Tuesday, November 20, 2012

MaSa ZaMaN SeKoLaH DuLu..

Assalamualaikum..

masa tengok page Himpunan Cerita Lawak tadi, tetibe jumpa beberapa keping gambar yang membuat aku teringat zaman sekolah teknik dulu..nak tau apa dia?..jom usha cepat cerita aku ni..


dah nama belajar kat sekolah teknik kan, so mata pelajaran yang wajib setiap hari adalah menggunakan mende alah ni..sungguh bosan hidup aku ni..matematik guna bende ni, matematik tambahan gune bende ni, paling teruk LK(lukisan kejuruteraan) paling banyak guna bende ni..so, kalau cikgu bising2 nak suruh cepat siap kan, mula la time tu menggelabah nak lukis..sekali lukis jadi macam ni daaa..tak sama bulat la pulak..so padam balik..lukis lagi sekali tapi bulatan tu tak sama layer pulak..sebelah terlebih tebal sebelah lagi terlebih nipis plak..kene reject..buat lagi sekali..bile dah lukis tengok sebelah terlebih warna bulatan sebelah terlebih gelap sebelah lagi terlebih cair..bila dah padam banyak2 kali last2 tengok dah berlubang kertas tu..arrghh, tak guna!!


kes ni terjadi bila time nak exam..mesti rasa macam tak boleh nak tidur je..maybe terlebih stress duk cuba mengingat segala hafalan2..tengok jam dah pukul 1 pagi..tengok lagi jam dah pukul 5 pagi..oh dem!..tengok jam lagi?..homaigod dah nak subuh..baru je nak tidur sekali dengar 'sonto' kat luar dah buat pengumuman suruh bangun subuh..masa kat sekolah teknik memang macam tu, akan ada seorang cikgu asrama yang kami panggil 'sonto' akan bising pagi2 bila subuh..konon macam alarm clock la..tau tak ayat yang paling pedas yang membuatkan semua sudent bangun pagi??..

'bangun2!!!..kalau dah bangun Alhamdulillah..kalau yang tak bangun tu Innalillah'

sepantas kilat semua penghuni asrama akan bangun pagi..kahkah..




ini kejadian masa exam pulak..tengah syok2 menjawab soalan kan..bukan sikit2 soalan tau..kadang2 dah yang ke 50 soalan..sekali nak jawab yang ke 51 soalan tengok2 dah bertanda kat soalan tu..aik, macam mana ni?..pastu mula la kene cari punca dari mana..sekali tengok2 dari soalan ke 40 dah salah..amik ko!,..satu hal pulak nak kene padam jawapan pastu tulis balik..waste my time btol la..tula, tak fokus lagi masa jawab soalan..huh!


ni berlaku masa exam jugak..seperti dalam gambar, biasanya kejadian ni berlaku untuk kertas peperiksaan matematik, matematik tambahan, fizik dan sebagainya..bila tengok soalan rasa macam 'sumpah aku tak faham !!'..pastu feeling2 bijak la kan, cuba nak jawab soalan lain..sekali tengok soalan berangkai rupanya..kene jawab soalan 1 baru dapat jawab soalan 2, dapat jawab soalan 1 baru dapat jawab soalan 3
..WTFishhhhhhhhhhhhhhh..dah dapat agak markah peperiksaan masa tu..hahaha


haaa, yang ni pulak bila cikgu suruh buat public speaking..ni jadi masa sekolah2 dulu la..bila dah masuk kolej dah terbiasa dengan public speaking ni..yang lawaknya masa dulu kan, dekat otak ni fikir bukan main hebat lagi nak speaking..sekali terkeluar kat mulut ntah ape2 je..OH MY ENGLISH!..

sekian, terima kasih kerana membaca entry ini..arigato gozaimas! **tunduk2 hormat.. ^,^

No comments:

Post a Comment