Tuesday, December 11, 2012

YoU DoN't kNoW

(picture credit to Google)


This feeling is the first time so you don’t know
You don’t know how dangerous love is
This isn't it….it isn't it…this is really not love

You don’t know that my memory is painted by tears
You don’t know that I hate to think of that hateful memory
This isn't it….it isn't it…this is not love
Soon you’ll find out that it’s painful

Don’t give me names by calling me coward
You don’t know what kind of person I am
Although you come closer…I have no confidence at all

I love you…don’t say it easily
If you leave me, I don’t know whether I’m going to search for you
You don’t know that love like ours
The more we do it the scarier it gets

You don’t know that love is scary
Only you don’t know that it’s a cruel lie
This isn't it….it isn't love
Don’t make me have a pie in the sky..it’s not love

I guess it’s hard to believe in someone again
That kind of feeling and pain…you don’t know
You want me to go through that again
To get tricked by you again

I love you…don’t say it easily
If you leave me, I don’t know whether I’m going to search for you
You don’t know that love like ours
The more we do it the scarier it gets

I’m sorry..I know your heart
But I don’t want to regret after turning back
I’m afraid that my heart will show
So I hurry turn my back on you
Though the whole world knows it, wish you didn't
Only one in this world…I wish for you to not know




haaaa, terkejut ke aku update entry yang berbentuk sedikit kekecewaan pasal cintan cintun ni??..tak payah nak bising2 la, bukannya aku putus cinta pon..saje je nak kasi gempak sikit..hahaha..sebenarnya ni lirik lagu korea la..tajuk lagu tu You Don't Know..penyanyi Sunny Hill..ingatkan nak letak lirik lagu korea,tapi kang naik lenguh pulak mulut korang tu nak ikot sebutan..so, senang cerita aku amik yang dah translate english jela..ye, aku faham..sehebat mana pon tahap kegilaan korang kat k-pop tapi still tak berapa teror kan bila masuk bab2 percakapan ni..tak yah cari contoh luar la, aku ni pon salah seorang peminat cerita2 korea, lagu2 korea, tempat2 menarik di korea serta bahasa korea..senang cerita memang hampir 90% jugak la aku suka..tapi dalam banyak2 part, bila masuk bab bahasa ni memang agak fail..bukannya tak boleh kan..setakat tau cakap asas2 dalam bahasa korea tu tau la..nak cakap lebih2 memang lintang pukang la jawabnya..so, disebabkan aku memahami jiwa anak muda yang mendambakan lagu2 korea tapi dalam masa yang sama ingin memahami liriknya, jadi aku dengan bermurah hati meletakkan lirik lagu yang sudah di translate kan..cececeh..

eh, cop2!..sebenarnya jauh benar aku melalut ni..sebenarnya aku cuma nak bagitau yang aku ada banyak cerita nak story..tapi cam biasa la..aku ni kan ala2 pemalas kan..tu pasal malas nak bercerita sangat arini, aku pi tibai letak lirik lagu kat entry ni..hadoi, sejak akhir2 ni kan aku rasa tahap merepek aku makin menjadi2 la..tengok la kat atas tu..padahal aku nak kasi tau korang yang tulisan ayat2 cinta kat atas tu cuma lirik lagu je, tapi aku duk melalut sampai story mory korea pulak..nasib baik aku tak cerita pasal sejarah korea..ahhh sudahh!!..aku buat lagi sekali la pulak!!..ok2, baik aku blah dari sini sebelum aku melalut tak henti2..aku ni memang tak boleh dibiarkan..


p/s~ sebenarnya aku ingat nak letak video lagu tu sekali..tapi bila aku nak upload, blog ni tulis error pulak..ni mesti kes line wifi slow giler ni..takpe lah..kalau korang teringin nak dengar lagu ni, google je tajuk lagu tu ok..kehkeh..

Friday, December 7, 2012

TeKnOLoGi Ni KaDaNg2 MeNyUsAhKaN!!



di suatu malam yang hening, aku terbaring kesepian di atas katil..hanya bertemankan laptop uzurku..kedengaran di luar sana bunyi2 yang tidak sedap didengar seperti enjin motor, kereta, bas..tidak terkecuali enjin bot kapal selam dan juga enjin kapal terbang turbo..ok itu aku bohong..entah kenapa hari ini kurang kedengaran bunyi cengkerik..mungkin bunyi itu tenggelam dek kerana bunyi enjin2 yang aku nyatakan sebentar tadi..

selepas aku berfikir panjang, aku mula membuka laman web kesukaan ku..tidak lain tidak bukan, pada waktu begini lah aku suka menonton rancangan running man..tiap2 minggu aku nantikan episode baru running man..aku tidak pernah jemu..aku menekan papan kekunci mencari episode running man yang terbaru..mata aku tertumpu pada angka episode 122..itu lah yang aku tunggu selama ini..setelah aku melihat dengan gembira setiap part..tiba lah pula giliran part 6..aku mainkan sekejap video itu kemudian buffer kan sementara..memberi laluan kepada video itu untuk bergerak dengan lebih laju..aku menunggu dengan penuh kesabaran..sementara menunggu, aku mula memikirkan masa depan aku yang tidak berapa kelihatan..mungkin akibat mendung hujan..tak apalah, nanti mungkin akan ada cahaya matahari di dalam kehidupan aku suatu hari nanti..kalau tidak berjumpa juga sinaran matahari, aku merancang mahu membeli lampu spotlight sahaja..janji terang juga kehidupan aku..selepas aku mengelamun pasal lampu spotlight, mata aku memandang ke arah video tersebut..nampaknya segala penat lelahku membuahkan hasil apabila aku nampak video itu sudah habis buffer..dengan muka yang sangatlah excited aku mula ingin menekan butang play..muka excited aku memang tersangat lah excited..jika untuk kepastian, anda boleh lihat muka budak di bawah..


ye betul,aku tidak tipu..lebih kurang begitu lah muka excited aku untuk menekan butang play..



sikit lagi...



ye, sikit lagi hampir sampai..



hampir sangat untuk melihat 'part 6'



hampir sampai untuk menekan butang 'play'...







papppp!..sekali tangan aku terlajak tertekan butang 'PART 7'..



PART 7????...OH DEM!!!!!!!!.. bunyi jeritan di dalam hati..



p/s~ korang rasa apa yang perlu aku buat..adakah aku patut pulas je tangan aku yang terlajak menekan part 7 tu ataupon aku perlu salahkan teknologi yang 'segalanya di hujung jari anda'



'segalanya di hujung jari anda'??? puih!aku tak kira!..aku nak salahkan teknologi jugak!..huaaaaaaa....


Thursday, December 6, 2012

HoW I GoT a JoB??


assalamualaikum..

rasanya kali ni guwa nak tulis ala brader2 la..so, entry kali ni kite guna 'guwa-lu orang' la ea?..kahkah..sebenarnya tadi guwa tengah syok duduk melayan cerita the innocent man buat kali ke 2..tengah best2 guwa melayan feeling sedih2 tiba2 internet bertukar menjadi siput babi..bukan siput babi dah gamaknya tapi bertukar menjadi siput sedut..guwa rasa macam nak bertukar menjadi hulk je..tapi bila guwa tengok baju t-shirt yang guwa tengah pakai ni, guwa nampak baju guwa warna biru..nampaknya tak boleh la guwa nak bertukar menjadi hulk..mungkin warna biru lebih sesuai bertukar menjadi 'HILK' daripada 'HULK'..ok la..guwa tak nak sembang berapi sebab guwa nampak jam sudah pukul 12.24 am..guwa tak boleh tido lambat2 sangant nanti guwa mengantuk kat ofis esok..apa, kat ofis???..ye, guwa ulang..kat oooofffiiisssss...guwa dah keje sekarang ni beb..ye guwa ulang lagi sekali..guwa dah dapat kerjaaaaaaaaaaa..


'KREKKKK KREKKK KREKKK'

Ok la ok la..guwa tau la lu orang tak excited tapi guwa excited la jugak sebab guwa dah bosan duduk terperap kat rumah.guwa rasa dah lama jugak kot guwa terperap..hehehe..sebenarnya guwa dapat keje sementara je pon..untuk pilihanraya ni..so, perlukan orang la kat bilik War Room tu..ok, guwa bukannya kedekut tak nak cerita kat lu orang apa yang dinamakan dengan War Room tu..tapi guwa rasa cukup bagitau nama jela kot..guwa tak boleh nak cerita secara terperinci sebab ini adalah sulit dan rahsia kerajaaan..wahh, ayat guwa terasa seperti hendak bagi kaki kan..hikhik..

guwa takda masalah pon kerja kat situ sebab staff semua baik2..tapi sebabkan diorang terlebih peramah jadi itu menjadi masalah terbesar buat guwa..alaaa, korang pon kenal guwa macam mana..guwa ni bukannya jenis senang mesra dengan orang..guwa amik masa beb nak menyesuaikan diri..tapi guwa rasa tu perkara biasa kot..mana ada orang masuk ofis hari pertama terus memekak sana memekak sini jerit sana lompat sini kan..guwa ni senyap jela..tapi, yang tak boleh blah ada akak ofis ni siap tipon kakak sedara guwa(diorang ni memang saling mengenali sebab kerja bahagian yang sama) disebabkan risau tengok guwa..risau ape??..sebab diorang kata guwa tak makan..laaaa, celah mana pulak guwa tak makan ni?..guwa ni dalam pemalu2 pon kalau dah kebulur confirm guwa makan jugak..hari 1st guwa makan je bubur yang diorang suruh makan tu..hari 1st jugak guwa makan je pisang goreng, keropok dan keledek goreng yang diorang bawak tu..hari kedua guwa makan petang ngan diorang gak..makan kek secret receipy tu..haaaa, tang mana yang guwa tak makan ni?..mungkin kah guwa halimunan sehinggakan diorang tak nampak guwa makan???ataupon guwa terlalu kecik di pandangan mata mereka??..hahaha..guwa rasa sebab diorang tak nampak guwa makan sarapan dan tengahari kot..awal2 pagi guwa masuk ofis mesti diorang suruh guwa makan nasi lemak..confirm la guwa tolak ajakan diorang secara berhemah sebab guwa baru je makan sarapan kat rumah guwa..pastu tengahari pulak guwa bawak bekal..so, memang guwa makan ikot suka hati guwa jela pukul berapa yang guwa rasa perut guwa mula berbunyi2  tanda protes kan..haaa, mungkin itu faktor utama mereka katakan guwa tidak makan..apa barang tak makan ni..guwa pon manusia apa..takkan la guwa tak makan 1 hari..ok, stop cerita pasal makan2 ni sebab nanti guwa jadi stress..ye, guwa terasa sangat stress bila ada orang ajak guwa makan hari2 tapi pada masa yang sama guwa kenyang..tu la yang terjadi sekarang ni..guwa takda masalah pon nak bekerja kat situ tapi guwa terasa bebanan yang berat apabila diorang pakat duduk suruh guwa makan makan makan makan dan maaaaaaakkkaaannnnnnn...eeerrkk, adakah guwa akan berubah menjadi 'bam-bam' jika terus berada di situ?..guwa khutiri mungkin ini penyebab obesiti di kalangan warga ofis di malaysia ni..


p/s~ tengok..perut guwa dah mula tunjuk protes bagitau kat guwa berhenti makan..