Wednesday, April 2, 2014

SiNgApOrE HeRe We Go!!! - PaRt 2

Assalamualaikum

hello korang! tour guide korang dah kembali!! hooorayyyy! ok2, sorry la sebab konon cakap nak update pasal singapore la apa la..last2 senyap macam tu je kan? haha..alaaa, aku ni macam la korang tak tau..janji bukan main lagi nak update hari ni, last2 8 bulan lepas tu baru update..ye tak? so sekarang ni dengan rela hati aku nak cerita dan mengimbas kembali perjalanan kami di Singaporian tu..tapi disebabkan ingatan yang terhad mengenai Singapore(sebab dah lama peram cerita ni)..makanya aku cerita ikot peta USS yang aku dapat je la ye..aku tak ikot la destinasi aku yang betul2..huhu (MAAF kalau banyak tersalah ejaan sebab aku dah penat nak edit2 atau baca semula entry ni untuk check spelling)


ok..hurmmm, bermula di....di.....hurmm, bermula di mane ek? hahaha..aku dah lupe la mane pintu masuk..kehkeh..haaaa, okeh2..mula2 sekali macam biasa la aku terus pergi snap picture kat globe besar Univeral Studio tu..pastu baru masuk kat dalam bandar USS(konon)..lepas snap sana snap sini, aku pon pergi snap picture lagi(ish, asyik snap picture jer) kat area cerita Shrek..memang cantik dan nampak real sangat..macam betul2 duduk masuk dalam cerita tu.sampai kat tandas shrek pon aku ambik gambar jugak..hoho..eh, jap jap..betul ke aku pergi kat tempat Shrek dulu ni?(pitam...pitam)..takpa2, kita sambung..kalau korang masuk betul2 ikut globe besar tu, kalau tak silap boleh jumpa tempat2 Hollywood tu dulu..tapi macam biasa, sebab nampak tempat2 dalam cerita kartun tu dulu, so aku lebih fokus pada tempat2 macam tu..actually, lepas Hollywood tu, korang akan jumpa tempat Madagascar dulu baru tempat Shrek..kat Madagascar tu aku snap picture sana sini dulu..pastu aku 'dipaksa bermain' dekat Marty's Go Round tu..aku lupa la nama tempat tu..alaa, mainan yang budak2 tu..kita duduk kat atas benda berpusing2 pastu dia berpusing sampai nak muntah..sangat la tak seronok..masa tu aku beria2 nampak roller coster..nak main benda alah tu..tapi cousin aku cakap kita main la dulu mainan Marty's ni..percaya la cakap aku..mainan tu memang tak best pon..sesuai untuk kanak-kanak jer..hahaha..dekat Madagascar tu pun ada restauran makanan halal jugak..kami makan kat situ la.Makanan biasa je pun sebab kitorang gunakan kupon(sebab nak budget tak nak gunakan duit sendiri)..kalau nak makanan lain memang banyak tapi kena keluarkan belanja lain pulak..yang kupon kitorang dapat tu sebab dah termasuk dalam pakej kitorang beli tiket untuk masuk USS..kira jimat la kan..makanan pulak dapat nasi, sup bebola fishball, ayam seketul, air mineral kecil.. untuk makanan ringan dapat la contoz kecik satu..boleh la kan..aku tak makan pun contoz tu sebab rasa tak selera(kan berjalan banyak sangat so rasa dahaga jer)..aku bagi contoz tu kat adik sepupu sebab dia lapar masa tu..hihihi..haaa, satu lagi, dekat Madagascar ada satu mainan best tapi aku lupa apa nama dia..yang pasti korang kena menaiki bot dan melalui kawasan berair di dalam kawasan seakan2 gua..cerita di dalam tu kalau tak silap cerita mengenai Madagascar yang 1st. Memang best tapi baju korang akan basah sedikit sebab ada percikan air(tapi sikit je la)..kalau pakai baju warna gelap better sikit kot)


lepas pergi ke Madagascar(actually, aku tulis ni tak ikut sangat masa kejadian..kalau nak ikutkan kitorang masuk tu main2 game + snap picture dulu baru la pergi makan bila dah lapar..tapi aku tulis jela pasal makanan tu sebab aku tulis berdasarkan kepada peta jer)kitorang pergi kat Shrek..korang akan jumpa pintu gerbang macam cerita Shrek ada tulis 'Far Far Away'..dekat tempat Shrek pulak memang best..korang boleh pergi rasa sendiri pengalaman duduk kat dalam kawasan Shrek..lepas tu boleh pergi kawasan yang nampak macam istana besar..dalam tu kita boleh tengok cerita Shrek 4D..korang akan dibagi satu spek mata dan masuk kat dalam kawasan macam kerusi cinema tu..

(ni yang kat depan istana tu)

(ni depan tandas Shrek..mula2 aku ingatkan bilik stor..tapi lepas fikir beberapa minit baru aku tersedar tu sebenarnya tandas macam dalam cerita Shrek tu..hahaha)

(ni dekat akar2 pokok depan rumah Shrek)

(haa, ni aku nak cerita..nak ambik gambar dengan mascot2 ni kena berbaris panjang..mujur sempat ambil gambar sebab lepas aku snap picture tu, kucing ni terus lari)

(yeay!, dapat bergambar dengan watak utama ni..susah betul dia nak keluar)

oh, lupe nak bagi peringatan..untuk orang2 yang agak berumur atau ada sakit2 macam jantung ke apa ker(tak boleh terlalu terkejut ker), better korang ambik kerusi bahagian tepi2 sikit kalau tengok Shrek 4D tu..jangan ambil kerusi bahagian tengah sebabnya bila cerita tu dah start kita akan rasa macam kita yang ada di dalam cerita tu..so, kalau dalam cerita tu ada spider berjalan banyak2, kita akan rasa macam spider tu berjalan melintasi kaki kita..bila Shrek naik kuda ke kita akan rasa macam kita naik kuda sebab kerusi tu akan bergoyang..jadi kerusi bahagian tepi kurang sedikit..kalau yang bahagian tengah tu mmang gila la..aku tak ambik bahagian tengah sakit..tapi spoil sikit sebab kerusi yang aku dengan adik sedara sebelah aku duduk macam agak rosak..kadang2 bergoyang kadang2 tak pulak..aku tengok orang lain semua kerusi bergoyang jer..huh!..ok, lupakan pasal Shrek 4D tu..kalau korang nak relax2 sikit boleh la pergi kat Donkey LIVE! Kat situ korang boleh bernyanyi bersama2 dengan donkey dan macam2 lagi la. Boleh juga dengar cerita daripada tukang cerita kat dalam Donkey LIVE tu..Aku tak pergi masuk pun kat dalam tu sebab aku gilakan 'roller coaster'..habis semua jenis aku try kecuali yang paling terakhir tu(nanti aku cerita). Kat dalam kawasan Shrek tu pun ada jugak roller coaster nama Enchanted Airways(kot)..ingatkan roller coaster tu untuk budak2 jer..aku dengan sepupu2 aku(kami berlima jer suka naik roller coaster..yang lagi 3 orang tu tak naik pon) naik dengan gembira..masa tu tak boleh blah..kalau kiutkan yang sorang lagi sepupu aku tak nak naik..tapi tiba2 aku pandang belakang tengok dia dah ada kat seat dah..pastu dia tak habis2 duk sebut nama cik og..maybe sebab masa tu dia nervous..yang aku ni pulak tak sempat nak tekan palang besi kat bahagian pinggang tu dengan lebih kuat..so tempat besi kat pinggang aku tu longgar dan bila aku nak tekan lebih kuat dan tak boleh..kiranya macam bila sekali kita dah tekan, benda alah tu terus kunci. bahaya ooo naik roller coaster tapi palang longgar..boleh jatuh tu..cik og pulak tak sempat nak simpan beg dia betul2..jadi masa bermain tu cik og yang kat sebelah aku ni terpaksa pegang handbag dia kuat2 sebab takut jatuh..aku ni pulak pegang palang kuat2 sebab aku takut aku yang terjatuh..hahaha..(jangan ikut cara bermain seperti kami ni ye adik2..bahaya!)..ok, dekat Shrek pon ada jugak restauran dan kedai2 mechandise..kalau nak beli hadiah2 boleh la beli kat situ..kalau ikotkan setiap tempat ada kedai cenderahati dia sendiri..macam dekat Shrek ada semua barang2 Shrek..so boleh la nak beli untuk nak sedara ke, adik ke, mak ayah atau orang tersayang..aku hanya beli keychain bentuk S..maksudnya Shrek tapi aku anggap je maksud nama aku(kan Syahirah..huruf S jugak tuuu..haha)

selepas bahagian Shrek, korang akan melalui The Lost World..ni contoh gambar di The Lost World tu..

(macam biasa..picture dari incik Google)

haaa, kawasan ni macam scary2 pon ada, cantik2 pon ada, teruja pon ada..nampak macam kawasan dinosour zaman dulu kala tu..alaa, macam Jurassic Park la kan..tapi kalau tak salah aku la aku dapat main satu permainan je kat sini..mainan naik kerusi boleh terbang2 tu(hahaha..aku dah lupa nama benda tu)..tapi serius best dan agak ngeri sebab aku dengan cik og duduk menghadap belakang..dan kerusi tu ada 4 tempat duduk 1 set..aku ngan cik og mengadap belakang..sepupu aku lagi 2 orang mengadap depan..paling scary mula2 benda tu slow je..tiba2 laju pulak bila dah sampai naik atas tu..aku ni dah rasa macam nak kena campak kiri kanan jer..dah la aku tak nampak apa yang jadi bahagian depan..sepupu aku pulak lagi la scary bila duduk hadapan sebab diorang boleh nampak laluan yang akan kitorang lalui nanti..lepas main tu rasanya macam dah tak ada mainan kitorang dapat main kat situ..sebab banyak mainan air dan ada percikan yang agak kuat kalau main..makanya kalau nak main kena pakai baju hujan..dan baju hujan kat USS ni kalau nak beli memang mahal nak mati..silalah bawak baju hujan dari Malaysia kalau nak bermain permainan ada air ni..baju hujan kat Malaysia ni pun murah je ye tak..jadi, kami terpaksa cancel untuk bermain permainan yang ada 'base' air banyak sebab takut baju basah..

selepas bermain di kawasan The Lost World, korang akan jumpa kawasan Ancient Egypt..kawasan ni pon terbaik jugak..terasa macam betul2 berada di kawasan Mesir..boleh ambik gambar dengan dia ni..sapa ntah namanya..aku sempat snap dengan dia jer..kalau si Firaun dua orang tu memang tak boleh nak ambik gambar..belagak betul..


dalam kawasan ni korang dapt bermain dengan satu roller coaster yang sangat mencabar..nama roller coaster tu Revenge Of The Mummy. 

(gambar dari incik Google..ni adalah kawasan untuk masuk dalam Revenge Of The Mummy..korang boleh terus tuju straight sampai jumpa pengawal besar 2 yang pegang perisai tu)

(gambar dari Google lagi..ni la roller coaster tu menyeramkan tu)

Roller coaster Revenge Of The Mummy ni pon ada peringatan jugak..siapa2 yang ada sakit lemah jantung atau sakit yang memudaratkan tak boleh naik roller coaster ni..memang serammm giler la..masa aku naik tu boleh pulak terkena duduk bahagian paling hadapan belah kiri..dan aku tak perasan pulak kat belah kiri tu ada Mummy tu bangun tau..betul2 kat sebelah aku..entah kenapa aku boleh tak perasan Mummy tu..bila tengok video kat youtubu baru perasan benda2 ni..pastu siap ada api2 lagi kat dalam tu dan terasa bahang api bila kita melalui kawasan tu..

Lepas bermain dengan ambil gambar banyak2 kat Ancient Egypt tu, korang akan jumpa kawasan Sci-Fi City..kawasan ni kalau tak salah aku boleh ambik gambar dengan Transformer macam kitorang ni..


(sumber dari Google..mainan ni aku main tapi lupa lagi nama apa..yang pasti benda macam mangkuk ni berpusing2 tanpa henti..terasa macam nak muntah pun ada)


(picture dari Google jugak..ni namanya Battlestar Galactica)

Walaupun aku ni gila main roller coaster tapi aku tak tergamak nak naik roller coaster ni..sebabnya masa aku snap gambar kat mana ntah aku ternampak ada air tumpah dari atas tu..tau tak air apa? Actually muntah orang yang duk main roller coaster ni..ceh, aku ni terus rasa macam down + geli2 nak main mainan tu..jadi dapat main benda pusing2 yang warna kuning tu jer..nak masuk kat tempat Transformer tu pun tak dapat jugak sebab kena beratur panjang..bila kali ke 2 kitorang datang kat tempat tu pun tak dapat main jugak sebab kena tunggu masa yang lama pulak..last2 biarkan jela..tak ada rezeki nak masuk situ kot..Kat sini pun boleh cari cenderahati dan ada restauran juga.

Lepas Sci-Fi City, korang akan jumpa bandar New York..Boleh berjalan2 dan cuci mata di sini. Ada jugak boleh beli2 cenderahati cantik2..tapi make sure bajet la pembelian anda(takut ter'over' budget plak) sebab kita nampak harga macam $45 kita rasa macam nampak RM 45 je harganya..padahal kalau convert ke USD mahal jugak tu..huhu..ok, jom layan gambar yang tak seberapa ni..









kalau korang rasa dah penat2 sangat berjalan dan tak tahu nak berehat di mana, aku cadangkan korang main mainan yang simple2 jer macam dekat dalam Sesame Street..permainan cuma pengembaraan di dalam kawasan ala-ala di angkasa..dan korang tak payah bersusah payah..korang akan naik satu alat bergerak..dan korang hanya relax jer menikmati pemandangan tu..perjalan dia tak ada la mncabar macam naik roller coaster dan tak adalah terlalu laju/perlahan..memang sesuai untuk merehatkan kaki yang letih..satu lagi port best kalau dah penat berjalan seharian adalah melihat teater rock musical apa ntah nama dia..tapi tempat ada aircond, kerusi empuk..memang sesuai kalau nak lelapkan mata sekejap..hahaha..aku tak ada la lelapkan mata tapi sepupu aku yang duduk di hujung kiri dan hujung kanan dah terlelap dengan jayanya..padahal kalau difikirkan mana la mampu tidur tengok rock musical..bising tu..hehe..tapi apa2 pon musical tu memang best..biaanya aku ni tak ada la berminat dengan benda2 alah macam ni pun..tapi ok la, happening dan kreatif..siap hantu2 tu menari dan menyanyi lagu 'nobody nobody but you...'

(ni masa tengah tunggu musical tu start..nampak tak kerusi empuk tu? memang sesuai kalau nak Zzzzzzzz)

Bila dah petang, korang boleh la balik semula kat Globe besar tu dan keluar dari USS segera..kalau nak duduk lama lagi dalam tu pun boleh. tapi disebabkan kami ni menaiki bas terpaksa la balik ikut jadual. Masa sampai kat imegresen untuk check passport, dah terasa macam nak seret kaki jer..serius kaki dah tak terasa macam kaki..sakit gila sebab jalan banyak sangat..hurmmm, rasanya yang tu jela yang mampu aku cerita kat korang..nak cerita banyak2 dah lupa(biasalah lama sangat simpan cerita ni)..nanti kalau ada tempat menarik lagi aku cerita. adios!

p/s: tidur dengan lena sekali sebab terlalu penat..ZZzzzZZZZZzz..

1 comment:

  1. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔵Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60...

    Juga ada promosi; 🔥Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price!

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219

    *Silakan lawat ☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete