoh2 di fb tu..hehehe(tu je niat utama buat entry ni sebenarnya)
"Kalau suka tak semestinya bercinta,
Kalau bercinta tak semestinya ada jodoh,
Kalau ada jodoh takkan kemana jua"
No comments:
Post a Comment