assalamualaikum..
memandangkan hari ini aku takde mood nak layan peminat2 aku di lama sosial mahupun facebook..cewaah..hahaha..maka aku ingin berkongsi sedikit tips yang tidak seberapa ni..yelaaa, kiranya tips yang tidak seberapa la sebab aku ni bukanlah model ternama pon..dah la pendek je kan..huahua..tapi, aku nak kongsi la jugak sedikit tips sebab aku pernah jadi model tak bertauliah tu..1st yang korang perlu ingat semasa photoshoot adalah sentiasa alert ok...haaa, nak tau lebih lanjut??..jom, ikot tips yang aku bagi ni..
1. MESTI ALERT:
ape maksud alert tu ialah korang kene pantas bertindak dan menggayakan gaya yang diarahkan oleh photographer..jangan berangan korang nak naik ke bulan la, nak jadi bintang korea la, dan segala jenis berangan la..pleasee pleasee and pleasee fokus ketika photoshoot..kalau tidak korang dengar la teriakan suara photographer serta kuncu2nya..hahahaha..
2. JANGAN BILANG TIDAK:
haaa, dah macam tajuk lagu plak kan..hehe..jangan bilang tidak maksudnya jangan membantah kalau photographer tu suruh korang buat macam2 gaya..ikot je kehendak dia..ok, actually tak salah korang nak bantah kalau korang rasakan gaya tu tak sesuai dengan korang ke, kurang sopan ke, ataupon korang memang tak boleh buat gaya tu..contohnya photographer tu suruh korang wat gaya camni..
mak ooii!!..memang patah pinggang la kan kalau suruh buat camtu..so, korang boleh bantah dan cakap gaya tu tak sesuai dengan korang..tapi kan, biasanya photographer ni dah tau gaya apa yang sesuai dengan model2 dia..so, tak jadi masalah sangat kot..yang penting, jangan selalu bantah la setiap kali dia arahkan korang untuk buat gaya2 tertentu..kalau sepuluh gaya tu 9 korang bantah alamatnya hurmmm hurmm korang pandai2 la fikir ea..^o^
3. IKUT MOOD YANG BETUL:
maksud aku ialah korang kene tengok pada tema yang korang gayakan pada hari tu..contohnya korang pakai baju ala2 orang giler ker..haaa, ikot tema pakaian korang tu..pastikan mimik muka korang seiring dengan pakaian yang korang pakai..then, kalau dalam sehari tu korang kene photoshoot berlainan tema dan pakaian??..takpe2, just follow jer..ikot sahaja tema tu dan pastikan mimik muka+ gaya korang bersesuaian..pernah sekali tu kan, aku kene photoshoot malam pastu kene tukar kalau tak silap aku dalam 5 jenis pakaian..setiap pakaian tu ada karakter yang berlainan..dan lagi teruk sebab setiap kali tukar pakaian, aku kene tukar fesyen rambut + mekap sekali..perrghh, memang penat giler..sumpah aku tak tipu!..so, masa tu memang kene pandai control mood and make sure gaya yang kita buat tu sesuai..heeee..
4. JANGAN BERGERAK!
jangan bergerak! kami polis!..hahaha..oh tidak, maksud aku jangan sekali2 korang buat gaya yang berlainan dalam masa 2 or 3 saat..faham tak?..meh aku explain lagi..contohnya photographer tu suruh korang buat gaya 1..korang buat jer gaya tu dan jangan bergerak lebih kurang 3-4 saat or kadang2 lebih skit..sebab ape?..sebab photographer tu akan amik shoot yang sama dalam 2 or 3 kali..so, korang just duduk statik sampai la photographer tu arahkan korang buat gaya lain or dia cakap 'ok'..
5. JANGAN PANDANG FLASH LAMPU
ok, jangan salah faham..bukan flash lampu kamera ea..ini flash lampu yang orang halakan kat korang tu..alaa, lampu yang besar and terang benderang tu la..haaa, kalau korang 1st time jadi model ker kan, mana la korang tau kan bila photographer tu suruh korang halakan pandangan ke arah lampu tu..yess, memang selalu photographer suruh korang halakan pandangan ke arah lampu! tapi jangan pandang tepat ke arah lampu tu, korang tetapkan pandangan korang ke arah tepi pancaran lampu..make sure arah pandangan korang tu tak jauh tersasar..pandangan korang mesti hampir2 dengan pancaran lampu dan boleh dikatakan bersebelahan dengan pancaran lampu..kalau korang tetapkan pandangan terlalu jauh dari pancaran lampu tu korang takkan dapat shoot yang terbaik..dan paling tak best, korang kene amik masa yang lama berbanding model lain untuk mencari shoot yang terbaik..jangan main2, nanti diri sendiri yang penat..hoho
6. JADI DIRI ORANG LAIN SEMENTARA WAKTU
kenapa nak jadi diri orang lain? sebab masa korang photoshoot korang bukanlah diri korang sendiri..mengikut pengalaman aku la kan, masa photoshoot biasanya kita kene ikot tema yang diberikan..so, aku ni bukanlah seorang yang outspoken di depan khalayak ramai..memang aku ni jenis banyak cakap tapi tengok keadaan la kan..lagi, biasanya bila kita ade depan kamera dan orang suruh gayakan macam2 style mesti kita akan rasa malu sangat..lebih2 lagi bila ada model2 yang lain tengok+orang yang pegang lampu+orang2 yang tak dijemput sama turut hadir seolah2 penonton..dan pada masa yang sama aku rasa macam DAMN DAMN DAMN SANGAT *,*'..sangat tak boleh fokus ok tapi kalau tak fokus nanti gambar tak jadi plak..so, pada masa ni la aku cakap kita kene jadi diri orang lain..korang anggap la tu bukan diri korang yang sebenarnya kan..kalau korang seorang yang pemalu janganlah jadi pemalu masa tu..kalau korang dalam mood sedih sebab baru putus dengan pakwe ker anggaplah korang tengah berbahagia pada masa tu..hanya untuk sekejap jer, jadilah diri orang lain ok!
ok, sebenarnya ada banyak sangat tips untuk photoshoot ni, tapi nanti panjang pulak entry kalau aku tulis banyak2 kan..so, cukuplah 6 je tips yang aku bagi untuk kali ni..kalau aku rajin lain kali aku sambung lagi..tapi biasanya kalau aku cakap lain kali tu aku tulis ker???..*.*"..gulp!