Assalamualaikum..
yeay!!! aku excited nak cerita ni..sebab entry ni dah jadi part 1..maksudnya aritu aku wat entry pasal singapore ni tapi tak pergi lagi kan? sekarang ni aku dah balik dari singapore dan aku nak wat entry detail pasal singapore..ok2..aku nampak kat blog cik og da start wat entry pasal singapore..dah siap tulis sampai nak masuk USS dah..adoi, cepat benor dia update ye..takpe2 cik eyra, pelan-pelan kayuh ok..hahahaha
bermula di facebook kau tegur ku dulu tak tau malu tak kuasa nak layan aku buat tak tahu(eh2!..silap!)..bermula bertolak dari kuantan dalam pukul 12 lebih dah..kami ni kan umpama cinderella..so tak boleh la nak keluar before pukul 12 am ye tak?hahaha(awal2 entry da merepek ker??)..pastu sebelum perjalanan yang panjang berjela2 umpama cinta beratus ela(cerita tak laku tu..kukui) tu, kitorang singgah pergi mc'd memandangkan sebuah kereta sepupu2 ku tak makan malam lagi..jadi, kitorang ni pon turun la sekali..pastu macam biasa la kan, aku ni kan memang jenis tak boleh nampak spicy chicken mac deluxe trus gatal2 nak pergi beli..padahal masa tu tak lapar pon lagi(amaran: sila bagi perhatian pada cerita burger mc'd aku ni okeh..part penting ni)..kemudian cik og pon sama nak makan burger jugak..so kitorang ni order la makanan yang sama..air pulak aku terpengaruh dengan kata kakak sepupu aku..dia cakap air mc fizz tu sedap..makanya aku ngan cik og menukar air yang biasa kepada air yang dikatakan sedap tu..nak tambahkan lagi cerita ini supaya menjadi menarik..kitorang tersilap beli set yang large..korang bayangkan macam mana nak abeskan air gas bersaiz besar pada pukul 1 pagi??..lepas makan kitorang pon meneruskan perjalanan..
sampai separuh jalan, kak aja(kakak sedara yang memandu kereta) terlanggar something..memang bunyi jelas giler la..kuat pulak tu..aku ni mula la tebayang cerita2 hantu yang selalu aku tengok tu..tak pon aku terbayang cerita I know what you did last raya..alaa, pasal terlanggar kambing tu la kan..tapi, takkan la terlanggar kambing pulak..rupa2nya takda la scary macam yang aku bayangkan tu..kak aja terlanggar tenggiling ke ape ntah..fuhhhh, nasib baik bukan cerita scary..pastu sampai kat area mana ntah aku dah start rasa pening2 kepala plus loya..cuba teka sebab apa aku loya? haaa, sebab aku sangat cerdik la konon.dah tau nak pergi berjalan jauh tapi minum air mc fizz yang bergas tahap tinggi tu..pastu jalan raya plak macam ular kena palu..bengkang bengkok tak berenti..macam mana tak naik gas kat kepala aku ni..masa tu aku diam je..pura2 tido..lantak la orang nak cakap aku tido ke ape ker sebab kalau aku bukak mata terus rasa nak muntah..macam tunggu masa nak muntah jela..aku ni kan, malas nak berfikir panjang..aku nampak pastic bag yang berisi burger spicy chicken mac deluxe aku yang masih tidak disentuh walau semulut pon..aku terfikir kalau aku dah tak tahan nak muntah memang aku amik je plastic bag tu..walaupon kat dalam tu masih ada burger favourite aku tu..terpaksa jela aku korbankan..BUT WAIT!!! ini bukan cerita pasal muntah..so, senang cerita aku tak jadi nak muntah dan perasaan loya tu Hilang sedikit demi sedikit..
nak tau macam mana boleh hilang perasaan loya tu? bila kakak sedara aku tersilap masuk kat imigresen kat johor..OMG! terima kasih la kerana menghilangkan loya aku dengan tiba2..satu kereta tu macam baru tersedar dari mimpi "eh, kenapa kita masuk laluan imigresen ni? oh tidak!!! tak nak masuk singapore lagi!!" ..lebih kurang macam tu la suara hati setiap orang yang kat dalam kereta..masa tu lebih kurang pukul 5 pagi kot..jadi takkan la kitorang nak masuk singapore dengan serabai macam pakai baju tido..eh heloo?? tak vouge la okeh kalau pakai macam tu! haha..nasib baik pihak imegresen tu bagitau laluan keluar semula..fuhhh, selamat buat kali yang keberapa ntah..tapi cerita penuh suspen ni tak tamat di sini jer..tiba-tiba, kitorang tersalah laluan dan tersesat..tak tahu jalan nak pergi tune hotel pulak..dah la bercampur dengan jerebu yang tebal dan signboard yang kurang..kitorang ni macam lost giler..tengok jam pulak macam dah berlari2 tinggalkan kitorang..yela, nak kena solat lagi nak mandi lagi..tak lama pastu abang li (suami sepupu aku) lintas kereta kitorang..masa tu dia punya gps baru berfungsi..akhirnya kami temui jalan yang benar..ok, kena cerita laju2..sampai2 hotel terus pergi letak barang kat surau tingkat 1 pastu berkejar turun tingkat G pastu mandi kat dalam toilet(sebenanrnya nak check in awal tapi orang hotel tak bagi..so terpaksa la tumpang solat dan mandi jer..eerr, mane boleh mandi dalam toilet tu..tapi kitorang buat2 boleh jela) mandi laju2 pastu terus pakai baju nak pergi singapore kat dalam toilet tu jer..keluar2 tak sempai pakai tudung aku capai je tuala letak atas kepala..ape senyum2 ni? tak lawak okeh! masa tu memang aku nak cepat..korang tak payah bayangkan la macam mana rupa aku time tu..dah la kena naik lalu ikot tepi receptionist hotel tu pastu nak kena naik lif pergi tingkat 1 kat surau plak..hahaha..takpe2, relax brother rother relax..kita buat muka tak tahu malu sudah la..pastu berlari laju2 sebab maybe orang tu takkan perasan muka aku..
sampai surau terus solat pastu pakai tudung semua kat dalam surau yang memang muat2 untuk 2 or 3 manusia je..kitorang pulak berpusu2 kat dalam tu..memang macam ikan kelemasan tau tak u'oolss..pastu terus turun makan nasi lemak yang kak noti ngan abang li buat..nasib baik ada nasi lemak..tapi aku makan sikit je..yela, pagi2 ni kurang berselera sikit...siap makan terus pergi tunggu bas sambil memakai mask..ye, terpaksa memakai mask sebab jerebu yang teruk di johor dan singapore..haa, mask seperti ini ye adik2..
pastu bila bas dah sampai, aku ngan cik og ambil tempat paling hadapan..tapi spoil sebab terpaksa dengar suara isteri uncle yang bawak bas tu..amboi2 auntie, bukan main lagi dia benyanyi2 kat dalam bas tu..suara pulak sebijik macam suara opera cina tu..sabo jela..uncle tu layankan jela..maybe dia memang suka dengar suara isteri dia yang merdu2 tu..kadang2 uncle tu pulak menyanyi..ok la, aku tak kisah la kalau nak beromantik2 kat dalam bas tu tapi BOLEH TAK UNCLE BAWAK CEPAT SIKIT?? NI DAH MACAM 10 KM/JAM JE AKU RASA!! siput sedut pon jalan lagi laju daripada bas kitorang tu tau..bencik mak nokkss!!..akhirnya sampai jugak la bas yang mengunakan kuasa siput sedut tu di imegresen malaysia..terpaksa turun untuk check passport..pastu lepas check passport kitorang naik balik bas siput tu, sambung dengar suara opera yang mendayu2..makin lama dengar terasa macam nak bagi pelempang pon ade jugak..pastu, sampai la ke imegresen singapore pulak, turun lagi sekali untuk check passport..pastu naik bas siput sedut untuk pergi ke USS..aku rasa macam dah 2 hari 1 malam nak sampai ke USS tu..padahal sekejap je tapi macam biasa la kan..dah nama naik bas siput sedut so terpaksa bersabar jela..akhirnya kitorang sampai juga ke destinasi!!!hoyea!!aku dah nampak benda alah yang biasa orang amik gambar tu!
terus rasa macam nak berlari amik gambar kat situ...lalalalalalalala~ stop cik eyra!!! diorang nak pergi tandas dulu!...haish, terpaksa masuk tandas dulu pulak..ggrrrr..(tak lama lepas tu) ok sambung balik..lalalalalallalalalala~ boleh pergi kat globe ni!..dengan ini tamat la entry singapore..sehingga berjumpa lagi di lain masa...eh2, nanti dulu! takkan cerita sampai sini je kot??..what the fish cik eyra...what the fish!!!!!!..haha..ok la, nanty aku sambung part lain la pulak..nanty entry ni panjang melebihi 1000 patah perkataan pulak..muak korang nak baca nanti..ok tata! jangan berhenti..teruskan pengembaraan bersama tour guide anda yang comel~cik eyra!..(uwekkk!)