Assalamualaikum,
Korang tau tak cerita movie terbaru di pawagam sekarang ni? Ok, aku nak share satu movie yang baru je aku pergi tengok semalam..aku pergi tengok movie dengan Puan Og dan encik suami yang dipanggil Abg Fauzi..disebabkan aku ni memang ada sejenis penyakit ketagihan dengan cerita kartun, jadi apa2 cerita kartun pun aku suka tengok..walaupun umur aku dah 23 tahun..OHmennn, sangat mustahil! Hahaha..tapi aku memang peminat cerita animasi..kalau masa umur 12 tahun aku suka tengok cerita Shin Chan, Doraemon, dan Spongebob..sampai sekarang pun aku still suka cerita tu..Haa, nampak tak ketagihan aku dengan cerita kartun..jadi, bila Puan Og dan suami beliau bagitahu ada cerita animasi dekat wayang, aku tanpa berfikir 2 kali terus bagitahu nak pergi tengok..maka kami bertiga yang sudah berumur 20an ni kesemuanya menuju ke panggung wayang untuk mencari tiket cerita animasi ye..aku ulang, ANIMASI..bukan cerita genre seram, science fiction, comedy, dan sebagainya..
Ok relax la kawan2..sesekali tengok animasi bukan salah pun..tak bermaksud cerita tu untuk kanak2 je betul tak? Masa sampai di panggung wayang tu aku ada tergerak hati jugak nak tengok cerita lain ..sebab takut cerita tu macam kebudak-budakan ker..haha..tapi nak tengok cerita lain dah lewat pulak waktu menonton..so kami amik jugak cerita Big Hero 6 ni..masuk2 je dalam wayang tu dah dengar suara kanak2.Oh gosh! Takkan kami bertiga je dewasa? Lepas diteliti aku terdengar suara segerombolan lelaki dewasa..aku pandang kanan aku pulak ternampak sepasang couple lelaki dan perempuan..Oh ok, lega rasa..bukan kami je dewasa yang ada di panggung..
Sekarang kita cerita pasal kisah Big Hero 6 ni pulak..aku tak nak bagitahu detail sebab kalau bagitahu detail nanti korang tak teruja nak tengok sebab dah tahu jalan cerita..hohoho*kejam*..So, cerita ni sebenarnya kisah 5 manusia dan 1 robot yang tak pernah jangkakan mereka ni akan menjadi hero..Alahh, story apa ni Cik Eyra..sangat biasa je..memang cerita hero biasanya pada permulaan diorang tak jangkakan jadi hero..Ooooo, sabar sabar semua...cerita ni tak sama seperti yang korang bayangkan..teruskan mendengar dengan istikhamah..hihi..Memang nampak biasa je dengan penjelasan aku tadi kan..tapi, korang pernah nampak ke robot hero yang macam belon? Haaaa, ade ke? Ade? Takde kan? Tu yang uniknya dengan kisah movie ni..Sebabnya robot tu dicipta bukan untuk berlawan..Robot tu sangat lembut dan penyayang..Jangan main2 uolss, robot pun penyayang tau..Hahaha..dan dia sangat lembut luaran dan dalaman..juga sangat kelakar..tu yang menjadikan cerita tu sangat unik..Sekarang pasal 5 orang manusia pulak..4 orang tersebut sebenarnya kawan universiti seorang mamat ni..dan mamat ni mempunyai seorang adik..Adik dia tu akan jadi hero bersama dengan 4 orang kawan2 dia nanti.. Kenapa mamat tu tak join sekali adik dan kawan2 dia jadi hero? Haaa, yang tu korang patut menonton cerita tu dan dapatkan jawapan.. Mereka berlima ni daripada universiti rekacipta..*suka2 hati aku je bagi nama * .. jadi diorang ni macam budak2 nerd yang suka buat experiment dan mengkaji produk mereka sendiri tanpa mengenal erti putus asa..tapi disebabkan berlaku sesuatu kejadian, mereka berlima bersatu hati menjadi hero..termasuk la robot comel lembut gemuk yang penyayang yang sepatutnya tidak tahu berlawan langsung itu..nak tengok tak robot lembut gemuk comel tu? Ni haa aku bagi semangat sikit..tengok la gambar robot ni..Comel ooi, terasa nak angkat bawak balik rumah je..Kikiki..robot ni nama Baymax.. Hi Baymax! kamu sangat comel la.. terasa macam nak jadi proffesor dan mencipta satu Baymax pulak..
Comel kan? Comel sangat2 tau Baymax ni..kalau korang tengok dia berjalan2 berlari2 kat dalam cerita ni, mesti rasa macam 'Alahai, asal comel sangat robot ni? Tak pernah lagi nampak robot comel camni' ..Haa, teruja kan? Jom la kita ke panggung yang berdekatan untuk menonton..lepastu anda pula bagi review..
No comments:
Post a Comment