Assalamualaikum,
Amboi, bukan main panjang tajuk entry kali ni. Hahaha. Seperti yang di janjikan, entry kali ini memang betul2 serius dan aku tak main2 ye uoolss kesayanganku. Sila ambil perhatian lebih2 lagi kepada para gadis2, akak2, makcik2 yang nak cantik dan gorgeous di luar sana. Entry kali ini bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan mana2 pihak. Cuma sekadar memberikan sedikit info yang berguna. Jika selepas membaca entry ini, anda masih juga nak teruskan pemakaian produk tersebut, silakan menggunakan tanpa was2. Tetapi sila berjaga2 sekiranya berlaku sebarang tindakbalas negatif di kulit muka anda. Cewah, dah bagi amaran awal2 ni..Hihi.
Produk muka yang ada merkury atau bahan merbahaya biasanya mempunyai unsur yang sama. Jenis likat bila anda memegangnya. Dan warnanya lebih terang. Kebiasaannya berbau sangat harum. Kenapa harum? Sebab mereka campurkan perfum untuk menutup bau kimia yang merbahaya tu. Apa yang lagi menarik biasanya skincare yang merbahaya ni boleh nampak keberkesanannya dalam masa seminggu sahaja! Produk2 itu juga mampu menghilangkan parut jerawat, mencerahkan wajah, menghilangkan jeragat, mengecutkan jerawat yang tumbuh, menjadikan kulit anda kelihatan pinkish2. Menarik kan? Sebabnya bahan2 terlarang tersebut dan menghakis kulit anda tanpa disedari dan menipiskan. Hingga boleh nampak wajah anda kemerah-merahan. Sebenarnya bukan pinkish2 yang anda idamkan tu terjadi sebab kulit sihat tau..haa, seram tak seram tak..nak sambung baca? Ok, sila baca dengan bersabar.
Aku pernah terguna salah satu produk yang merbahaya ni. Memang tengah 'hot' lagi di pasaran sekarang. Masa guna produk tu memang kulit cantik tak terkata. Memang ramai yang puji. Kulit memang flawless sampai tak naik jerawat langsung. Licin macam permukaan telur rebus yang baru dikupas kulit. Muka memang pinkish2 habis. Semua pakat duk tanya pakai produk apa. Aku ni dengan jujur bagitau la kat cousin aku. Konon macam sama2 cantik gitu nanti..ececeh. Aku pakai produk tu dalam 4 bulan kot, sampai satu hari cousin aku bagitau yang dia terjumpa satu fb cerita pasal produk2 yang merbahaya ni. Akak tu memang study bahagian kosmetik2. Aku lupa la nama fb. Tapi haritu aku usha fb akak tu dah tak ada. Ntah la kalau kena report ke macam mana sebab dia dedahkan kosmetik2 berkenaan. Lepas cousin aku inform macam tu, aku buat reseach secara lebih mendalam tentang produk2 ni. Aku terjumpa satu bukti yang kukuh yang boleh aku klasifikasikan produk2 yang kononnya diciptakan resepi turun temurun oleh nenek moyang ni adalah MERBAHAYA SAMA SEKALI..produk2 ini adalah 'REBRAND'. Nak tahu bukti? Cuba korang buka mata buka hati. Lihat dan perhati betul2 apa yang sama disetiap picture yang aku bagi ni. Setiap picture berlainan produk tau. Bukan produk yang sama. Tapi aku hide kan label produk tersebut.
Kalau anda salah satu pengguna skincare di atas2 ni, mesti boleh cam cara pembungkusan produk2 ni kan? Ok, sekarang aku nak korang buat perbandingan krim yang terdapat di setiap gambar. Sama ke x setiap satu? Kalau tak sama semuanya pon mesti akan ada yang sama 2 jenis krim. Kalau yang berbeza pun sabun dan segala jenis produk tambahan di dalam skincare tersebut. Macam mana boleh sama pulak tiap satu produk? Memang tak logik kalau hasilkan krim yang sama betul tak? Sebabnya, produk ini adalah rebrand ladiesss. Biasanya mereka beli secara pukal di Thailand, bawa masuk ke Malaysia dan rebrand menggunakan jenama sendiri. Simple je kan?
Aku pernah tanya seller yang jual salah satu produk di atas(seller yang aku beli produk tu):
ME: Salam sis, kenapa saya ada terdengar yang produk ni di rebrand ye? Sebab saya guna produk ni. Memang ok. Tapi jadi was2 pulak. Boleh sis bagitau produk ni dikilangkan di negeri mana?
SELLER: W'salam yunk, akak pon pengguna produk ni juga. Akak ada di luar ni. Nanti dah balik rumah akak bagi detail ye.
ME: ok tq akak :)
SELLER: welcome dear :)
Sehari...............
2 hari................
3 hari...............
seminggu.................
sebulan....................
berbulan-bulan.....................
Mereput aku tunggu jawapan, sampai sudah tak ada dia inform kat aku. Aku pernah buka page produk tu, ramai yang duk tanya dengar cerita produk ni tak ada kilang pembuatan. Apa yang lagi munsykil seller sendiri duk pakat tanya seller yang jual produk ni kat mana dikilangkan. Habis seller sendiri pun tak tahu. Nak tanya siapa lagi ye tak? Last2 aku buat keputusan stop pakai produk tu serta merta lepas reseach macam2. Alhamdulillah kulit aku tak ada irritasi yang pelik2. Cuma dah tak sepinkish dulu la. Kikikiki. Aku berehat lama juga, tak pakai apa2 produk, sampai aku terjumpa satu produk orang muslim yang memang tak menipu. Tak ada bahan mercury dan bahan merbahaya. Produk tersebut ialah produk Nurraysa. Owner dia orang Kuantan je. Aku pulak orang Kuantan jugak. Memang senang nak dapat stok. Owner muda lagi, ada masuk dalam surat khabar baru2 ni. Yang lagi aku percaya produk ni sebab tak ada krim untuk pagi, petang, siang dan malam. Produk ni hanya ada UV cream, treatment serum(dalam bentuk gel), whitening spray(dalam bentuk cecair..hanya spray kat muka). Produk ni memang aku yakin lepas beberapa bulan aku gunakan. Satu lagi produk yang aku yakin tak ada bahan merbahaya ialah Seqy Beauty Skincare. Aku tak pakai pon produk ni tapi aku memang yakin tak ada bahan merbahaya.. Haa, macam mana tu? Nak tau detail korang terus la hubungi Sepet ye..kenal sepet? Alaaa, yang blogger famous tu kan. Tu produk dia la tu. Boleh check di blog dia ok..
Aku rasa cukup sampai sini dulu. Korang cuba la fikir yang mana pilihan hati. Nak raut wajah cantik masa muda tetapi kesan sampingan di hari tua atau produk yang bagi anda kulit yang sihat secara alami tanpa bahan merbahaya(tapi selalunya kalau tanpa bahan merbahaya ni hasil lambat sikit. Memang wajib bersabar). Ok uollss, sehingga bertemu kembali di entry yang akan datang!
p/s:
**entry ini bukan berniat untuk menjatuhkan mana2 seller, pengasas produk dan sebagainya. Sebab itulah label di setiap gambar ditutup.
**entry ini bukan ditaja oleh mana2 seller, pengasas produk dan sebagainya.
**picture di atas hanya sebahagian kecil yang dijumpai di rebrand dengan label tersendiri. Mungki ada banyak lagi di luar sana. Wallahu'alam..Tips untuk tahu produk tu rebrand atau bukan, cuba check krim yang dijual. Jika sama jenis macam krim yang dalam picture2 ni memang sah produk rebrand.
**picture di atas hanya sebahagian kecil yang dijumpai di rebrand dengan label tersendiri. Mungki ada banyak lagi di luar sana. Wallahu'alam..Tips untuk tahu produk tu rebrand atau bukan, cuba check krim yang dijual. Jika sama jenis macam krim yang dalam picture2 ni memang sah produk rebrand.
Kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang Nurraysa Skincare boleh hubungi aku. Aku bukan seller ye uolls. Cuma aku stay di Kuantan dan senang dapat stok sebab produk tu di hasilkan di Kuantan. so boleh berhubung dengan Cik Eyra: 013-9907672
Kalau ada yang berminat dengan Seqy Beauty Skincare tu korang boleh hubungi Blogger Sepet untuk detail. Sebab aku tak pakai produk tu so aku tak tau nak explain lebih lanjut. Tapi InsyaAllah produk tu tak ada bahan terlarang.