Thursday, November 29, 2012

MaMaT tU MeMaNg InNoCeNt Laaa...


assalamualaikum..

haaa, before aku cerita lebih lanjut..lebih baiklah aku bagitahu dulu yer..entry ini tidak dibayar pon..saje2 aku nak bagitau kisah cerita ni..huahua..actually, baru2 ni aku tak tahu nak tengok cerita korea yang mana kan..so saje2 tangan aku ni tertekan cerita 'the innocent man' kat Maadu.com tu..pastu aku try usha feedback dari orang ramai..semua tulis cerita ni best..lagi 1 yang membuatkan aku excited sebab pelakon laki watak utama ni Song Jong Ki..aku mula kenal dia ni sebab aku gila tengok running man..so, dia ni salah seorang ahli tetap kat dalam running man(tapi sekarang tak dah sebab dia buzy berlakon)..one more, lagi aku excited sebab watak kawan dalam cerita ni ialah kwang soo..dia tu pon ahli tetap dalam running man and kalau nak tau diorang ni memang kawan baik..ceeehh, nampak macam aku tau banyak je kan pasal diorang ni..padahal info ciput je pon..kahkahkah..haaa.ni muka kawan sejati tu..
so, aku macam excited skit la nak tengok kan..bila bukak je episode 1, trus jadi macam tergamam sebab biasanya cerita korea kan, kalau first episode tu still main2 lagi..boleh tengok sambil pergi kat dapur bukak peti ambil sneak jalan lembab2 ke depan tv semula..hahaha..tapi cerita ni membuatkan aku terpaku..sebab ape?..mula2 start macam dah menunjukkan betapa pentingnya jalan cerita tu..kalau aku tengok sambil lewa terasa macam rugi..so aku fokus giler dari awal episode..hehe..

ada soalan yang berbunyi kenapa aku cakap cerita ni best ker?..ok nak jawab, memang kebanyakan cerita Korea yang best..tapi ade jugak yang hampehh..sebab tu bila nak tengok cerita on9 ni aku memilih sikit..yela, kalau dekat tv kan kite terpaksa tengok..dah tv tayangkan cerita tu..takde pilihan la kan..takkan tv tayang cerita My Girl kita pulak nanges2 suruh tv tayang cerita Full House..gila namanya tu..hoho..so, cerita ni salah satu cerita yang menjadi favourite aku sepanjang zaman jugak..sebabnya aku rasa nervous gila setiap kali aku tengok cerita ni?..asal nak nervous plak?..over btol..

aku cakap siyes ni..memang sumpah nervous sebab cerita ni ada kaitan dengan dendam..so, lelaki watak utama ni memang super hebat la sebab aku tak tau camne dia boleh berlakon ubah2 karakter..lelaki ni sebenarnya baik, tapi sebab ade something happen membuatkan dia nak balas dendam..so, dia rapat dengan perempuan watak utama tu disebabkan dia ada motif la kan..tu yang membuatkan aku nervous tengok cerita ni..watak lelaki ni sekejap baik tapi dalam masa yang sama mimik muka dia berubah jadi evil giler..ok cerita pasal watak perempuan pulak..
watak perempuan ni pulak anak orang kaya, sombong, jenis yang sangat2 berdikari, tak percayakan sesiapa, takde kawan rapat dan jenis yang ganas..so, memang takde orang la berani dekat dengan dia melainkan peguam dia je yang sentiasa ada kat sebelah dia tu..satu hari, si watak utama ni mulakan langkah untuk rapat dengan perempuan ni..mestila disebabkan lelaki tu ada motif yang tersendiri..haa, aku nak bagitau ni..watak perempuan utama ni sangat la scary..even lelaki watak utama ni pon takut dengan dia..bukan takut ape, sebabnya perempuan ni jenis yang berani..so, kalau dia dah start mulakan perancangan dia, takde sorang pon dapat halang..senang cakap watak perempuan ni jenis yang orang tak boleh nak jangka..memang scary giler la..dia pon sama je dengan lelaki tu..sekejap muka baik gila tapi dalam sekelip mata je dia dah pasang perangkap balik kat lelaki tu..huaaa, sebab tu aku cakap cerita ni buat aku nervous..

apa2 pon, tak perlu risau, walaupon aku rasa watak2 dalam cerita ni macam dah takde harapan nak hidup(suke hati aku je cakap macam tu..hoho) tapi ending cerita ni memang terbaik..aku rasa sesuai la ending cerita ni sebab akhirnya lelaki watak utama tu dapat jugak merasa cinta yang sejati..bhahahaha..takleh blah ayat aku..ok, so jangan lupa tengok cerita yang mendebarkan ni ok..ending cerita ni tak mengecewakan pon..ok, tata!



p/s ~ terasa macam nak tengok lagi sekali la cerita ni..tapi kalau tengok lagi sekali, mula la start nervous balik..hadoi...stress! ^,^

Tuesday, November 20, 2012

MaSa ZaMaN SeKoLaH DuLu..

Assalamualaikum..

masa tengok page Himpunan Cerita Lawak tadi, tetibe jumpa beberapa keping gambar yang membuat aku teringat zaman sekolah teknik dulu..nak tau apa dia?..jom usha cepat cerita aku ni..


dah nama belajar kat sekolah teknik kan, so mata pelajaran yang wajib setiap hari adalah menggunakan mende alah ni..sungguh bosan hidup aku ni..matematik guna bende ni, matematik tambahan gune bende ni, paling teruk LK(lukisan kejuruteraan) paling banyak guna bende ni..so, kalau cikgu bising2 nak suruh cepat siap kan, mula la time tu menggelabah nak lukis..sekali lukis jadi macam ni daaa..tak sama bulat la pulak..so padam balik..lukis lagi sekali tapi bulatan tu tak sama layer pulak..sebelah terlebih tebal sebelah lagi terlebih nipis plak..kene reject..buat lagi sekali..bile dah lukis tengok sebelah terlebih warna bulatan sebelah terlebih gelap sebelah lagi terlebih cair..bila dah padam banyak2 kali last2 tengok dah berlubang kertas tu..arrghh, tak guna!!


kes ni terjadi bila time nak exam..mesti rasa macam tak boleh nak tidur je..maybe terlebih stress duk cuba mengingat segala hafalan2..tengok jam dah pukul 1 pagi..tengok lagi jam dah pukul 5 pagi..oh dem!..tengok jam lagi?..homaigod dah nak subuh..baru je nak tidur sekali dengar 'sonto' kat luar dah buat pengumuman suruh bangun subuh..masa kat sekolah teknik memang macam tu, akan ada seorang cikgu asrama yang kami panggil 'sonto' akan bising pagi2 bila subuh..konon macam alarm clock la..tau tak ayat yang paling pedas yang membuatkan semua sudent bangun pagi??..

'bangun2!!!..kalau dah bangun Alhamdulillah..kalau yang tak bangun tu Innalillah'

sepantas kilat semua penghuni asrama akan bangun pagi..kahkah..




ini kejadian masa exam pulak..tengah syok2 menjawab soalan kan..bukan sikit2 soalan tau..kadang2 dah yang ke 50 soalan..sekali nak jawab yang ke 51 soalan tengok2 dah bertanda kat soalan tu..aik, macam mana ni?..pastu mula la kene cari punca dari mana..sekali tengok2 dari soalan ke 40 dah salah..amik ko!,..satu hal pulak nak kene padam jawapan pastu tulis balik..waste my time btol la..tula, tak fokus lagi masa jawab soalan..huh!


ni berlaku masa exam jugak..seperti dalam gambar, biasanya kejadian ni berlaku untuk kertas peperiksaan matematik, matematik tambahan, fizik dan sebagainya..bila tengok soalan rasa macam 'sumpah aku tak faham !!'..pastu feeling2 bijak la kan, cuba nak jawab soalan lain..sekali tengok soalan berangkai rupanya..kene jawab soalan 1 baru dapat jawab soalan 2, dapat jawab soalan 1 baru dapat jawab soalan 3
..WTFishhhhhhhhhhhhhhh..dah dapat agak markah peperiksaan masa tu..hahaha


haaa, yang ni pulak bila cikgu suruh buat public speaking..ni jadi masa sekolah2 dulu la..bila dah masuk kolej dah terbiasa dengan public speaking ni..yang lawaknya masa dulu kan, dekat otak ni fikir bukan main hebat lagi nak speaking..sekali terkeluar kat mulut ntah ape2 je..OH MY ENGLISH!..

sekian, terima kasih kerana membaca entry ini..arigato gozaimas! **tunduk2 hormat.. ^,^