Friday, December 7, 2012

TeKnOLoGi Ni KaDaNg2 MeNyUsAhKaN!!



di suatu malam yang hening, aku terbaring kesepian di atas katil..hanya bertemankan laptop uzurku..kedengaran di luar sana bunyi2 yang tidak sedap didengar seperti enjin motor, kereta, bas..tidak terkecuali enjin bot kapal selam dan juga enjin kapal terbang turbo..ok itu aku bohong..entah kenapa hari ini kurang kedengaran bunyi cengkerik..mungkin bunyi itu tenggelam dek kerana bunyi enjin2 yang aku nyatakan sebentar tadi..

selepas aku berfikir panjang, aku mula membuka laman web kesukaan ku..tidak lain tidak bukan, pada waktu begini lah aku suka menonton rancangan running man..tiap2 minggu aku nantikan episode baru running man..aku tidak pernah jemu..aku menekan papan kekunci mencari episode running man yang terbaru..mata aku tertumpu pada angka episode 122..itu lah yang aku tunggu selama ini..setelah aku melihat dengan gembira setiap part..tiba lah pula giliran part 6..aku mainkan sekejap video itu kemudian buffer kan sementara..memberi laluan kepada video itu untuk bergerak dengan lebih laju..aku menunggu dengan penuh kesabaran..sementara menunggu, aku mula memikirkan masa depan aku yang tidak berapa kelihatan..mungkin akibat mendung hujan..tak apalah, nanti mungkin akan ada cahaya matahari di dalam kehidupan aku suatu hari nanti..kalau tidak berjumpa juga sinaran matahari, aku merancang mahu membeli lampu spotlight sahaja..janji terang juga kehidupan aku..selepas aku mengelamun pasal lampu spotlight, mata aku memandang ke arah video tersebut..nampaknya segala penat lelahku membuahkan hasil apabila aku nampak video itu sudah habis buffer..dengan muka yang sangatlah excited aku mula ingin menekan butang play..muka excited aku memang tersangat lah excited..jika untuk kepastian, anda boleh lihat muka budak di bawah..


ye betul,aku tidak tipu..lebih kurang begitu lah muka excited aku untuk menekan butang play..



sikit lagi...



ye, sikit lagi hampir sampai..



hampir sangat untuk melihat 'part 6'



hampir sampai untuk menekan butang 'play'...







papppp!..sekali tangan aku terlajak tertekan butang 'PART 7'..



PART 7????...OH DEM!!!!!!!!.. bunyi jeritan di dalam hati..



p/s~ korang rasa apa yang perlu aku buat..adakah aku patut pulas je tangan aku yang terlajak menekan part 7 tu ataupon aku perlu salahkan teknologi yang 'segalanya di hujung jari anda'



'segalanya di hujung jari anda'??? puih!aku tak kira!..aku nak salahkan teknologi jugak!..huaaaaaaa....


No comments:

Post a Comment