Assalamualaikum,
Entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku masa kecil-kecil, masa sekolah asrama, dan masa study di kolej. Aku tak adalah nak ceritakan semua. Mungkin ambil beberapa cerita dulu, lain kali aku buat entry lain pulak ok..
1. HANTU TANGGA
Kisah ni selalu terjadi kat aku masa study di kolej dulu. Aku dan kawan-kawan tinggal kat asrama tapi tak adalah nampak macam asrama sebab kolej tu sewa sebuah rumah 2 tingkat di bangi. Jadi tak nampak asrama pun, rasa macam rumah sendiri je. Kalau tak silap masa tu kami tinggal 9 atau 10 orang satu rumah. Rumah tu pulak ada 4 bilik. Satu bilik dekat bawah dan 3 lagi bilik kat tingkat atas. Aku duduk kat bilik atas. Tapi bestfriend aku yang dua orang tu duduk bilik bawah. Jadi kalau tak member aku yang naik atas mesti aku yang akan turun bawah. Kadang2 hari minggu semua budak2 rumah aku keluar. Tinggallah aku dengan 2 lagi bestfriend aku yang stay kat rumah(maksudnya kami bertiga je la).. Kami jarang2 keluar. Bila dah duduk lepak kat rumah je confirm la boring kan, makanya kitorang ni pon buatlah movie marathon. Konon masa tu aktiviti tu la yang paling best dan berfaedah kitorang buat. Bila dah pukul 2 or 3 pagi lepas habis movie, barulah aku ni menggelupur nak naik kat atas(bilik aku) sebab kat atas tu tak ada sorang umat manusia pun. Member aku pulak tidur bilik bawah kan. Kadang2 aku tumpang bilik diorang je tidur sebab takut nak naik atas. Tapi selalu tak selesa sebab bilik diorang tersangat la kecil sampai nak berjalan pun bersempit2..Muat untuk letak katil double decker dengan 2 almari baju jer. Nampak tak betapa kecil bilik tu. Badan member aku pulak boleh tahan bsar. So, mana la ada ruang sangat untuk aku walaupun aku ni kecil. Melainkan kitorang tidur berhimpit2 atas satu katil double decker tu..Hahahaha.. Kadang2 pulak sebab aku nak naik kat atas jugak, aku suruh member aku tolong temankan naik tangga nak ke bilik. Padahalnya kalau ikutkan tangga tu betul2 depan pintu bilik kawan aku tu.Hahaha. Terpaksa la kawan aku ni teman naik ke atas. Pastu bila dia nak turun laju je dia berlari turun. Dia pun takut sebenarnya. Kadang2 pulak aku malas nak susahkan dia, so aku terpaksa la naik sendiri nak ke bilik tu. Tapi kalau aku naik bilik sendiri mesti kawan aku akan tunggu kat depan pintu bilik dia sampailah dia dengar pintu bilik aku tertutup, baru dia akan tutup pintu bilik dia. Bagus tak kawan2 aku ni? Memang setia kawan habislah. Kehkehkeh. Tapi korang tak terasa pelik ke kenapa kitorang takut sangat dengan tangga dalam rumah tu? Sebabnya 'benda' kat dalam rumah tu suka mengusik kat tangga. Selalunya bila kita nak naik kat tingkat atas, akan dapat rasa macam angin yang laju dan bayang2 warna putih(kadang2 macam hitam) akan melintasi dengan laju. Kalau nak lintas time naik tangga tu tak adalah kisah sangat. Masalah utama bila nak turun tangga pergi kelas, 'benda' tu pun sama je laju nak turun lintas kami2 ni pulak. Kadang2 sampai kitorang ni nak terjatuh tangga sebab 'benda' tu. Ntah apa yang 'benda' tu nak cepat sangat pun tak tahu la. Asyik nak melintas je kerjanya. Kadang2 bila duduk sorang2 pulak akan dengar 'benda' tu main kat tangga. Dia naik pastu dia turun. Naik lagi pastu turun. Pergh, memang scary sebab kita dapat dengar dngan jelas bunyi tapak kaki naik turun tangga. Satu lagi, kalau nak turun tangga, kadang2 'benda' tu tak lintas kita tapi macam dapat rasa dia ada kat belakang atau sebelah kita. Ada satu hari tu, aku turun tangga sebab nak pergi dekat bilik member aku yang bawah tu. Time tu nak pergi kelas la. Kawan aku tengah bersiap2 dalam bilik dia, tapi bilik dia kan mengadap tangga, nampak la aku turun tangga nak pergi kat dia kan. Bila aku sampai kat bilik dia, dia terus cakap kat aku "tadi ada benda tu berjalan sekali dengan kau kat belakang"...Haaa, kan aku dah agak sebab macam dapat rasa benda tu berjalan dengan aku. Memang 'benda' tu suka ikut orang naik turun tangga agaknya. Tapi, kitorang malas nak ambil port. Janji dia tak tunjukkan wajah sebenar dia pun bagi aku dah cukup bersyukur. Jadi, disebabkan 'benda' tu selalu mengacau tangga, kitorang takut nak naik atau turun tangga dalam rumah tu. Tapi kalau tak guna tangga, nak guna apa lagi untuk naik dan turun kan?(redha jela).
2. Hantu PEMOTONG RAMBUT
Kejadian ni pulak berlaku masa aku berada di asrama Sekolah Teknik. Aku penghuni Dorm J. Masa tu aku tak sure la berapa ramai yang duduk dalam satu dorm tu. Tapi yang pasti dorm tu terbahagi kepada 2 bahagian. Ditutup dengan dinding separuh. Jadi yang belah aku ni ada lebih kurang dalam 10 orang jugak. Mula2 aku tidur bahagian atas. Tapi lama-lama aku ambil katil bahagian bawah pulak. Katil asrama macam biasa la guna katil double decker jugak. Nak dijadikan cerita, ada sorang member satu dorm aku ni rambut amatlah panjang. Kalau tak silap sampai bahagian punggung. Rambut dia lurus panjang. Kalau malam2 memang menakutkan sebab dia akan lepaskan rambut dia dan rambut dia tu akan terjatuh sampai nampak di bahagian katil bawah(bahagian aku tidur tu). Mana la tak terkejut kalau aku bangun malam2 pastu bila tengok atas, nampak rambut terapung panjang. Rupa2nya rambut dia. Memang aku marah betul la kalau sebelum tidur aku nampak rambut dia terapung macam tu. Korang biasa dengar tak cerita-cerita biasa kat asrama(asrama kan banyak cerita hantu) kalau tidur pastu orang tu rambut panjang, bila kita bangun esok pagi, rambut kita yang panjang tu kena 'jalin hantu'. Kemudian rambut kita tu akan buruk sebab bekas hantu yang jalinkan. Haaa, tapi cerita aku ni tak sama macam tu. 'benda' yang mengacau kat dorm aku tu suka potong rambut. Mungkin dia bekas pereka potong rambut yang sudah mati. Sebabnya rambut kawan aku tu cuma potongan panjang dan straight je. Tak ada potong serong2 ke kat bahagian bawah tu. Apa yang peliknya sebab rambut kawan aku tu makin lama nampak macam makin pendek. Dari bawah punggung rambutnya dan nampak macam atas punggung pulak. Mungkin dah pendek bahagian pinggang. Satu lagi, rambut dia daripada jenis tak berfesyen tu tiba2 nampak macam ada gaya pulak. Kat bahagian bawah rambut dia tu nampak seperti dipotong bentuk V atau bentuk U. pelik tak? Sejak tu, dia dah takut nak tidur letak rambut dia berterbangan bebas macam tu jer.. Dia mesti tidur dan rambut dia tu dia selitkan sekali kat bawah bantal tempat dia tidur. Walaupun takut, tapi aku rasa macam nak berterima kasih dengan 'benda' tu sebab aku dah tak terkejut malam2 nampak rambut kawan aku yang berterbangan bebas tu. Puhhhh....
Ok, 2 cerita pun dah nampak panjang entry ni. Nampak gaya tak boleh nak cerita banyak2. Nanti aku sambung buat entry lain. Chow chin chowww...
No comments:
Post a Comment