Wednesday, April 2, 2014

Jatuh Dan Jatuh Lagi!!


Assalamualaikum..


Hari ni masuk hari ke 2 aku mulakan kerja di tempat baru..environment kat tempat kerja ni ok jer..boss pon macam tersangat baik..sorang laki sorang perempuan..dua2 muda lagi..tapi yang tak best nya sebab aku kerja sorang2 takde geng..pastu tak best lagi sebab pagi2 aku kena bukak besi berat tu sorang2..nasib baik ada cik og..biasanya dia yang tolong..1st day memang epic fail sebab aku dengan cik og tak dapat bukak kunci pada besi tu..mujur ada orang lelaki yang kedai sebelah tu..aku panggil dia bila dia tiba-tiba lalu kat depan aku..dia sampai kena ambik tukul nak tolong bukakan kunci yang lekat tu..haaa, macam mana boleh lekat? sila salahkan diriku yang terlupa cara untuk membuka pintu besi tu..hahahaha..hari ke 2 ni pulak kena ucapkan jutaan tahniah pada cik og sebab berjaya buka kunci tu..aku sampai sekarang ni duk buat 'epic fail'..

Eh, cerita pasal epic fail ni, sebenarnya hari ni memang tahap EPIC FAIL la..entah kenapa harini aku raa macam cecupak + senario yang tengah buat lawak..pagi tadi aku ambil la kasut wedges yang tinggi tu untuk pakai pergi kerja..sebabnya aku ni kan pendek, bila ada orang nak beli jersey mula la aku macam terkial2 nak pergi ambil kan..jadi aku buat kesimpulan ingatkan nak pakai la kasut tinggi hari ni..kasut tu tak ada la tinggi mana pun..biasa2 jer..so selepas aku pakai kasut tu, aku pun berjalan dengan penuh bergaya menuju ke pintu pagar..masa tu cik og dah pergi panaskan enjin kereta..aku pun pergi bukakan pintu pagar pertama..ok, tiada masalah..aku pergi nak buka pintu pagar ke 2..tiba-tiba....pelepek! aku terduduk(tak ada la duduk betul2 tapi kalau ada orang tengok aku kiranya daripada berdiri tiba2 aku hilang dari pandangan)..hahaha..serius aku terkejut..tapi aku pandang kiri kanan..fuhhh, lega tak ada orang time tu..aku tak sure cik og perasan or tak..maybe dia ingatkan aku tengah duduk sikit sebab nak bukakan pintu pagar tu..memang cibai betol..pastu dengan tidak menunggu lama, aku terus menuju ke pintu rumah pastu tukar pakai kasut flat balik..masa tu cik og dah nak keluar kereta dari pintu pagar..mesti dia tiba-tiba confuse dengan aku sebab pergi tukar balik kasut..hahaha..

kejadian ke 2 pulak berlaku bila cik og dah abes tolong aku angkat pintu besi tu..dia pun menuju ke kereta..dan aku pulak pergi ambik kerusi sebab nak angkat tinggi sikit pintu besi(almaklum la, kan aku ni kurang inci..mana la cukup tinggi nak tarik pintu besi tu sampai ke atas..perlu gunakan khidmat kerusi)..pastu selepas aku berjaya menarik pintu besi lebih tinggi, aku pun nak turun..tiba-tiba aku tergelecek pastu kerusi tu jatuh..kali ni nasib baik aku yang tak jatuh tapi kerusi tu yang terjatuh..tapi disebabkan kerusi tu trjatuh aku pun terikut sama la kan..nasib baik la juga kali ni aku tak jatuh terduduk tapi berdiri macam biasa..aku pandang jugak kiri kanan..ok tak ada orang lalu..makcik lam flora yang tengah menyapu sampah kat depan tu pun tak perasan aku jatuh..fuhhh, selamat kali ke 2..hohoho..haish, apehal la aku hari ni..dah macam nak buat lawak antarabangsa pulak..

jadi, kesimpulan kat sini.....orang lain mulakan hari anda dengan SENYUMAN..tapi aku mulakan hari anda dengan JATUH dan JATUH lagi..(feeling annoying!)

P/S: Sila jangan tiru aksi merbahaya dan memalukan seperti aku ni (- -")

No comments:

Post a Comment