Tuesday, December 11, 2012

YoU DoN't kNoW

(picture credit to Google)


This feeling is the first time so you don’t know
You don’t know how dangerous love is
This isn't it….it isn't it…this is really not love

You don’t know that my memory is painted by tears
You don’t know that I hate to think of that hateful memory
This isn't it….it isn't it…this is not love
Soon you’ll find out that it’s painful

Don’t give me names by calling me coward
You don’t know what kind of person I am
Although you come closer…I have no confidence at all

I love you…don’t say it easily
If you leave me, I don’t know whether I’m going to search for you
You don’t know that love like ours
The more we do it the scarier it gets

You don’t know that love is scary
Only you don’t know that it’s a cruel lie
This isn't it….it isn't love
Don’t make me have a pie in the sky..it’s not love

I guess it’s hard to believe in someone again
That kind of feeling and pain…you don’t know
You want me to go through that again
To get tricked by you again

I love you…don’t say it easily
If you leave me, I don’t know whether I’m going to search for you
You don’t know that love like ours
The more we do it the scarier it gets

I’m sorry..I know your heart
But I don’t want to regret after turning back
I’m afraid that my heart will show
So I hurry turn my back on you
Though the whole world knows it, wish you didn't
Only one in this world…I wish for you to not know




haaaa, terkejut ke aku update entry yang berbentuk sedikit kekecewaan pasal cintan cintun ni??..tak payah nak bising2 la, bukannya aku putus cinta pon..saje je nak kasi gempak sikit..hahaha..sebenarnya ni lirik lagu korea la..tajuk lagu tu You Don't Know..penyanyi Sunny Hill..ingatkan nak letak lirik lagu korea,tapi kang naik lenguh pulak mulut korang tu nak ikot sebutan..so, senang cerita aku amik yang dah translate english jela..ye, aku faham..sehebat mana pon tahap kegilaan korang kat k-pop tapi still tak berapa teror kan bila masuk bab2 percakapan ni..tak yah cari contoh luar la, aku ni pon salah seorang peminat cerita2 korea, lagu2 korea, tempat2 menarik di korea serta bahasa korea..senang cerita memang hampir 90% jugak la aku suka..tapi dalam banyak2 part, bila masuk bab bahasa ni memang agak fail..bukannya tak boleh kan..setakat tau cakap asas2 dalam bahasa korea tu tau la..nak cakap lebih2 memang lintang pukang la jawabnya..so, disebabkan aku memahami jiwa anak muda yang mendambakan lagu2 korea tapi dalam masa yang sama ingin memahami liriknya, jadi aku dengan bermurah hati meletakkan lirik lagu yang sudah di translate kan..cececeh..

eh, cop2!..sebenarnya jauh benar aku melalut ni..sebenarnya aku cuma nak bagitau yang aku ada banyak cerita nak story..tapi cam biasa la..aku ni kan ala2 pemalas kan..tu pasal malas nak bercerita sangat arini, aku pi tibai letak lirik lagu kat entry ni..hadoi, sejak akhir2 ni kan aku rasa tahap merepek aku makin menjadi2 la..tengok la kat atas tu..padahal aku nak kasi tau korang yang tulisan ayat2 cinta kat atas tu cuma lirik lagu je, tapi aku duk melalut sampai story mory korea pulak..nasib baik aku tak cerita pasal sejarah korea..ahhh sudahh!!..aku buat lagi sekali la pulak!!..ok2, baik aku blah dari sini sebelum aku melalut tak henti2..aku ni memang tak boleh dibiarkan..


p/s~ sebenarnya aku ingat nak letak video lagu tu sekali..tapi bila aku nak upload, blog ni tulis error pulak..ni mesti kes line wifi slow giler ni..takpe lah..kalau korang teringin nak dengar lagu ni, google je tajuk lagu tu ok..kehkeh..

Friday, December 7, 2012

TeKnOLoGi Ni KaDaNg2 MeNyUsAhKaN!!



di suatu malam yang hening, aku terbaring kesepian di atas katil..hanya bertemankan laptop uzurku..kedengaran di luar sana bunyi2 yang tidak sedap didengar seperti enjin motor, kereta, bas..tidak terkecuali enjin bot kapal selam dan juga enjin kapal terbang turbo..ok itu aku bohong..entah kenapa hari ini kurang kedengaran bunyi cengkerik..mungkin bunyi itu tenggelam dek kerana bunyi enjin2 yang aku nyatakan sebentar tadi..

selepas aku berfikir panjang, aku mula membuka laman web kesukaan ku..tidak lain tidak bukan, pada waktu begini lah aku suka menonton rancangan running man..tiap2 minggu aku nantikan episode baru running man..aku tidak pernah jemu..aku menekan papan kekunci mencari episode running man yang terbaru..mata aku tertumpu pada angka episode 122..itu lah yang aku tunggu selama ini..setelah aku melihat dengan gembira setiap part..tiba lah pula giliran part 6..aku mainkan sekejap video itu kemudian buffer kan sementara..memberi laluan kepada video itu untuk bergerak dengan lebih laju..aku menunggu dengan penuh kesabaran..sementara menunggu, aku mula memikirkan masa depan aku yang tidak berapa kelihatan..mungkin akibat mendung hujan..tak apalah, nanti mungkin akan ada cahaya matahari di dalam kehidupan aku suatu hari nanti..kalau tidak berjumpa juga sinaran matahari, aku merancang mahu membeli lampu spotlight sahaja..janji terang juga kehidupan aku..selepas aku mengelamun pasal lampu spotlight, mata aku memandang ke arah video tersebut..nampaknya segala penat lelahku membuahkan hasil apabila aku nampak video itu sudah habis buffer..dengan muka yang sangatlah excited aku mula ingin menekan butang play..muka excited aku memang tersangat lah excited..jika untuk kepastian, anda boleh lihat muka budak di bawah..


ye betul,aku tidak tipu..lebih kurang begitu lah muka excited aku untuk menekan butang play..



sikit lagi...



ye, sikit lagi hampir sampai..



hampir sangat untuk melihat 'part 6'



hampir sampai untuk menekan butang 'play'...







papppp!..sekali tangan aku terlajak tertekan butang 'PART 7'..



PART 7????...OH DEM!!!!!!!!.. bunyi jeritan di dalam hati..



p/s~ korang rasa apa yang perlu aku buat..adakah aku patut pulas je tangan aku yang terlajak menekan part 7 tu ataupon aku perlu salahkan teknologi yang 'segalanya di hujung jari anda'



'segalanya di hujung jari anda'??? puih!aku tak kira!..aku nak salahkan teknologi jugak!..huaaaaaaa....


Thursday, December 6, 2012

HoW I GoT a JoB??


assalamualaikum..

rasanya kali ni guwa nak tulis ala brader2 la..so, entry kali ni kite guna 'guwa-lu orang' la ea?..kahkah..sebenarnya tadi guwa tengah syok duduk melayan cerita the innocent man buat kali ke 2..tengah best2 guwa melayan feeling sedih2 tiba2 internet bertukar menjadi siput babi..bukan siput babi dah gamaknya tapi bertukar menjadi siput sedut..guwa rasa macam nak bertukar menjadi hulk je..tapi bila guwa tengok baju t-shirt yang guwa tengah pakai ni, guwa nampak baju guwa warna biru..nampaknya tak boleh la guwa nak bertukar menjadi hulk..mungkin warna biru lebih sesuai bertukar menjadi 'HILK' daripada 'HULK'..ok la..guwa tak nak sembang berapi sebab guwa nampak jam sudah pukul 12.24 am..guwa tak boleh tido lambat2 sangant nanti guwa mengantuk kat ofis esok..apa, kat ofis???..ye, guwa ulang..kat oooofffiiisssss...guwa dah keje sekarang ni beb..ye guwa ulang lagi sekali..guwa dah dapat kerjaaaaaaaaaaa..


'KREKKKK KREKKK KREKKK'

Ok la ok la..guwa tau la lu orang tak excited tapi guwa excited la jugak sebab guwa dah bosan duduk terperap kat rumah.guwa rasa dah lama jugak kot guwa terperap..hehehe..sebenarnya guwa dapat keje sementara je pon..untuk pilihanraya ni..so, perlukan orang la kat bilik War Room tu..ok, guwa bukannya kedekut tak nak cerita kat lu orang apa yang dinamakan dengan War Room tu..tapi guwa rasa cukup bagitau nama jela kot..guwa tak boleh nak cerita secara terperinci sebab ini adalah sulit dan rahsia kerajaaan..wahh, ayat guwa terasa seperti hendak bagi kaki kan..hikhik..

guwa takda masalah pon kerja kat situ sebab staff semua baik2..tapi sebabkan diorang terlebih peramah jadi itu menjadi masalah terbesar buat guwa..alaaa, korang pon kenal guwa macam mana..guwa ni bukannya jenis senang mesra dengan orang..guwa amik masa beb nak menyesuaikan diri..tapi guwa rasa tu perkara biasa kot..mana ada orang masuk ofis hari pertama terus memekak sana memekak sini jerit sana lompat sini kan..guwa ni senyap jela..tapi, yang tak boleh blah ada akak ofis ni siap tipon kakak sedara guwa(diorang ni memang saling mengenali sebab kerja bahagian yang sama) disebabkan risau tengok guwa..risau ape??..sebab diorang kata guwa tak makan..laaaa, celah mana pulak guwa tak makan ni?..guwa ni dalam pemalu2 pon kalau dah kebulur confirm guwa makan jugak..hari 1st guwa makan je bubur yang diorang suruh makan tu..hari 1st jugak guwa makan je pisang goreng, keropok dan keledek goreng yang diorang bawak tu..hari kedua guwa makan petang ngan diorang gak..makan kek secret receipy tu..haaaa, tang mana yang guwa tak makan ni?..mungkin kah guwa halimunan sehinggakan diorang tak nampak guwa makan???ataupon guwa terlalu kecik di pandangan mata mereka??..hahaha..guwa rasa sebab diorang tak nampak guwa makan sarapan dan tengahari kot..awal2 pagi guwa masuk ofis mesti diorang suruh guwa makan nasi lemak..confirm la guwa tolak ajakan diorang secara berhemah sebab guwa baru je makan sarapan kat rumah guwa..pastu tengahari pulak guwa bawak bekal..so, memang guwa makan ikot suka hati guwa jela pukul berapa yang guwa rasa perut guwa mula berbunyi2  tanda protes kan..haaa, mungkin itu faktor utama mereka katakan guwa tidak makan..apa barang tak makan ni..guwa pon manusia apa..takkan la guwa tak makan 1 hari..ok, stop cerita pasal makan2 ni sebab nanti guwa jadi stress..ye, guwa terasa sangat stress bila ada orang ajak guwa makan hari2 tapi pada masa yang sama guwa kenyang..tu la yang terjadi sekarang ni..guwa takda masalah pon nak bekerja kat situ tapi guwa terasa bebanan yang berat apabila diorang pakat duduk suruh guwa makan makan makan makan dan maaaaaaakkkaaannnnnnn...eeerrkk, adakah guwa akan berubah menjadi 'bam-bam' jika terus berada di situ?..guwa khutiri mungkin ini penyebab obesiti di kalangan warga ofis di malaysia ni..


p/s~ tengok..perut guwa dah mula tunjuk protes bagitau kat guwa berhenti makan..


Thursday, November 29, 2012

MaMaT tU MeMaNg InNoCeNt Laaa...


assalamualaikum..

haaa, before aku cerita lebih lanjut..lebih baiklah aku bagitahu dulu yer..entry ini tidak dibayar pon..saje2 aku nak bagitau kisah cerita ni..huahua..actually, baru2 ni aku tak tahu nak tengok cerita korea yang mana kan..so saje2 tangan aku ni tertekan cerita 'the innocent man' kat Maadu.com tu..pastu aku try usha feedback dari orang ramai..semua tulis cerita ni best..lagi 1 yang membuatkan aku excited sebab pelakon laki watak utama ni Song Jong Ki..aku mula kenal dia ni sebab aku gila tengok running man..so, dia ni salah seorang ahli tetap kat dalam running man(tapi sekarang tak dah sebab dia buzy berlakon)..one more, lagi aku excited sebab watak kawan dalam cerita ni ialah kwang soo..dia tu pon ahli tetap dalam running man and kalau nak tau diorang ni memang kawan baik..ceeehh, nampak macam aku tau banyak je kan pasal diorang ni..padahal info ciput je pon..kahkahkah..haaa.ni muka kawan sejati tu..
so, aku macam excited skit la nak tengok kan..bila bukak je episode 1, trus jadi macam tergamam sebab biasanya cerita korea kan, kalau first episode tu still main2 lagi..boleh tengok sambil pergi kat dapur bukak peti ambil sneak jalan lembab2 ke depan tv semula..hahaha..tapi cerita ni membuatkan aku terpaku..sebab ape?..mula2 start macam dah menunjukkan betapa pentingnya jalan cerita tu..kalau aku tengok sambil lewa terasa macam rugi..so aku fokus giler dari awal episode..hehe..

ada soalan yang berbunyi kenapa aku cakap cerita ni best ker?..ok nak jawab, memang kebanyakan cerita Korea yang best..tapi ade jugak yang hampehh..sebab tu bila nak tengok cerita on9 ni aku memilih sikit..yela, kalau dekat tv kan kite terpaksa tengok..dah tv tayangkan cerita tu..takde pilihan la kan..takkan tv tayang cerita My Girl kita pulak nanges2 suruh tv tayang cerita Full House..gila namanya tu..hoho..so, cerita ni salah satu cerita yang menjadi favourite aku sepanjang zaman jugak..sebabnya aku rasa nervous gila setiap kali aku tengok cerita ni?..asal nak nervous plak?..over btol..

aku cakap siyes ni..memang sumpah nervous sebab cerita ni ada kaitan dengan dendam..so, lelaki watak utama ni memang super hebat la sebab aku tak tau camne dia boleh berlakon ubah2 karakter..lelaki ni sebenarnya baik, tapi sebab ade something happen membuatkan dia nak balas dendam..so, dia rapat dengan perempuan watak utama tu disebabkan dia ada motif la kan..tu yang membuatkan aku nervous tengok cerita ni..watak lelaki ni sekejap baik tapi dalam masa yang sama mimik muka dia berubah jadi evil giler..ok cerita pasal watak perempuan pulak..
watak perempuan ni pulak anak orang kaya, sombong, jenis yang sangat2 berdikari, tak percayakan sesiapa, takde kawan rapat dan jenis yang ganas..so, memang takde orang la berani dekat dengan dia melainkan peguam dia je yang sentiasa ada kat sebelah dia tu..satu hari, si watak utama ni mulakan langkah untuk rapat dengan perempuan ni..mestila disebabkan lelaki tu ada motif yang tersendiri..haa, aku nak bagitau ni..watak perempuan utama ni sangat la scary..even lelaki watak utama ni pon takut dengan dia..bukan takut ape, sebabnya perempuan ni jenis yang berani..so, kalau dia dah start mulakan perancangan dia, takde sorang pon dapat halang..senang cakap watak perempuan ni jenis yang orang tak boleh nak jangka..memang scary giler la..dia pon sama je dengan lelaki tu..sekejap muka baik gila tapi dalam sekelip mata je dia dah pasang perangkap balik kat lelaki tu..huaaa, sebab tu aku cakap cerita ni buat aku nervous..

apa2 pon, tak perlu risau, walaupon aku rasa watak2 dalam cerita ni macam dah takde harapan nak hidup(suke hati aku je cakap macam tu..hoho) tapi ending cerita ni memang terbaik..aku rasa sesuai la ending cerita ni sebab akhirnya lelaki watak utama tu dapat jugak merasa cinta yang sejati..bhahahaha..takleh blah ayat aku..ok, so jangan lupa tengok cerita yang mendebarkan ni ok..ending cerita ni tak mengecewakan pon..ok, tata!



p/s ~ terasa macam nak tengok lagi sekali la cerita ni..tapi kalau tengok lagi sekali, mula la start nervous balik..hadoi...stress! ^,^

Tuesday, November 20, 2012

MaSa ZaMaN SeKoLaH DuLu..

Assalamualaikum..

masa tengok page Himpunan Cerita Lawak tadi, tetibe jumpa beberapa keping gambar yang membuat aku teringat zaman sekolah teknik dulu..nak tau apa dia?..jom usha cepat cerita aku ni..


dah nama belajar kat sekolah teknik kan, so mata pelajaran yang wajib setiap hari adalah menggunakan mende alah ni..sungguh bosan hidup aku ni..matematik guna bende ni, matematik tambahan gune bende ni, paling teruk LK(lukisan kejuruteraan) paling banyak guna bende ni..so, kalau cikgu bising2 nak suruh cepat siap kan, mula la time tu menggelabah nak lukis..sekali lukis jadi macam ni daaa..tak sama bulat la pulak..so padam balik..lukis lagi sekali tapi bulatan tu tak sama layer pulak..sebelah terlebih tebal sebelah lagi terlebih nipis plak..kene reject..buat lagi sekali..bile dah lukis tengok sebelah terlebih warna bulatan sebelah terlebih gelap sebelah lagi terlebih cair..bila dah padam banyak2 kali last2 tengok dah berlubang kertas tu..arrghh, tak guna!!


kes ni terjadi bila time nak exam..mesti rasa macam tak boleh nak tidur je..maybe terlebih stress duk cuba mengingat segala hafalan2..tengok jam dah pukul 1 pagi..tengok lagi jam dah pukul 5 pagi..oh dem!..tengok jam lagi?..homaigod dah nak subuh..baru je nak tidur sekali dengar 'sonto' kat luar dah buat pengumuman suruh bangun subuh..masa kat sekolah teknik memang macam tu, akan ada seorang cikgu asrama yang kami panggil 'sonto' akan bising pagi2 bila subuh..konon macam alarm clock la..tau tak ayat yang paling pedas yang membuatkan semua sudent bangun pagi??..

'bangun2!!!..kalau dah bangun Alhamdulillah..kalau yang tak bangun tu Innalillah'

sepantas kilat semua penghuni asrama akan bangun pagi..kahkah..




ini kejadian masa exam pulak..tengah syok2 menjawab soalan kan..bukan sikit2 soalan tau..kadang2 dah yang ke 50 soalan..sekali nak jawab yang ke 51 soalan tengok2 dah bertanda kat soalan tu..aik, macam mana ni?..pastu mula la kene cari punca dari mana..sekali tengok2 dari soalan ke 40 dah salah..amik ko!,..satu hal pulak nak kene padam jawapan pastu tulis balik..waste my time btol la..tula, tak fokus lagi masa jawab soalan..huh!


ni berlaku masa exam jugak..seperti dalam gambar, biasanya kejadian ni berlaku untuk kertas peperiksaan matematik, matematik tambahan, fizik dan sebagainya..bila tengok soalan rasa macam 'sumpah aku tak faham !!'..pastu feeling2 bijak la kan, cuba nak jawab soalan lain..sekali tengok soalan berangkai rupanya..kene jawab soalan 1 baru dapat jawab soalan 2, dapat jawab soalan 1 baru dapat jawab soalan 3
..WTFishhhhhhhhhhhhhhh..dah dapat agak markah peperiksaan masa tu..hahaha


haaa, yang ni pulak bila cikgu suruh buat public speaking..ni jadi masa sekolah2 dulu la..bila dah masuk kolej dah terbiasa dengan public speaking ni..yang lawaknya masa dulu kan, dekat otak ni fikir bukan main hebat lagi nak speaking..sekali terkeluar kat mulut ntah ape2 je..OH MY ENGLISH!..

sekian, terima kasih kerana membaca entry ini..arigato gozaimas! **tunduk2 hormat.. ^,^

Monday, August 27, 2012

MeNdUnG LaGi..


assalamualaikum..

kuantan sejak akhir2 ni asyik hujan je kan kan kan?..ke kat 1 Malaysia ni hujan sekarang?..hehehe..or memang sekarang ni dah musim hujan??..boooo ira booooo!!!..x tau ramalan cuaca ke ooii!!..hahaha

ok, la..nak cakap pasal cuaca je sebenarnyer..kahkah..alaaa, aku malas la nak taip entry panjang2..cerita ade berlambak2 nak kongsi tapi takde mood nak taip..hoho..eh2, hari dah gelap nak hujan la, bru jer pukul 1:39 PM..adess, makin cepat plak kegelapan sekarang ni..ok la, tak nak membazirkan masa yang terluang..

tata titi tutu...............

p/s: ape motif aku buat entry macam budak bangang ni??

Thursday, August 2, 2012

HaWaii PuNyE PaSaL..

Assalamualaikum..

apa kabar sahabat2 ku sekalian? sudah lama ana tidak menulis di blog ini..kahkah..ana kejadahnyer kan? mentang2 la bulan pose tetibe nak ber'ana2' plak..hoho..orait, ape kes tajuk entry pasal hawai ni??..adakah pizza hawaiian chicken?? or nak pergi melancong dekat hawaii??..oh no no no, tidak sama sekali..

sejak akhir2 ni kepala aku stress jer bila dengar perkataan hawaii ni..ni sume salah tema family day..ntah ape la silapnyer time tu pergi pilih tema hawaii plak..adess, masalah besar bila nak pergi cari baju..mula la sorang2 meroyan..abes kuar macam2 statement kat fb tu..hahaha..paling tak leh blah bila setiap sorang memulakan misi mencari dress ala2 hawaii secara sembunyi..then, yang menyakitkan hati bila kebanyakan baju yang nak tu sume SOLD OUT.. choii!..

fist skali aku ngan cik og nak beli baju dress yang bercorak abstrak kot kalau tak silap..yang aku nak tu warna putih and cik og kalau tak silap warna hijau lumut camtu kot..kitorang usha harga memang sangat berbaloi la..then, kitorang pon nak tulis la order form..skali tengok? perghh, susah nak mampos step nak wat order ni..kalau tak silap sampai ada 8 step kot..susah plak tu step ni..ok, move on!..hidup mesti diteruskan!!..kami pon tros usha dan usha tempat lain plak..then, taraaaa!!..jumpa satu tempat ni..nama Butik Dyana Manja..dah lama aku friends ngan butik ni kat fb tapi tak pernah order apa2 pon..hehe..

pastu, aku berkenan kat 1 bju ni..aku pon tanya dia tapi owner tu cakap baju yang aku nak tu dah sold out, tinggal warna hijau jer..ok, aku pon trus on jer..aku tak peduli pon warna apa sebenarnya asalkan design sama cam yang aku nak..pastu, aku tolong usha baju untuk cik og plak..jumpe 1 dress yang sweet sangat!..cik og pon trus jatuh cinta kat dress tu..so, kitorang pon wat booking and cakap esok nak wat payment..tibe2, jeng jeng jeng..tepat pukul 3 pagi owner butik ni bagitau aku baju yang aku nak tu dah sold out..oh, tidak!!!!!...huaaaaaa..aku pon menangis dengan buruknya(di dalam hati)..trus hilang mood..pastu aku pon mintak tolong dengan owner butik tu suruh tengokkan dress mana yang still available dan sesuai dengan tema hawaii..nak tau, owner tu sangatla baik hati..dia bersusah payah anta sume dress picture yang sesuai tuk tema yang aku mintak tu..sangat baik lorr sis tu..terharu aku..dah la waktu tu pukul 3 lbih dah kan..mesti dye mengantuk nak cari..hehe..selepas dye bagi lebih kurang 7 or 8 pasang dress yang available and sesuai..aku pon start la pilih..dan dalam keadaan yang terpaksa buat pilihan + mengantuk tu akhirnya aku membuat keputusan memilih dress ini

dress ni la aku pilih.. tapi jacket tu not include..(harap maaf, picture terlebih besar dan aku malas nak tukar dia punye format..hahaha)

ni dress cik og..sangat sweet kan??..hihi

ni la dress yang mula2 aku nak tu..mula2 aku nak yang warna pink pastu dah sold out..owner tu cakap yang ni jer available..skali yang ni pon dah sold out..sobsob..:(

dengan ini, aku ingin memberitahu aku dengan cik og dah wat payment untuk baju yang kitorang order tu..tunggu masa nak dapat jer..horey horey horey!!!...nanti dah dapat aku wat entry ok..nantikan....chow!

p/s: ending cerita dejavu di kinabalu sangat menyakitkan hati..ntah ape2 jer cerita tu..aku berharap sangat perempuan watak utama dalam cerita tu mati sebab dia banyak menyusahkan orang+ degil+ kurang iman dan macam2 lagi la..walaupon aku selalunya tak pernah2 benci watak utama dalam mana2 cerita, tapi cerita ni memang membuatkan aku benci giler la kat watak utama tu..tak tau nak berusaha untuk hidup langsung..dah la asyik menagis jer pastu asyik cakap nak mati jer..pastuuuuu.....(ok, dah2 cik eyra..stop membebel)

****TAPI AKU STILL TAK PUAS HATI LA DENGAN CERITA TU!!!****

Sunday, July 22, 2012

RaMaDhAn SuDaH TiBa!!

assalamualaikum..

alhamdulillah, Ramadhan datang lagi tahun ini..walaupon masalah banyak menimpa aku tahun ni..tak terkecuali dengan pelbagai cubaan dan ujian..akhirnya aku rasa macam dapat tenangkan diri di bulan yang mulia ini..walaupon masalah aku tu sebenarnya tak selesai pon lagi,tapi cukuplah sekadar aku tolak dulu masalah tu ketepi..bila ade free balik aku pikir la..hahaha..

okeh, dah lama kan aku tak merepek kat blog ni? rinduu sangaaaattt!!!..hahahaa..sekarang ni aku duk buzy dengan kelas memandu..haish, akhirnya kene belajar memandu time puasa plak..so sad :( antara banyak2 teknik yang aku belajar untuk memandu ni, aku rasa parking paling susah la..tak tau kenapa, makin lama aku buat makin teruk pulak..huahua..jangan la salahkan aku..aku sebenarnya tak suka buat kerja yang sama berulang2 kali..dah cikgu tu suruh aku buat bende tu sampai 5 or 6 kali mana taknya makin merepek aku buat..dah la tengah panas kan..otak aku pon dah LOST, tangan ngan kaki pon dah KAKU, mata pon dah BLURR..so, bermula la episode merepek + memalukan terbitan cik eyra..hoho..

haish, tak nak la aku cerita kat sini..cam takde mood lagi nak cerita..haha..sebenaryna kat entry ni aku just nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh berkat ini..semoga kita dapat melakukan amal ibadah yang berganda pada tahun ini..Insyaallah..tata! :)


p/s: yang no.6 tu baru jer aku ngan cik og buat siang tadi..hakhak..

Monday, June 18, 2012

BuSiNeSs InFiNiTy DoWnLiNe??


assalamualaikum..

korang pernah dengar pasal biz infinity downline ni? ataupon korang pernah tengok kawan2 korang kene tagged dengan kenalan diorang pasal business ni?. ataupon korang memang pernah kene tagged dengan kawan2 pasal business ni??..mai nak tanya skit ni, korang percaya ka?..kalau aku, never and ever!!

aku sebenarnya baru je kene tag kat facebook pasal business alam maya ni. korang nak tau sebab apa aku memang tak gemar business ni? sebabnya aku catch something..perasan tak tiap kali ade orang tag korang or korang tengok dari fb kawan2 korang ker kan, akan ada sorang makhluk ni yang akan memberi komen lebih kurang camni la

dulu saya macam anda juga bila dengar pasal bisnes ni sy ragu2 nak join ke tak nak??boleh percaya ke?? sbb sy takut kena tipu!! tp selepas sy join dan tak sangke sy dapat pulangan yg menariikk dari modal sy. sy terus bersemangat. nak join bisnes ni sbnrye kita tak perlu susah2 cuma perlu login facebook dengah hanya bermodalkan RM100 seumur hidup..
lepas tu dapat income lebih dari tu. sekarang saya tak perlu susah2 lagi. income hari2 mashyukkkkk sape xnak kan.
kalau berminat jom pm ****

so, korang nampak tak ada orang cube tolong diorang yang tag kite tu? konon2 ade yang dah berjaya la kan dengan business tu. aku dah biasa tengok dah..kadang2 sampai 4-5 orang sekali datang pastu komen lebih kurang camni..come on la, ingat aku nak percaya ker? nampak sangat kot diorang buat publisiti sebab nak tinggikan jumlah yang akan diorang dapat. one more, taktik camni memang diguna pakai oleh business ni kot sebab mana2 aku tengok pon same jer..kirenye macam support member sesama business la..uweekk!

ade lagi sebab aku tak suka business ni adalah modal rm 100..eh, kau yakin ker duit tu akan dapat balik?..buatnya dapat dalam 7 ringgit jer pastu kau kene klik sana klik sini cari orang sana cari orang sini promote sana promote sini kan kan kan??..damn!.. lagi? duit yang korang akan dapat tu belum tentu halal sebab korang tak tau dari mana sumber yang korang dapat tu. buatnya tak halal sia2 jer makan duit haram sepanjang hidup..oh tidakkkk...


p/s: so, korang masih nak cuba ker business tu?. hahaha..

Sunday, June 17, 2012

KuTu BaBi GaJaH!

(gambar dari google)

Assalamualaikum..

hai kawan2, korang sihat tak?..harini aku nak buat entry pasal kutu babi gajah ni..haaa, amik ko..sampai 3 jenis haiwan aku letak sekali..hehe..sebenarnya aku nak cerita pasal hal ni dari minggu lepas tapi tak kesampaian sebab internet buat problem la pulekk..so, harini berpeluang nak cerita..

sebenarnya kan, ni adalah 1st time aku kene gigit dengan kutu babi besar punye..besenyer kutu babi saiz macam kecik je kan..yang aku kene gigit aritu mak oooii, memang meremang bulu roma aku..macam dalam gambar tula, saiz kutu babi tu sebesar anak labah2 yang bersaiz comel tu..tapi ini tidak comel ok memandangkan dia dah gigit tangan aku..binawe punye kutu babi tu..aku benci kau!!..disebabkan saiz kutu babi tu melebihi saiz normal so aku panggil jela kutu babi gajah..tak tau la kalau kutu babi gajah tu ada nama saintifik..hihi..

cerita dia bermula macam ni,. aku terlewat bangun tido hari tu sebenarnya..dekat2 pukul hurmm hurmm hurmmmmm pukul 1..ok,sila jangan gelak dan menuding jari kearah aku ye..biasanya aku kunci jam pukul 10.45 pagi tapi jam henfon aku tu tak bunyi..agaknya kutu babi gajah tu tukar waktu jam aku bunyi so dia boleh hisap darah aku banyak2 kan..yeahh, itulah dia jawapan yang paling terbaik! (waklu!, ko nak tutup ksalahan ko kan cik eyra, bek ko ngaku cepat!!)..haha.. nasib baik abah kejutkan bangun tido time tu..

bangun2 tido tengok jam oouhhh oouhhhh damn!..tinggal lagi beberapa minit nak pukul 1..aku pon pergi la ke tandas..ahaa! bila sampai kat tandas aku tengok ada somthing yang duduk melekat kat tangan aku ni..aku pon spray la dengan air paip sebab aku ingatkan labah2..tapi tak bergerak pon bende tu..still stay kat tangan aku ni..aku pon tarik2 la dia kan..masa tu aku dah rasa meremang bulu roma..pastu, bende tu pon jatuh. aku tengok tangan aku dah berdarah2 lepas dia jatuh tu..aku pon tengok la kat binatang tu..dia still berjalan slow2 tapi ada kesan darah kat laluan yang dia lalu tu..ohhh tidak!! binatang curik darah!!!..aku pon cepat2 panggil abah suruh tengok binatang tu..mula2 aku dah bagitau abah maybe kutu babi tapi abah tak percaya sebab besar sangat..then, abah bawak keluar nak tengok, skali btol daa..memang kutu babi besar..memang lebih kurang gambar yang aku letak kat atas tu tapi dia warna hitam pekat sikit..kecut perut aku tengok..ade pulak sebesar tu kutu babi tu..haish, amik darah aku suka2 hati jer..ape ingat kita ada share ker haaa???

p/s: sampai sekarang tak baik2 lagi tangan aku..still rasa gatal2 dan ade merah2 lagi skit2..gggggrrr..