assalamuaikum..
(ok arini nak wat entry ala2 brader la..hakhak..)
sape kat dalam dunia ni yang tak pernah mengalami kegagalan dalam hidup??..cube angkat tangan skit..gua nak tengok berape ramai yang tak pernah menjadi loser??..zero right?..yup, memang macam tu la lumrah kehidupan..even orang kaya or menteri pon pernah mengalami kegagalan..so, harini gua nak bercerita skit pasal kegagalan ni..gua pernah mengalami kegagalan dalam hidup..bukan sekali tapi berkali2 sampai gua rasa cam gua adalah orang paling loser dalam dunia ni.. tapi selalunya perasaan loser datang sekejap jer..macam nak main nyorok2 dengan gua plak..lepas tu gua rasa gua winner plak..pehal gua nak rasa berbangga diri time2 kegagalan ni kan??..cait, buruk sungguh perangai gua..kahkah2..tak2, sebenarnya gua nak motivate diri sendiri..kalau gua asyik rasa gua loser, dah memang sah2 la gua menjadi seorang loser..tak gitu?..so, gua cuba buang sikap negative yang ada kat dalam diri gua ni, pastu gua cuba tanamkan sifat positive..gua cuba fikir sebenarnya gua bukan loser..alaaa, adat kehidupan..sebenarnya gua cuma belum bersedia untuk menjadi seorang winner..hehe..
so, gua memang tak takut kepada kegagalan..buat apa kita nak takot kepada kegagalan sedangkan kegagalan tu yang membawa kita kepada kejayaan..cuba lu orang bayangkan kalau seseorang tu asyik berjaya..dia memang akan naik dengan tinggi berbanding orang yang asyik gagal ni kan..tapi bila sampai satu tahap, orang yang winner ni mengalami kegaglan dan dia akan terus jatuh menjunam..sebab ape?..sebab dia tak pernah mengalami kegagalan..dia tak tau macam mana nak handle perasaan kegagalan dia..kita lihat dari sudut lain plak..orang yang asyik loser ni walaupon dia lambat untuk berjaya, tapi disebabkan dia mempunyai keazaman yang tinggi serta dia dah tau apa sebab kegagalan dia yang lepas..tak mustahil dia dapat menjadi seorang winner dan di dapat mendaki lebi tinggi dari winner2 sebelum ini..see, ape yang gua cakap adalah mind set kita sekarang ni..kalau lu orang rasa gagal..maka gagal la jadinya..so, ubah mind set ok..
gua cuma nak bagitu jangan takut kepada kegagalan jer..so, kalau gagal tak mungkin gagal selama lamanya..kalau lu orang dah cuba 100 kali pon still gagal jugak??..takpe, maybe kali yang yang ke 101 lu orang tak gagal dah..ye dak?..hahaha..oh ye, ni gua nak petik ayat motivasi dari Robert Schuller:
- Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi.
- Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu.
- Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.
- Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.
- Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.
- Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik.
- Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.
- Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.
- Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.
- Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.
seperti biasa..gambar credit to google..
p/s: penat la nak tulis entry ala2 brader ni..tergeliat abes urat tangan ngan lidah nak pikir..kahkah
No comments:
Post a Comment