Assalamualaikum,
Ok pembaca2 sekalian..aritu aku dah post entry pasal Koleksi Cerita Seram Pengalaman Sendiri - Part 1 kan? Haritu ingatkan nak cerita banyak2..tapi al-maklum lah, aku ni kalau bercerita satu kisah je pon dah berjela2 panjangnya.. Jadi haritu dapat tulis 2 kisah je..baiklah, siapa yang suka baca cerita seram? Boleh sama geng dengan aku..aku pun suka baca cerita2 seram ni..tapi malam karang kau tengok la aku mula pandang kiri pandang kanan fuhh kiri fuhh kanan sebab ketakutan..hahaha..aku sebenarnya banyak juga la kisah seram kalau nak diceritakan..yang paling latest sekali kisah Misteri Kondo Berhantu tu..kalau nak baca boleh tengok entry sebelum2 ni..dekat blog Cik Og pon ade jugak cerita aku tu..ok, jom kita continue cerita seram aku ni..ayuhhhhh!
3. HANTU ALMARI
Ni ade lagi kisah hantu di hostel..alah, macam biasa..kalau dah namanya asrama kan kat mana2 pun ada kisah tersendiri. Kejadian ni berlaku bukan semasa aku berada di asrama kolej tapi semasa di sekolah teknik. Aku kan sempat stay kat asrama. Pastu aku mintak keluar dari hostel sebab aku tak suka duduk hostel..Aku ni memang macam ni, tak suka kalau hidup kena kawal bagai..time makan, time tidur, time mentelaah, time bersukan semua orang yang aturkan..aku tak suka hokeyyy! jadi, aku pun keluar dari asrama..huhu..eh, ape melalut ni..jom kita sambung balik story tadi..sebenanrya benda ni terjadi disebabkan time tu aku tak sihat..Aku demam..disebabkan aku demam, aku pun tak pergi la kelas hari tu..sebenanrnya hari tu hari jumaat..kalau dah hari jumaat tu boleh agak tak sekolah habis pukul berapa? Mesti la habis pukul 12 kan? Tapi masa kejadian ni berlaku aku rasa macam azab betul nak tunggu budak2 room mate aku ni balik dari kelas..ntah dah rasa macam bertahun2 aku tunggu diorang..ok, sambung dari awal sebab takut nanti korang tak faham cerita..Aku bangun pagi tu (maybe dalam pukul 9). Aku tengok sekeliling aku dah sunyi sepi..satu blok asrama tu sunyi sebab semua budak2 pergi kelas..memang tinggal aku soranng2 je kat dalam bilik, dalam dorm, dalam 1 level, dan dalam 1 bangunan..alah, senang citer macam korang duduk sorang2 diri kat dalam 1 bangunan sekolah..haaa, macam tu la bangunan asrama tu punya style..jadi, memang persekitaran sunyi sepi la..Aku ni nak bangun pergi mandi pun macam tak larat..pening2 kepala campur rasa loya.. Last2 aku terbaring je kat katil kawan aku..kenapa aku tidur kat katil kawan aku? Sebab katil aku kat atas..kan katil bertingkat..jadi nak senang kawan aku suruh tidur kat katil dia je..hihi..
aku cuba pejam mata sebab rasa macam pening bila aku bangun tadi(konon nak pergi tandas)..time aku pejam mata tu dengar macam ada orang lalu di tepi koridor bilik tu..aku bukak mata, memang nampak ada bayang2 orang..pastu bayang tu ketuk pintu bilik..aku ni mula cuak..benda tu buka pintu bilik aku tu perlahan2, rupanya2 pengawas yang bertugas..dia datang bawakkan ubat untuk aku..lepas dia dah bagi ubat dan dah check tahap sakit aku tu, dia blah sebab dia tanya nak pergi klinik or tak tapi aku tak nak kan..lepas dia blah tu aku mula nak sambung tidur balik..aku pejam mata aku..tapi aku buka mata aku balik sebab aku dengar pintu almari bunyi 'kreekk krukk krekk krukk' dengan perlahan..ok, aku nak korang imagine sikit bagaimana rupa dorm aku tu..bilik tu ada banyak katil double decker..pastu bilik tu besar tapi terbahagi dengan penghalang(tembok dinding) di tengah2...tapi still boleh lalu kalau nak pergi ke belah 'sana'..so bilik tu macam terbahagi kepada 2 bahagian la kan..belah aku ni ada banyak katil double decker dan almari..yang belah satu lagi tu pon sama jer..tapi aku jarang pergi yang belah sana sebab aku ni bukannya kaki berjalan walaupun sebenanrnya bilik tu dikira sama je..tapi, masa aku pejam mata tu..bunyi almari kat belah sana kuat sangat..aku ni macam stress sebab aku dah la tak sihat kan..yang hairannya belah sana tu mana ada pasang kipas sebab tak ada orang..yang belah aku duduk ni ada la kipas sebab aku guna kan..tapi yang belah aku ni tak ada bunyi pulak..kesimpulannya, aku buat keputusan malas nak ambik tahu..aku sambung pejam mata..tapi almari tu makin kuat pulak bunyinya..tadi cuma berbunyi pintu almari terbuka 'kreekk krukkk' macam tu je..ni siap bunyi macam pintu almari yang dihempas kuat..aik, nak marah apa pulak ni? Aku terus bangun dan berjalan laju ke sana..Aku intai belah sana tu, tak ada apa-apa pun..Pintu almari semua tertutup kemas..Aku pergi semula ke katil dan cuba nak tidur. Aku pejam mata..Eh, lagi sekali bunyi tu datang. Aku tak puas hati lagi. Aku pergi check lagi sekali kat belah sana. Siap aku tekan2 sikit almari tu nak bagi betul2 kemas. Lepas tu aku sambung nak tido.. Bunyi tu datang lagi.
Aku ni bengang bukan main.. Tapi aku malas nak layan dah sebab aku ni dah la tak sihat.. Tiap kali aku bangun aku rasa macam nak pitam pun ada. Last2 aku biarkan je bunyi tu memekak kat belah sana tu..tapi malangnya bunyi pintu almari tu dah melarat ke belah aku pulak.. Aku bukak mata tengok banyak pintu almari yang duk teganga terbuka tertutup terbuka tertutup..tapi yang belah aku ni slow je.. Aku bangun lagi sekali dan tutup semua pintu2 almari tu.Aku anggap jela pintu tu terbuka dan tertutup sebab ada kipas kan..so maybe almari tu terkena angin(kononnya lah).. lepas aku dah tutup pintu2 almari tu, aku baring semula dan pejam mata.. saat tu, aku dapat rasa ada 'benda' yang berlari mengelilingi aku..laju sangat! kalau dah manusia mana mampu nak lari macam tu memandangkan katil banyak di situ..ini seolah2 'benda' tu berlari tanpa ada halangan..macam boleh tembus macam tu je melalui katil2 kat situ.. Aku langsung tak bukak mata, aku syak ada something yang tak kena ni..jadi aku terus tutup mata tak bukak2..dalam hati memang dah berdoa macam2.. aku berdoa supaya budak2 bilik aku ni balik cepat..tapi aku rasa macam lambat sangat nak tunggu pukul 12 tu..lama2 aku rasa 'benda' yang berlari tu berhenti..tapi aku tak boleh rasa lega lagi sebab aku dapat rasa 'benda' tu datang kat aku..memang serius dapat rasa tilam yang aku tidur tu macam kedalam sedikit..alah, macam kalau ada orang duduk kat sebelah kita mesti kita dapat raa tilam tu kedalam sikit kan..dan benda yang paling aku tak boleh lupa bila aku dapat rasa benda tu bernafas or hembuskan nafas betul2 di tepi telinga aku..terasa panas telinga aku sebab hembusan nafas tu..sekali lagi, aku langsung tak bukakan mata aku..aku tahu kalau aku buka mata aku memang boleh nampak 'benda' tu betul2 kat sebelah aku agaknya..jadi aku buat keputusan tak nak buka mata aku walau apa pun jadi, walau apa pun 'benda' tu buat untuk tarik perhatian aku..one more, aku ingat lagi tanda2 kalau nak kena rasuk mesti akan rasa panas kat telinga or aa macam ada benda berbisik kat telinga kan? Sebab aku nak elakkan dari kena benda2 macam tu, dah macam2 surah aku baca.. Ayat kursi tak berhenti keluar dari mulut aku..dan dalam pada duk baca ayat kerusi tu, aku tak tersedar langsung aku dah tertidur..aku hanya tersedar bila kawan2 bilik aku semua dah balik dan diorang kejutkan aku..diorang tanya aku tak sedar ke ada cermin kaca pecah betul2 berhampiran kepala aku..aku terkejut..memang aku tak sedar langsung kejadian cermin kaca pecah tu..yang aku tahu lepas ada 'benda' mengacau aku tu aku terus tertidur dengan lena..langsung tak dengar sebarang bunyi..agak2 korang 'benda' tu nak marah sebab aku tak tengok dia ke? Entahla, yang pasti aku bersyukur sebab cermin kaca tu tak terkena aku..
p/s: kan aku dah cakap kalau aku tulis memang confirm akan panjang..nampak gaya cerita yang lain tu terpaksa buat part 3 dan seterusnya la pulak ye..hehe..maafkan aku kalau ada salah ejaan sebabnya aku dah malas nak edit..pandai2 la korang teka tu 'word' ape ye..hahaha..chow!!
No comments:
Post a Comment