Assalamualaikum..
(ok, kita boleh continue cerita part 2 kali ni..sebenarnya aku macam dah malas nak taip cerita ni, tapi disebabkan aku dah buat part 1 terpaksa la sambung juga..takkan la cerita ni tergantung pulak kan? lagi satu, disebabkan sikap malas aku ni dah datang, jadi aku tak highlight atau 'tukar warna' part2 penting macam dalam Part 1..harap memahami..haha..anda dah bersedia? tarik nafas panjang2 dan teruskan membaca..hehehe :P )
Lepas aku bawak M pergi tandas tu, kitorang pon sambung tidur. Memang dah penat gila la masa tu sebab kalau tak silap aku dah pukul 3 pagi kot. Kami2 yang perempuan ni semua dah masuk bilik. Yang tinggal kat ruang tamu masa tu cuma budak2 lelaki yang setia duk teman R dan juga ustaz yang sedang melaungkan azan di dalam rumah tu. Masa tu aku yang sedang mamai ni ingatkan dah subuh sebab dengar azan jelas sangat. Hahaha.. Nasib baik aku tak buat gila pergi ambil wuduk pastu solat. Lepas ustaz tu azan, dia ambil garam dan renjis kat semua bilik dan ruangan di dalam rumah. Masa dia masuk kat dalam bilik pon aku macam tengah mamai, yang pasti aku dengar R kejutkan suruh tutup kepala(sebab kami2 ni mana la pakai tudung dah nak tidur ye tak? so ustaz nak masuk, terpaksa la tutup kepala). Aku ni yang malas nak bangun terus tarik selimut tutup satu badan aku(perangai apa la kau ni eyra)..haha. Apa yang pasti aku rasa badan aku ni pon macam dah kena baling dengan garam kasar tu jugak. Tapi aku ni kan dah mengantuk sangat. Jadi aku abaikan je garam2 yang tercampak kat aku tu. Bila aku bangun tidur keesokannya, aku tarik selimut bunyi macam berderai pasir jatuh dari selimut aku. Bila aku check2, mak oii, penuh garam kasar kat selimut aku. Aku pandang kiri kanan pulak, bukan selimut aku je, habis bantal , katil, bag baju, tilam, apa2 jela lagi yang ada kat dalam bilik tu penuh dengan garam kasar. Gila la, nak berjalan pergi tandas pon dah macam orang yang baru lepas bersalin je gayanya. Lembap2 macam siput babi gitu. Aku berjalan keluar ke ruang tamu, pergh tak nampak apa2 selain garam kasar di merata2 tempat. Nak sapu pula tak boleh sebab ustaz tu cakap biarkan garam tu 3 hari macam tu. Lepas tu baru boleh sapu. Ustaz tu ada pesan lagi, keluar dari rumah ni secepat mungkin. Jangan duduk kat dalam rumah ni dah. Rumah ni penuh dengan darah. Setiap orang yang duduk dekat dalam rumah ni memang akan ada yang ditimpa malang atau mati. Jadi, kena keluar secepat mungkin.
Agak-agak korang la kan, apa perasaan korang kalau dengar rumah yang korang duduk teruk sampai macam tu sekali? Of course la meremang bulu roma bagai kan? Kitorang yang nak pergi mandi ni pun sampai terketar2 tahu tak. Tapi terpaksa la, takkan nak biar badan busuk seharian kan? Lepas dah siap packing2 baju masuk kat dalam bag, kitorang pon pergi kerja(terpaksa juga pergi). Sebab kalau nak duduk kat dalam rumah tu mana boleh. Bahaya ok!. Jadi baik kami keluar pergi jaga booth kami tu sambil separuh lagi pergi cari rumah sewa untuk menginap. Tetapi, lepas cari punya cari tak jumpa2 juga, akhirnya terpaksa kami bermalam di kondo yang budak2 lelaki ni sewa. Sebab diorang tak bagi balik ke kondo tu lagi dah. Takkan nak tidur kat dalam tu lagi ye tak? Terpaksa la tidur kondo budak2 laki ni. Apa yang malang lagi kami terpaksa tidur dengan baju kerja jer. Dah la 1 apa pon tak bawak kan. Nak cuci muka ke gosok gigi ke semua tak boleh(keadaan dah darurat pon aku nak fikir lagi semua2 tu..haha) Diorang pulak tidur mana? Terpaksa campakkan diorang di surau dan ada yang di ruang tamu. Lantak la mereka2 itu, janji kami boleh tidur(hahaha...agak kurang ajar di situ)..Eh, cop2! Bukannya kami paksa ok tapi diorang yang sukarela nak bagi. Nak buat macam mana, keadaan dan terdesak. Hehe. Aku ingatkan malam tu lepas keluar dari kondo tu tak ada la kisah seram lagi, rupa2nya salah tekaanku ini. Masa aku tidur tu tak ada apa2 yang pelik pun, cuma bila aku bangun pagi aku tengok2 tangan belah kiri aku terluka. Padahal sebelum tidur tak ada apa-apa pun. Dah la luka tu terguris dalam tau, macam kena benda tajam. Siap ada darah lagi cuma darah tu macam dah kering(yela, sebab aku bangun pagi baru perasan..means malam tu lagi tangan aku dah berdarah). Bila aku pikir2 balik macam mana pula boleh berdarah. Sedangkan belah kiri aku tu cuma ada M jer.Lagipun dia tidur agak jauh dari aku. Satu lagi, belah kanan aku cuma dinding jer. Aku ni pulak tidur tersangat la sopan, mana ada aku tidur ganas. Tak mungkin la aku calarkan tangan aku sendiri. Satu lagi yang pasti aku tidur mengiring sebelah kanan masa tu. Sebabnya aku tak nak tidur mengadap M yang kat sebelah kiri aku tu. So, mana datangnya luka tangan aku ni? Sangat pelik dan aneh! Aku macam malas nak fikir masa tu jadi aku biarkan jela.(tapi sampai sekarang pon kalau aku perhatikan tangan kiri aku tu betul2, still ada lagi kesan luka tu..seram tak? seram tak? serammmm takk?..hoho)
Makanya, lepas tidur semalaman tu, kami terpaksa balik semula ke kondo seram tu untuk ambil baju2 kami. Lepas ambik bag laju2, kami buat deal dengan tuan rumah(actually bukan tuan rumah, dia cuma peguam kepada tuan rumah tu dan dia yang handle pasal rumah yang kitorang sewa ni). Bila aku fikir balik, aku macam bengang je dengan dia sebab dia bagi kondo sram tu pada kitorang, tapi disebabkan muka dia yang hensem tu(eh, betul ni, dia muda dan hensem lagi..aku tak tipu..haha) trus aku tak jadi marah dia..choi!!..haha..dan satu lagi, sebab kitorang buat pertukaran, dia kena duduk kat kondo berhantu tu seminggu dan dan kitorang duduk kat kondo yang dia duduk tu seminggu..haa, pertukaran jenis apa ni? Jenis nak balas dendam! Biar dia rasakan pulak duduk kondo tu..haha. takda lah, kami buat pertukaran atas dasar suka sama suka. Lagipun kami duduk sekejap jer dalam beberapa hari sebab nak cari tempat tinggal lain. Tapi agak kesian kat diorang sebab peguam hensem & kwan2 serumahnya kena bersihkan kondo yang dah macam tongkang pecah tu sedangkan kondo yang dia duduk bukan main cantik dan kemas lagi. Aku pernah teman R naik kondo seram tu sekali lagi sebab nak ambil barang2 yang tertinggal. Aku duduk kat luar pintu kondo je sebab aku tak nak masuk. Aku ni kan pemalu(cehh, geli mendengarnya).Tapi aku sempat la pandang kondo yang bekas aku duduk tu. Pergh, bukan main kemas lagi kondo tu. Lagi cantik dari yang kitorang duduk sebelum ni. Pastu dia siap pasang surah2 Al-Quran lagi kat dalam kondo tu. Mesti diorang takut kan duduk dalam tu? Hehe. Tapi aku memang rspect habis la mamat2 tu. Memang boleh jadi calon suami mithali. Rajin gila mengemas oiii. Kalah budak2 perempuan.
Ok, sekarang nak cerita kisah kondo ke-2(iaitu rumah peguam tu yang kitorang pinjam sekejap). Sangat cantik daripada kondo yang first tu. Siap ruang balkoni mengadap laut dan boleh nampak Singapore dari balkoni. Sumpah pemandangan yang cantik. Kat bilik yang aku duduk tu dah boleh rasa macam cerita Fairy Tales sebab bila aku bangun pagi terus nampak laut. Siap ada burung menyanyi2 kat palang bilik tu. Sungguh fairy tale! Hahaha..pssstt, tapi sebenarnya dalam fairy tale tu pon ada kisah seram juga. Nak tahu? Kadang2 kalau nak mandi, pintu bilik air tak boleh buka pastu ada air bunyi kat dalam tu macam ada orang mandi. Lepas ketuk dan cuba buka pintu banyak kali sebenarnya tak ada orang pon kat dalam tu. Malam2 pula ada bunyi suara budak yang tengah riang ria main guli ke apa ntah. Tapi kalau fikir mana ada budak dalam rumah ni? Nak dengar suara anak2 jiran jauh sekali. Tu kondo mahal kot, tak munkin kondo ni boleh dengar suara jiran rumah sebelah. Kondo kalis bunyi tau. Tak faham betul aku. Jadi kitorang memutuskan untuk tidak melayan anasir2 tu. Nak tengok kondo yang cantik tu? Kondo tu cantik tapi aku ambik gambar tak cantik. Harap maklum..hoho(aku tak tahu la kenapa aku boleh ambik gambar gegar2..spoil betul)
nampak tak dalam picture tu? pemandangan kat balkoni tu kalau tengok betul2 nampak Singapore tau..huhu..maaf lah. sepatutnya aku ambik picture kat dalam kondo tu. Tapi aku pergi bantai ambik gambar pemandangan je..kehkehkeh(ampunkan patik!)
sekarang kita cerita pasal 'nasi goreng dwi mahkota'..nak order nasi ni pelik sikit..sebab kalau order siang2 memang dia takkan layan. bila malam baru dia akan reply semua pertanyaan orang. mereka2 ni cakap diorang tu study lagi, jadi siang2 kene study..malam baru buat perkhidmatan makanan ni..ok,lah aku cuba terima jawapan tu..tapi, kenapa pulak bila malam baru nak reply sedangkan reply tu tak susah pon? satu lagi? aku dapat tahu tingkat atas kondo tu cuma tingkat 22 dan tingkat tu tak ada orang duduk sebab tingkat tu la yang paling seram sekali. dan mereka2 yang masak nasi kitorang tu cakap tinggal kat tingkat atas kami? tingkat mana lagi kalau bukan tingkat 22 tu? masa hari terakhir kitorang order(yang dapat makanan lewat tu) kan dia bagitahu ada teknikal problem..tu yang sampai lewat kat rumah kitorang..abes kalau dah 1 tingkat je je beza rumah kami ni, apa lagi teknikal problemnya? aku tak faham sebab ada orang cakap mereka2 tu duduk luar(bukan duduk kondo tu)..tapi kalau duduk luar boleh ke masuk jual kat dalam tu sedangkan nak masuk dalam kondo tu sikit punya susah..banyak halangan dan security melainkan mereka ada access card. dan nak ada access card, mereka mestilah tinggal di dalam kondo tu jugak.. ada yang cakap mereka ni tinggal kat tingkat 22.sebab tu nama nasi goreng tu pun 'nasi goreng dwi mahkota'..tapi kalau tingkat 22 tu kan mana ada orang duduk?..TAK FAHAM LA AKU!!
kesimpulannya, kejadian kondo tu memang misteri.sampai sekarang pon aku macam fobia je nak pergi tempat yang aku tak kenal ni. hahaha. apa yang pasti, 'benda' alah tu ikot aku sampai aku balik kuantan. masa kejadian kat johor tu, aku memang dah tak sihat. demam2 dan paling teruk aku sakit tekak sampai tak ada suara dan batuk teruk.bila aku balik kuantan pun penyakit aku tu tak sembuh2.last2 pergi berubat dan memang sah pada aku ada 'benda tu'.patut la sakit aku tak sembuh2..sebenarnya dari kat johor aku dah bagitahu member keje aku..aku cakap sakit aku ni macam lain macam jer.sebab kalau aku tak sembuh lebih dari seminggu biasanya ada 'something'. bukan sakit biasa.jadi, betul lah tekaan aku, lepas berubat tu baru aku sihat sepenuhnya. dah hilang batuk2 teruk aku dan sakit tekak tu.
so macam mana story aku ni? berminat nak beli dan jadikan novel seram tak? Hahaha..merepek je aku ni. ok, lah..semput aku taip cerita panjang2 macam ni.ada banyak lagi kisah seram. nanti kalau aku rajin aku cerita la ye..adios amigos! :)