Assalamualaikum..
Sejak akhir2 ni aku rasa makin menjadi2 lagak orang2 lelaki ni..Aku tak maksudkan semua tapi ada sesetengah daripadanya yang macam apa ntah. Aku ada sorang friend kat dalam fb tu, kerja harian atau mungkin hobi dia kot sentiasa mengutuk perempuan. Hari-hari status dia mesti ada je pasal perempuan yang tak kena di mata dia. Memang la dia tak tujukan kat aku, dan kalau nak menegur tu boleh cuma aku rasa kata-kata dia agak keterlaluan. Tak sesuai untuk menegur dengan cara macam tu. Jadi, sebab aku bosan tengok status dia hari-hari yang penuh makian tu, last2 aku unfriend je terus..kan senang..hahaha..
Mungkin bagi sesetengah lelaki ni dia terasa macam Mr.Perfect. Sampaikan apa sahaja perkataan atau perbuatan perempuan salah di mata dia. Sebenarnya kita perlu ingat, tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Dan setahu aku Allah S.W.T jadikan manusia berpasang-pasangan untuk menjadikan kita sempurna sebab boleh melengkapi antara satu sama lain. Jadi, hidup lelaki tak adalah perfect tanpa perempuan, begitu jugak sebaliknya. Kesimpulan yang dapat aku buat kat sini, tak perlu brmegah dengan status 'lelaki'. Perempuan pun ada kelebihannya. Aku bukan nak rasict tak bertempat tapi cuma nak bagi pendapat. Ok lelaki-lelaki di luar sana yang gentleman, please give some respect to girl,ladies,woman(sama la tu..hahaha)..
No comments:
Post a Comment