Assalamualaikum
Hari ni aku nak buat entry banyak2 sikit. Jadi jom la kita berlumba2 menaip ye..Ehem ehem, kan aku dah bagitahu aku suka menulis karangan. Haa, ni anggap je la yang aku sedang membuat karangan yang berjela2 seperti semasa menulis karangan SPM dan di kolej dulu ye. Hihihi. Aku bukannya apa, korang kan tahu aku ni kalau daH datang sikap pemalas tu memang tak mungkin la aku nak menjengah blog ni. Nak pandang sebelah mata pun tak nak apatah lagi sipi2 pandangan. Nampak tak tahap melampau tu? Sebab tu alang2 aku tengah rajin kebabom ni haruslah aku menaip berjela2. Hari ni aku nak bercerita pasal kucing kesayangan baru aku yang bernama Olaf.
Selepas kematian kucing aku yang dulu bernama Oreo. Kami sekeluarga jadi macam tak tentu arah. Sebab dah terbiasa ada kucing kat dalam rumah. Kalau dulu panggil je 'Oreo Oreo...' . Confirm ada datang punya. Ni kadang2 tersasul panggil nama kucing tapi kucing tak muncul2. Lepas fikir seratus kali kenapa tak muncul, baru datang balik ingatan rupanya kucing dah tak ada. Haa, mula la datang balik sendu2 pilu di hatiku tu kan. Oleh sebab itu aku buat keputusan nak beli lagi seekor anak kucing dari budak yang sama aku beli Oreo dulu. Aku try contact budak tu, mujur dia bagitahu kucing tu ada lagi. Jadi aku tanpa segan silu meminta sejumlah wang dari ma, abah, dan Puan Og untuk membeli kucing tersebut. Hahaha. Sebab duit aku RM 100 yang dibelanjakan untuk Oreo itu sudah tiada. Makanya, aku tersangat hampa. Jadi kali ni aku meminta duit dari semua keluarga yang terlibat yang berada di dalam rumah tersebut. Aku tak peduli. Aku nak jugak anak kucing tu. Mujur keluarga aku pun memang jenis gila kucing. So kami berempat topup2 duit untuk beli kucing kali ni. Alahai, bukan untuk kucing je, topup sekali untuk makanan, susu, dan keperluan anak kucing la kan. Dah nama kucing bersama2. Kena la kongsi2. Kahkahkah..
Maka, kami berempat pun pergi la mencari tuan empunya kucing tu, sampai2 rumah dia dah malam dah..dia pun suruh la kami pilih kucing yang mana menjadi pilihan hati. Aku tak ingat dah berapa ekor kucing yang ada masa tu. Aku cuma teringat ada kucing warna Orange, dan 2 ekor kucing putih. Tapi yang seekor kucing putih ni boleh pulak terpacak depan kitorang lepas tu terus jalan tuju ke abah. Abah pun ambil kucing tu sambil usap2 kepala. Kucing tu bukan main manja lagi. Abah terus buat keputusan ambil kucing tu je. Lepas bawak balik rumah, aku terus dapat ilham nak panggil dia Olaf. Aku kan suka cerita Frozen. Haruslah aku namakan kucing aku Olaf. Lagipun Olaf ni berbulu putih bermata biru. Cuma bahagian ekor, hujung telinga, muka sikit2,hujung kaki dan tangan dia bewarna coklat. Dah macam campuran parsi+siam pulak aku tengok. Ok, kita cerita pasal Olaf. Olaf ni masa bawak balik rumah bukan main senyap lagi. Aku ingatkan kucing ni bisu. Tak bersuara langsung. Kalau dia bersuara pun suara dia macam nak keluar tak keluar je. Oh, so nice!. Kucing yang sangat pemalu dan pendiam. Tapi kusangkakan panas sampai ke petang, rupa2 nya hujan di tengah hari. Hahaha. Olaf bukanlah kucing yang pendiam ok. Dia sangat aktif. Bukan aktif sikit2. Aku syak dia ni hyperactive. Masa umur dia 2 bulan lebih tu dia kalau tidur boleh lagi la tidur terlentang beralaskan kaki manusia. Sekarang ni jangan harap dia nak tidur macam tu. Dia bagitahu kami
'Saya dah besar!'
Baik Olaf, kami memahami..sebab kadang2 kami layan dia macam budak lagi. Sekarang umur dia dan 5 bulan lebih. Punyalah aktif. MasyaAllah, tak tahu la nak cerita macam mana. Kalau dia main kat sofa tu sampai kau yang tertidur memang confirm akan bangun secara automatik. Kalau kau sedang berjalan akan rasa macam nak terbang supaya dapat mengalahkan kelajuan angin Si Olaf. Kalau kau sedang makan, akan rasa macam nak gunakan pintu 'kemana saja' Doraemon supaya dapat makan dengan tenang tanpa tercekik. Begitu lah sifat Olaf sekarang ni. Kalau tanya orang dalam rumah tu, tak ada sorang pun yang tak pernah tercakar dan tercalar balar hasil kreativiti Olaf. Tapi, makin lama kenal dia, makin kami tahu sikap dia. Bila kami tahu dia macam mana, kami pun terselamat dari cakaran Si Olaf. Kehkehkeh.
Tapi Olaf ni ada sikap dia yang korang akan rasa macam 'alololo, memang super duper sweet kucing comel ni'. Olaf sangat setia tau. Kalau contoh ada orang pergi buang sampah, dia akan berlari2 dan ikut orang tu sampai la orang tu dah habis buang sampah dan bakar sampah tu. Tak kira lah jauh mana pun orang tu pergi buang sampah, dia confirm akan ikut jadi peneman. Tapi kalau dia dah keluar, memang azab la korang nak tangkap dia balik. Melainkan korang bernasib baik je dapat tangkap dia yang berlari sepantas kilat tu. Apa lagi yang menyebabkan si Olaf ni setia? Dia akan teman kalau ada orang basuh kain. Siap duduk sebangku dengan orang yang membasuh kain. Dia akan tunggu kat situ sampai orang dan habis basuh kain. Dia memang jenis tak takut air, bukan macam kucing lain. Sebab tu dia mampu teman sesiapa je yang pergi ke tandas. Bukan setakat tu, Olaf jugak suka teman orang yang pergi ke tandas untuk mengosok gigi dan mencuci muka. Dia memang akan berdiri sebelah korang. Kalau masuk tandas untuk gosok gigi di rumah aku, cuba2 la korang jenguk di bahagian kaki ye. Memang sah dia akan berdiri teman korang gosok gigi dan mencuci muka. Memang tak takut air langsung. Selain itu, kalau ada orang masuk tandas untuk mandi atau buang air, dia akan teman jugak. Tak kira la masa tu dia tengah busy bermain ke, tengah makan ke, minum susu ke. Apa2 je la tapi kalau dia tahu je orang bergerak tuju ke dapur, confirm dia akan teman. Kalau dah keluar tandas, nampak elok je dia duduk depan2 pintu tandas. Oh, sampai tahap macam tu pun dia nak teman ye. Rasa macam dihargai sangat kan. Nak pergi tandas sorang2 malam pun no hal. Huhuhu. Lagi satu, Olaf ni tak boleh dengar bunyi pintu, asal dengar je bunyi pintu bilik confirm dia berlari menuju ke situ. Contoh kalau bangun pagi nak pergi kerja. Dia confirm berlari dan tunggu depan pintu dah macam nak menyambut tuan yang baru bangun tidur. Padahal dia sedang tidur tadi. Tapi dah macam tugas dia pulak nak kena bangun jugak bila tuan bangun tidur. So sweet. Kalau bilik ma & abah lagi tak perlu cerita la. Memang tiap pagi Olaf yang jadi alarm clock untuk abah. Dia akan masuk dalam bilik dan panjat katil. Then pergi kat muka dan terus menjilat dagu sampai la orang tu bangun. Macam gaya anjing pun ada. Tapi ini kucing bukan spesies anjing ye. Olaf jugak suka sangat tidur atas orang. Kalau malam2 aku dengan Puan Og tengok tv sambil tidur atas sofa, Olaf ni akan bergilir2. 5 minit tidur kat atas aku lepas tu berlari pergi naik kat Puan Og pulak lepas tu pergi kat aku balik dan kemudian akan pergi pada Puan Og pula. Aku syak Olaf tak dapat buat keputusan nak tidur kat siapa. Mungkin tu jugak cara dia nak bagitahu yang dia tak pilih kasih. Bhahahaha. Apa2 je la Olaf. Yang penting kau sangat nakal dan comel. Itu je.
Enty aku ni memang tahap dah berjela2 panjangnya ni. Ingatkan nak upload gambar Olaf. tapi ni macam dah panjang sangat ni..so aku upload dalam entry satu lagi la ye. Khas tunjukkan picture Olaf tanpa aku membebel dan menaip tanpa henti. Hahahaha. Nanti aku rajin aku cerita lagi pasal Olaf ye. Nak chow dulu. Nanti ada yang pitam2 kena pergi hospital pulak baca entry aku ni.
p/s: Sebelum tu nak bagi biodata Olaf dulu, nantikan picture Olaf di entry selepas ini ye.
NAMA: OLAF
UMUR: 5 BULAN
TARIKH LAHIR: 17/6/2014
No comments:
Post a Comment