Saturday, November 7, 2015

Cara Bagaimana Nak Bagi Orang Rindu Pada Kita

Assalamualaikum,

I'm back! Setelah hampir setahun mereput dalam dunia sendiri.. Aku macam tiba2 busy tanpa disedari..lepas tu aku terlupa nak update segala cerita yang terjadi hampir setahun. Harini tiba2 datang teringat

 'OMG! Aku rasa macam dulu aku pernah ada blog! Dimana beliau sekarang ini?'


Lantas aku pun membuka website dan memasukkan email dan password..mujur la aku masih ingat lagi password blog ni..lepas tu buka bahagian post. Kali terakhir aku update blog ni 23 November 2014..what??? Aku check tarikh hari ni. 7 November 2015..whatttt?? Memang hampir setahun aku mereput tak tulis blog..sungguh malu pada diri sendiri..mujur la ni bukan blog popular seperti Hanis Zalikha atau Fatin Liyana. Tetamu yang datang menjengah pon boleh kira dengan jari..terima kasih pada yang sudi membaca. Aku termalu sendiri bila fikir ada orang baca blog ni. Bukan apa, dulu aku private kan blog ni. Untuk tatapan aku sorang je. Sebabnya? Blog ni merapu dari zaman aku study. Baca balik entry lepas2 memang rasa macam nak lari laju2 menyorok muka dalam magkuk tandas.. Haaa,cenggitu sekali perasaan malu kau ye Cik Eyra.. okey, tak apa. Ni aku dah kembali. Tapi apa kaitan tajuk entry aku tadi?

Owh, banyaknya aku membebel. Okey, tajuk kat atas tu Cara Bagaimana Nak Bagi Orang Rindu Pada Kita kan? Caranya mudah je, lebih2 lagi kalau anda seorang blogger. Caranya, buat seperti aku, hilangkan diri selama setahun di blog. Mesti semua orang akan tercari2 anda. Tapi sebenarnya kalau anda seorang blogger seperti aku yang tiada orang ambil peduli ni tak apa la buat macam tu. Kalau yang dah femes beribu2 followers tu kau tak update selama 3 hari pon memang orang dah tercari2. Ecececeh.

Baiklah, sekian untuk entry permulaan tahun ini. Maaf tajuk tadi hanya mitos semata2. Harap tiada yang ambil serius. 

**ENTRY SELEPAS INI MEMANG AKAN SERIUS..PERCAYALAH..SANGAT PENTING ESPECIALLY KEPADA GIRL2 DI LUAR SANA**


No comments:

Post a Comment