Sunday, November 23, 2014

Awak Kat Mane?

Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)

Awak kat mana, awak awak kat mana
Asyik awak kat mana macam budak darjah dua
Awak sudah kenapa sikit sikit nak call saya
Nanti bingit saya tinggalkan baru kepadan muka

Buat apa? Di mana? Ku selalu ditanya
Kau ni dah kenapa? Nak mengada-ngada
Ini bukan namanya manja
Meluat ku dibuatnya

You nak pergi mana? Dia bunyi lagi
I call you tak answer, nak dekat seribu kali
Kenapa selalu curiga
Sikit sikit dia mesti tanya di mana

Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)

Awak kat mana, awak awak kat mana
Aku di dalam studio rakam lagu lepak gila
Tak suka aku tak paksa, lagu ballad pun aku ada
Kau budak budak sudah dewasa, jangan nak mengada-ngada

Tak kira di mana pun aku berada
Dah macam orang gila dia bertanya
Awak dah kat mana, awak buat apa
Jadi begini jalan ceritanya (kau dengar ni)

Lain kali cuba berdikari
Beerti tak perlu call aku lagi
Cobalah kau fikir sendiri
Jangan sikit sikit pulak engkau tanya di mana

Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)


Korang pernah dengar tak lagu ni? Aku before ni selalu confused orang asyik duk cakap 'Awak kat mana' 'Awak kat mana' ...Eh, apa ni, aku ketinggalan zaman ke apa? Lepas aku usha2 rupanya ada lagu terbaru dari Taufik Batisah..Oooo, lagu rupanya..BTW, kalau korang nak tahu, ayat ni sangat viral baru2 ni..ntah dari mana la datang ayat ni..lepas tu lagu ni boleh dijadukan lagu pulak..mula2 aku macam menyampah je..ayat macam ni pun boleh buat lagu ker? Meluat betul..tapi lepas aku cari lirik lagu ni, rasa macam nak tergelak sorang2 pun ada. Lagu ni memang bagus nak perli ke pasangan couple yang tak habis2 duk curiga dah macam orang gila kan? Haa, moh le kite dengar lagu ni..kehkeh..

p/s: aku malas upload video..sila pergi ke youtube untuk dengar lagu..tak pun korang lekap telinga dekat radio..Dalam sehari ada la 4 ke 5 kali radio pasang lagu tu..hahaha





Thursday, November 20, 2014

Olaf Si Salji Coklat - Part 2

Ok dah janji yang aku tak nak bercerita panjang dalam entry ni kan?  Entry ni khas untuk gambar dan sedikit caption untuk gambar sahaja. Sekian, harap maklum. Ingat Cik Eyra, hanya picture dan sedikit caption ok. Kau jangan nak merapu membebel macam entry2 lepas. Ok, aku dah mula balik dah merapu. Stop!

NAMA: OLAF
UMUR SEKARANG: 5 BULAN

TARIKH LAHIR: 17/6/2014


Masa ni Olaf kecik lagi. Masih minum susu dengan botol susu. Tapi botol susu ni tak tahan lama, tak sampai seminggu pun sebab Olaf gigit puting susu tu. Terus rosak. Grrr.



 Tidur dengan botol susu lagi. Hoho



 Suka main dengan teddy bear dalam bilik aku. Masa ni umur 3 bulan kalau tak silap.



 Masih tak pakai rantai di leher lagi. Ini menunjukkan dia masih belum hyperactive.



Ok. Yang ni dah pakai rantai leher. Tahap tidur pun dah macam ape ntah. Nak tunjuk dia dan memanjang la tu. Haha



 Picture ni dia saja nak tunjukkan yang dia comel bila tidur. Tapi confused ni kucing ke arnab? :P



Ini pulak Olaf nak membuktikan yang dia bukan budak. Siap tidur atas surat khabar 'Saya Bukan Budak'. Ok2 dah faham Olaf. Kami faham akhirnya maksud beliau. (^.^)' 
   


 Oppss, ni sebenarnya picture yang geng atas tu. Masa tengah main bear. Nak main sorok2 la tu.



 Ok nampak tak kesombongan beliau sekarang ni. Nak ambil gambar pun punyalah susah. Tengok orang macam orang ade hutang seringgit dengan beliau. 



 Cubaan ambil gambar Olaf lagi. Sekarang ni Olaf dan pakai rantai bewarna biru. No more rantai hitam yang bagi masa permulaan tu. Habis dah putus rantai tu dia suka main gigit2. Haih.



 'Olaf, why tak pandang camera? Hei, camera belah sini lah'..ujar aku yang kurang bersabar ni.



 Oh, finally! Dapat ambil gambar passport untuk Olaf. Lepas ni dah boleh ke Korea bersama Olaf. Kikikiki


Olaf Si Salji Coklat - Part 1

Assalamualaikum


Hari ni aku nak buat entry banyak2 sikit. Jadi jom la kita berlumba2 menaip ye..Ehem ehem, kan aku dah bagitahu aku suka menulis karangan. Haa, ni anggap je la yang aku sedang membuat karangan yang berjela2 seperti semasa menulis karangan SPM dan di kolej dulu ye. Hihihi. Aku bukannya apa, korang kan tahu aku ni kalau daH datang sikap pemalas tu memang tak mungkin la aku nak menjengah blog ni. Nak pandang sebelah mata pun tak nak apatah lagi sipi2 pandangan. Nampak tak tahap melampau tu? Sebab tu alang2 aku tengah rajin kebabom ni haruslah aku menaip berjela2. Hari ni aku nak bercerita pasal kucing kesayangan baru aku yang bernama Olaf.

Selepas kematian kucing aku yang dulu bernama Oreo. Kami sekeluarga jadi macam tak tentu arah. Sebab dah terbiasa ada kucing kat dalam rumah. Kalau dulu panggil je 'Oreo Oreo...' . Confirm ada datang punya. Ni kadang2 tersasul panggil nama kucing tapi kucing tak muncul2. Lepas fikir seratus kali kenapa tak muncul, baru datang balik ingatan rupanya kucing dah tak ada. Haa, mula la datang balik sendu2 pilu di hatiku tu kan. Oleh sebab itu aku buat keputusan nak beli lagi seekor anak kucing dari budak yang sama aku beli Oreo dulu. Aku try contact budak tu, mujur dia bagitahu kucing tu ada lagi. Jadi aku tanpa segan silu meminta sejumlah wang dari ma, abah, dan Puan Og untuk membeli kucing tersebut. Hahaha. Sebab duit aku RM 100 yang dibelanjakan untuk Oreo itu sudah tiada. Makanya, aku tersangat hampa. Jadi kali ni aku meminta duit dari semua keluarga yang terlibat yang berada di dalam rumah tersebut. Aku tak peduli. Aku nak jugak anak kucing tu. Mujur keluarga aku pun memang jenis gila kucing. So kami berempat topup2 duit untuk beli kucing kali ni. Alahai, bukan untuk kucing je, topup sekali untuk makanan, susu, dan keperluan anak kucing la kan. Dah nama kucing bersama2. Kena la kongsi2. Kahkahkah..

 Maka, kami berempat pun pergi la mencari tuan empunya kucing tu, sampai2 rumah dia dah malam dah..dia pun suruh la kami pilih kucing yang mana menjadi pilihan hati. Aku tak ingat dah berapa ekor kucing yang ada masa tu. Aku cuma teringat ada kucing warna Orange, dan 2 ekor kucing putih. Tapi yang seekor kucing putih ni boleh pulak terpacak depan kitorang lepas tu terus jalan tuju ke abah. Abah pun ambil kucing tu sambil usap2 kepala. Kucing tu bukan main manja lagi. Abah terus buat keputusan ambil kucing tu je. Lepas bawak balik rumah, aku terus dapat ilham nak panggil dia Olaf. Aku kan suka cerita Frozen. Haruslah aku namakan kucing aku Olaf. Lagipun Olaf ni berbulu putih bermata biru. Cuma bahagian ekor, hujung telinga, muka sikit2,hujung kaki dan tangan dia bewarna coklat. Dah macam campuran parsi+siam pulak aku tengok. Ok, kita cerita pasal Olaf. Olaf ni masa bawak balik rumah bukan main senyap lagi. Aku ingatkan kucing ni bisu. Tak bersuara langsung. Kalau dia bersuara pun suara dia macam nak keluar tak keluar je. Oh, so nice!. Kucing yang sangat pemalu dan pendiam. Tapi kusangkakan panas sampai ke petang, rupa2 nya hujan di tengah hari. Hahaha. Olaf bukanlah kucing yang pendiam ok. Dia sangat aktif. Bukan aktif sikit2. Aku syak dia ni hyperactive. Masa umur dia 2 bulan lebih tu dia kalau tidur boleh lagi la tidur terlentang beralaskan kaki manusia. Sekarang ni jangan harap dia nak tidur macam tu. Dia bagitahu kami


'Saya dah besar!'

Baik Olaf, kami memahami..sebab kadang2 kami layan dia macam budak lagi. Sekarang umur dia dan 5 bulan lebih. Punyalah aktif. MasyaAllah, tak tahu la nak cerita macam mana. Kalau dia main kat sofa tu sampai kau yang tertidur memang confirm akan bangun secara automatik. Kalau kau sedang berjalan akan rasa macam nak terbang supaya dapat mengalahkan kelajuan angin Si Olaf. Kalau kau sedang makan, akan rasa macam nak gunakan pintu 'kemana saja' Doraemon supaya dapat makan dengan tenang tanpa tercekik. Begitu lah sifat Olaf sekarang ni. Kalau tanya orang dalam rumah tu, tak ada sorang pun yang tak pernah tercakar dan tercalar balar hasil kreativiti Olaf. Tapi, makin lama kenal dia, makin kami tahu sikap dia. Bila kami tahu dia macam mana, kami pun terselamat dari cakaran Si Olaf. Kehkehkeh. 

Tapi Olaf ni ada sikap dia yang korang akan rasa macam 'alololo, memang super duper sweet kucing comel ni'. Olaf sangat setia tau. Kalau contoh ada orang pergi buang sampah, dia akan berlari2 dan ikut orang tu sampai la orang tu dah habis buang sampah dan bakar sampah tu. Tak kira lah jauh mana pun orang tu pergi buang sampah, dia confirm akan ikut jadi peneman. Tapi kalau dia dah keluar, memang azab la korang nak tangkap dia balik. Melainkan korang bernasib baik je dapat tangkap dia yang berlari sepantas kilat tu. Apa lagi yang menyebabkan si Olaf ni setia? Dia akan teman kalau ada orang basuh kain. Siap duduk sebangku dengan orang yang membasuh kain. Dia akan tunggu kat situ sampai orang dan habis basuh kain. Dia memang jenis tak takut air, bukan macam kucing lain. Sebab tu dia mampu teman sesiapa je yang pergi ke tandas. Bukan setakat tu, Olaf jugak suka teman orang yang pergi ke tandas untuk mengosok gigi dan mencuci muka. Dia memang akan berdiri sebelah korang. Kalau masuk tandas untuk gosok gigi di rumah aku, cuba2 la korang jenguk di bahagian kaki ye. Memang sah dia akan berdiri teman korang gosok gigi dan mencuci muka. Memang tak takut air langsung. Selain itu, kalau ada orang masuk tandas untuk mandi atau buang air, dia akan teman jugak. Tak kira la masa tu dia tengah busy bermain ke, tengah makan ke, minum susu ke. Apa2 je la tapi kalau dia tahu je orang bergerak tuju ke dapur, confirm dia akan teman. Kalau dah keluar tandas, nampak elok je dia duduk depan2 pintu tandas. Oh, sampai tahap macam tu pun dia nak teman ye. Rasa macam dihargai sangat kan. Nak pergi tandas sorang2 malam pun no hal. Huhuhu. Lagi satu, Olaf ni tak boleh dengar bunyi pintu, asal dengar je bunyi pintu bilik confirm dia berlari menuju ke situ. Contoh kalau bangun pagi nak pergi kerja. Dia confirm berlari dan tunggu depan pintu dah macam nak menyambut tuan yang baru bangun tidur. Padahal dia sedang tidur tadi. Tapi dah macam tugas dia pulak nak kena bangun jugak bila tuan bangun tidur. So sweet. Kalau bilik ma & abah lagi tak perlu cerita la. Memang tiap pagi Olaf yang jadi alarm clock untuk abah. Dia akan masuk dalam bilik dan panjat katil. Then pergi kat muka dan terus menjilat dagu sampai la orang tu bangun. Macam gaya anjing pun ada. Tapi ini kucing bukan spesies anjing ye. Olaf jugak suka sangat tidur atas orang. Kalau malam2 aku dengan Puan Og tengok tv sambil tidur atas sofa, Olaf ni akan bergilir2. 5 minit tidur kat atas aku lepas tu berlari pergi naik kat Puan Og pulak lepas tu pergi kat aku balik dan kemudian akan pergi pada Puan Og pula. Aku syak Olaf tak dapat buat keputusan nak tidur kat siapa. Mungkin tu jugak cara dia nak bagitahu yang dia tak pilih kasih. Bhahahaha. Apa2 je la Olaf. Yang penting kau sangat nakal dan comel. Itu je.

Enty aku ni memang tahap dah berjela2 panjangnya ni. Ingatkan nak upload gambar Olaf. tapi ni macam dah panjang sangat ni..so aku upload dalam entry satu lagi la ye. Khas tunjukkan picture Olaf tanpa aku membebel dan menaip tanpa henti. Hahahaha. Nanti aku rajin aku cerita lagi pasal Olaf ye. Nak chow dulu. Nanti ada yang pitam2 kena pergi hospital pulak baca entry aku ni. 


p/s: Sebelum tu nak bagi biodata Olaf dulu, nantikan picture Olaf di entry selepas ini ye. 




NAMA: OLAF

UMUR: 5 BULAN
TARIKH LAHIR: 17/6/2014



Kehilangan Oreo

Assalamualaikum

Bila aku fikir2 balik, dan bila aku check balik entry yang lepas2 ni baru aku perasan aku tak buat entry khas pun pasal kucing kesayangan aku yang dah tiada tu. Sebelum ni aku ada buat entry pasal kucing kesayangan aku yang bernama Oreo kan? Tapi kucing tu tak lama pun dengan kitorang sekeluarga. Dalam 2 minggu macam tu je. Dah ajal dia nak buat macam mana. Tapi dalam masa 2 minggu tu dah cukup gembira dah bagi aku..Oreo memang kucing yang baik..tak banyak kerenah..Comel sangat.. Memang masa Oreo tu mati aku menagis tau..Nak pergi kerja pun muka spoil gila..

Malam last dia bersama kami tu, memang dia dah bagi tanda2 yang dia tak lama dengan kami. Aku memang sedih sangat sebab malam before dia mati tu dia tidur atas aku..Dia manja sangat..Oreo ni kalau nak tahu jenis kucing yang gembira. Memang sentiasa aktif bermain je. Tapi nampak lain macam malam tu sebab dia slow motion.Nak berjalan pun slow..Pastu pandang aku dengan mata dia yang sayu je. Malam tu jugak boleh dia terkencing atas aku. Aku masa tu jugak berlari bawak Oreo pergi dapur cuci2 sikit dia.. Pastu terus aku tukar baju, ambil baju aku yang terkena kencing kucing tu dan basuh. Memang menggelabah betul. Dah la aku sorang2 je kan. Yang lain semua dah masuk tidur.

Lepas Oreo terkencing tu, aku angkat lepas tu masukkan dalam sangkar dan letakkan dia dalam buai kucing. Tapi Oreo macam dah tak larat dah..Macam tu aku letak dia tidur, macam tu la dia tak berganjak..Tak mampu nak gerakkan badan. Pelik aku, macam drastik sangat perubahan dia. Padahal masa dia tidur atas aku masa aku tengok tv tu, dia still boleh bergerak lagi. Ok, aku dah rasa tak sedap hati, aku masuk tandas dan cuci2 muka siap2 untuk tidur. Lepas keluar tandas, aku check Oreo lagi, aku nampak Oreo tertidur pada besi2 sangkar tu. Aku ni macam panik la. Tak pernah2 lagi Oreo tertidur kat besi2 tu. Aku pergi dekat lagi. Baru aku nampak dia terbuang air besar kat situ(ayat sopan je terbuang air besar). Dia macam tak mampu nak bergerak pergi ke pasir yang dikhaskan untuk membuang. Padahal jarak dekat je. Dalam sangkar jugak. Sangkar tu pun tak besar mana. Tapi dah nampak dah perubahan yang ketara. Dia memang tak mampu sangat2 nak bergerak. Padahal sebelum ni Oreo kucing yang sangat aktif.

Aku angkat Oreo perlahan2, lepas tu aku letakkan dia dalam buai. Aku gosok2 kepala dia. Dia pandang je muka aku. Aku dah bergenang air mata dah. Aku tahu Oreo sakit. Aku masuk dalam bilik terus bukak tab dan search dalam internet tanda2 kucing sakit. Apa ubat yang patut aku bagi. Aku nekad esok nak bawak Oreo pergi klinik vaterinar. Kesian tengok dia macam tu. Malam tu aku memang tak lena tidur, takut bangun pagi nanti dapat berita yang tak best. Tapi lama2 aku tertidur jugak. Tak tahu pukul berapa. Subuh tu ma aku kejut untuk bangun subuh. Tapi ma aku tak kejutkan untuk solat je. Ma aku bagitahu Oreo dah tak ada. Aku memang terkejut sangat. Tu la benda yang paling aku tak nak dengar dari semalam. Aku bangun pergi pada sangkar dia, aku tengok Oreo tu macam tengah tidur je. Tak nampak langsung dia dah tak ada. Macam tak percaya.

Aku pergi kerja hari tu memang bad mood betul. Aku sampai tempat kerja pun, bila ingatkan Oreo aku menangis. Mujur masa tu boss aku tak datang lagi. Kalau tak ada dia ingat aku putus cinta pulak. Jadi, sampai di situ sajalah Oreo membesar dengan kami. Umur dia baru 2 bulan lebih kalau tak silap aku. Sekejap sangat masa dia bersama kami sekeluarga tapi dah cukup menggembirakan.


Dear Oreo, terima kasih sebab pernah muncul dalam hidup kami. Bagi kami kegembiraan. Tak banyak kerenah. Tak cerewet. Sentiasa happy. Walaupun sekejap, kami sentiasa ingat masa2 bersama. Terima Kasih. 




NAMA: OREO
UMUR: 2 BULAN SETENGAH
TARIKH LAHIR: 17/6/2014


Ketinggian Itu Gaya, Mutu & Keunggulan


Assalamualaikum..

Siapa yang belum pernah tengok aku secara live lagi? Hahaha..aku rasa yang membaca blog ni memang belum pernah tengok pun kan..kalau yang ada pun Puan Og sorang je..Haa, kalau korang tengok secara live baru korang dapat agak betapa rendahnya aku ni. Tinggi aku cuma 150 sahaja ok..Sebab tu aku tak dapat apply jadi pramugari..tinggi nak apply 157 paling minima untuk perempuan..tu pun untuk apply ambil course cabin crew..mana aku nak cari lagi 7 inci tu? (puih, sejak bila pula nak jadi pramugari..blaa....blaaa...blaa)..

Ok, mukadimah pun dah merepek..sebenarnya aku kan memang suka menulis..kalau masa sekolah dulu kalau cikgu BM bagi tulis karangan..aku rasa aku la manusia yang paling gembira sekali dalam kelas..sebab aku memang suka menulis panjang2..kalau budak lain nak kena buat carta untuk pendahuluan, isi penting, dan penutup..aku? tak perlu tak perlu..buat habiskan masa dan menyekatkan idea aku yang berkembang pesat je..aku lagi suka baca je tajuk karangan yang dikehendaki, aku capai pen dan terus zuppp zappp zupp zapp..beres!! Haa, senang kan aku buat karangan..sebab idea aku memang kadang2 sampai tak cukup kertas..berjela2 panjangnya karangan..memang kalau cikgu nak baca pun macam semput..tapi memang cikgu tak pernah semput sebab karangan aku memang selalu tip top..selalu jadi contoh karangan terbaik..walaweyh Cik Eyra, yang kau tetiba perasan bercakap soal sekolah ni kenapa? Dah dua perenggan buat punah je..mana isi penting ni? Adakah ini contoh best student untuk karangan? Hahaha..maaf la, tu la aku cakap tadi, aku memang suka menulis ,menaip segala jenis tulisan ni..tu yang mukadimah berjela2..sampai sekarang pun tak masuk isi penting lagi *mengeluh*

Sekarang kita jangan main2..terus masuk point penting je. Sebenarnya semalam masa tengah makan malam bersama2 keluarga, aku tak tahu macam mana boleh tercerita pasal tempat peranginan Genting Highland dan Cameron Highland..tapi tiba2 soal ketinggian aku pun dijadikan isu sekali..eh? Apa kaitan ketinggian aku pulak? Haa, jom layan perbualan semalam..

Aku: Dulu masa tengah study, Ya nak pergi dekat air terjun pun ma tak bagi..pdahal masa tu dah siap packing baju2 dah..tetiba bila call ma cakap nak pergi air terjun terus ma tak bagi..cakap bahaya la apa laa..kawan2 Ya habis gelak masa tu..tapi last2 Ya pergi jugak..hahaha.. Nak pergi Genting Highland dengan Cameron Highland pun tak bagi pergi (nama Ya tu refer diri aku ye..memang aku bahasakan nama tu dari kecik dulu bila bercakap dengan family)

Puan Og: Hahaha..Nasib baik dulu Kak Long sempat pergi..Cameron dengan Genting dua2 dah pergi..

Aku: Haa. mana aci..Ya satu pun tak pergi lagi..Orang lain semua dah pergi dah..

Ma: Takpe..nanti adik dah besar nanti ma bagi pergi..tunggu tinggi sikit lagi je.

Aku: Haa? Nak tinggi mana lagi? (blur + geram + nak tergelak pun ada)

Puan Og: Memang tak tinggi2 dah.

Ma & Abah & Puan Og: Hahahahahaha


Tengok!!, suka tau mereka2 ni kenakan aku..dah aku umur 23 tahun dah nak besar mana lagi? Ada budak2 sekolah dan budak study dulu, umur sama dengan aku ni dah jadi mak dan bapak budak dah..aku ni padan jadi adik kecik lagi..Haih, sabar je la..pasal ketinggian aku tu memang tak boleh blah..nak tinggi mana lagi? Memang tak tinggi2 la aku ni haa.. Hohoho..Sekian. Terima kasih membaca entry ini. Dah dah, sekarang sila ambil pita pengukur dan ukurlah ketinggian anda. Mana tahu ada yang boleh jadi pramugari ke, pramugara ke, model ke *tiba2*

p/s: pesanan untuk Puan Og, jangan gelak sangat..ketinggian kita sama je..Bhahaha :P



Sunday, November 16, 2014

Big Hero 6 Betul-betul Best Ke?


Assalamualaikum,

Korang tau tak cerita movie terbaru di pawagam sekarang ni? Ok, aku nak share satu movie yang baru je aku pergi tengok semalam..aku pergi tengok movie dengan Puan Og dan encik suami yang dipanggil Abg Fauzi..disebabkan aku ni memang ada sejenis penyakit ketagihan dengan cerita kartun, jadi apa2 cerita kartun pun aku suka tengok..walaupun umur aku dah 23 tahun..OHmennn, sangat mustahil! Hahaha..tapi aku memang peminat cerita animasi..kalau masa umur 12 tahun aku suka tengok cerita Shin Chan, Doraemon, dan Spongebob..sampai sekarang pun aku still suka cerita tu..Haa, nampak tak ketagihan aku dengan cerita kartun..jadi, bila Puan Og dan suami beliau bagitahu ada cerita animasi dekat wayang, aku tanpa berfikir 2 kali terus bagitahu nak pergi tengok..maka kami bertiga yang sudah berumur 20an ni kesemuanya menuju ke panggung wayang untuk mencari tiket cerita animasi ye..aku ulang, ANIMASI..bukan cerita genre seram, science fiction, comedy, dan sebagainya..

Ok relax la kawan2..sesekali tengok animasi bukan salah pun..tak bermaksud cerita tu untuk kanak2 je betul tak? Masa sampai di panggung wayang tu aku ada tergerak hati jugak nak tengok cerita lain ..sebab takut cerita tu macam kebudak-budakan ker..haha..tapi nak tengok cerita lain dah lewat pulak waktu menonton..so kami amik jugak cerita Big Hero 6 ni..masuk2 je dalam wayang tu dah dengar suara kanak2.Oh gosh! Takkan kami bertiga je dewasa? Lepas diteliti aku terdengar suara segerombolan lelaki dewasa..aku pandang kanan aku pulak ternampak sepasang couple lelaki dan perempuan..Oh ok, lega rasa..bukan kami je dewasa yang ada di panggung..

Sekarang kita cerita pasal kisah Big Hero 6 ni pulak..aku tak nak bagitahu detail sebab kalau bagitahu detail nanti korang tak teruja nak tengok sebab dah tahu jalan cerita..hohoho*kejam*..So, cerita ni sebenarnya kisah 5 manusia dan 1 robot yang tak pernah jangkakan mereka ni akan menjadi hero..Alahh, story apa ni Cik Eyra..sangat biasa je..memang cerita hero biasanya pada permulaan diorang tak jangkakan jadi hero..Ooooo, sabar sabar semua...cerita ni tak sama seperti yang korang bayangkan..teruskan mendengar dengan istikhamah..hihi..Memang nampak biasa je dengan penjelasan aku tadi kan..tapi, korang pernah nampak ke robot hero yang macam belon? Haaaa, ade ke? Ade? Takde kan? Tu yang uniknya dengan kisah movie ni..Sebabnya robot tu dicipta bukan untuk berlawan..Robot tu sangat lembut dan penyayang..Jangan main2 uolss, robot pun penyayang tau..Hahaha..dan dia sangat lembut luaran dan dalaman..juga sangat kelakar..tu yang menjadikan cerita tu sangat unik..Sekarang pasal 5 orang manusia pulak..4 orang tersebut sebenarnya kawan universiti seorang mamat ni..dan mamat ni mempunyai seorang adik..Adik dia tu akan jadi hero bersama dengan 4 orang kawan2 dia nanti.. Kenapa mamat tu tak join sekali adik dan kawan2 dia jadi hero? Haaa, yang tu korang patut menonton cerita tu dan dapatkan jawapan.. Mereka berlima ni daripada universiti rekacipta..*suka2 hati aku je bagi nama * .. jadi diorang ni macam budak2 nerd yang suka buat experiment dan mengkaji produk mereka sendiri tanpa mengenal erti putus asa..tapi disebabkan berlaku sesuatu kejadian, mereka berlima bersatu hati menjadi hero..termasuk la robot comel lembut gemuk yang penyayang yang sepatutnya tidak tahu berlawan langsung itu..nak tengok tak robot lembut gemuk comel tu? Ni haa aku bagi semangat sikit..tengok la gambar robot ni..Comel ooi, terasa nak angkat bawak balik rumah je..Kikiki..robot ni nama Baymax.. Hi Baymax!  kamu sangat comel la.. terasa macam nak jadi proffesor dan mencipta satu Baymax pulak..






Comel kan? Comel sangat2 tau Baymax ni..kalau korang tengok dia berjalan2 berlari2 kat dalam cerita ni, mesti rasa macam 'Alahai, asal comel sangat robot ni? Tak pernah lagi nampak robot comel camni' ..Haa, teruja kan? Jom la kita ke panggung yang berdekatan untuk menonton..lepastu anda pula bagi review..



Sunday, November 9, 2014

Benarkah Orang Melayu kurang adab?

Assalamualaikum,

Amboi, bukan main lama aku tak muncul dalam blog ni kan? Tiba2 letak tajuk yang sangat menjengkelkan seperti itu? Memang tak munasabah..mari lah aku jelaskan sikit ye..sebelum ni aku busy dengan persiapan perkahwinan Cik Og..dia dah kahwin uolss..jadi haruslah kita panggil dia Puan Og sekarang ni ye..hihi..part kahwin tu nanti aku cerita entry lain..lagi satu cerita berkenaan kucing kesayangan aku yang bernama Oreo dulu tu(aku pernah buat entry before ni) dah mati..sedih sangat2..tapi selepas tu aku bela seekor lagi yakni adik beradik dia jugak..tapi warna putih cream.badan dia macam kucing siam..ada corak2 bahagian telinga, muka, kaki dan tangan.mata warna biru..oh, so sweet dan comel sangat..kami bagi nama Olaf kononnya bak salju..tapi sikap Olaf jauh beza dengan salju yang syahdu dan lembut itu..Olaf kami ni ganas tahap gaban..yang tu pun nanti aku cerita di entry lain la ye..

Berbalik kepada topik asal, betul ke orang Melayu kurang adab? Sila baca habis entry aku ni, jangan baca separuh jalan hokeh..kehkehkeh..Rasanya dah ramai tahu, melayu memang sinonim dengan orang yang sopan santun dan berbudi pekerti sejak dari dulu lagi..memang tak dinafikan melayu terdahulu lebih berhemah dalam berkata2..kalau tak, mana mungkin kita ada pantun2, bahasa kiasan, simpulan bahasa..ini menunjukkan orang dahulu memang sangat mementingkan adab dalam berbahasa..Contohnya orang dahulu kalau nampak anak gadis memasak di dapur sambil bernyanyi, mereka melarang anak tersebut menyanyi sambil memberitahu alasan jika menyanyi di dapur sambil memasak ,nanti bakal berkahwin dengan orang tua..padahalnya mereka tak mahu nanti makanan tersebut terpercik air liur ke, terlupa letakkan bahan2 dalam masakan, ataupun menjadi kurang teliti dan lalai dalam memasak sehingga menyebabkan kemalangan..haa, kan macam tu sebenarnya betul tak? tapi orang melayu zaman dahulu lebih mengutamakan kiasan dalam berbahasa..

Tapi apa dah jadi dengan Melayu sekarang? Aku dapat rasakan sikap santun orang melayu makin pupus..bukan nak bagitau aku ni tersangat santun ye..hahaha..maksud aku sikap segelintir melayu ni memang kurang adab..Pernah sekali aku alami situasi macam ni:

Adik 1: Akak, nak tanya kalau nak cop baju sukan RM brape?
Aku: Oh, name set ye? Kalau name set RM 15..warna boleh pilih warna yang adik nak..jenis Font pun boleh pilih..refer kat sebelah akak ni.(sambil aku tunjuk di sebelah kiri)
Adik2: Kalau buat ambil masa berapa lama ye akak?
Aku: Nak cepat ke? Kene ambil masa sekurang2 nya seminggu..sebab minggu ni banyak cuti..kedai tutup..
Adik: Oh, macam tu, sekejap ye akak.(dia panggil ayah dia datang)
Ayah budak: Haa, berapa lama ambil masa dik nak cop baju ni?
Aku: Ambil masa lebih kurang seminggu pakcik..
Ayah budak: Lamanya..anak pakcik ni nak pakai baju ni esok.
Aku: Tak sempat pakcik..sebab esok kedai tutup..minggu ni banyak cuti..tu yang tak sempat..lagipun banyak baju lain nak cop
Ayah budak: Alah, kan cop baju ni sekejap je..dalam 3 minit boleh siap dah..kenapa nak ambil masa seminggu? Anak pakcik nak pakai baju ni esok dah..takkan tak boleh cop sekejap je?
Aku: Iye saya tahu, tapi esok cuti..kedai tutup..bos pun tak datang..memang baju tu sekejap je cop tapi kena utamakan baju yang tempah lebih awal..kene ikut turn pakcik..diorang pn ada tarikh nak ambil baju jugak..
Ayah budak: Anak pakcik bukan bawak banyak baju pun..nak cop satu je..bukan bawak seratus..kalau bawak seratus helai ye la nak ambil masa seminggu..ni satu baju jer..takkan tak boleh selitkan baju ni time cop baju yang lain tu?
Aku: tak boleh pakcik..sorry..kene ikut turn orang yang tempah lagi awal..kalau pakcik nak cepat try cari kat kedai lain ye..
Ayah budak: Kat kedai mana lagi?
Aku: saya pun tak tahu pakcik..cuba la cari kat mana2..area bandar ke..rasenye ada..
Ayah budak: Haih..jom balik cepat (sambil berjalan laju dengan muka tak puas hati)
Adik 1: terima kasih ye akak (sambil tersenyum kat aku..sedangkan ayah dia dah lama hilang)

Haa, cuba korang kaji yang mana lagi sopan yang mana lagi kurang adab..anak dia tu dah cukup bagus dan tertib aku rasa..tapi ayah dia MasyaAllah, memang jenis tak tahu bersabar..tak faham bahasa pulak tu..apa salahnya dia cakap dengan aku elok2..lagipun bukan tak nak tolong..masa tu memang hari last kedai bukak..lepas tu aku cuti sampai hari selasa baru bukak balik..takkan aku nak ambil je baju dan duit budak tu lepas tu biarkan je baju tu tersadai kat kedai..takde orang nak cop..haaa, nak macam tu??

Kejadian 2:
Akak: Adik, harga baju ni berapa? (sambil tunjuk baju contoh)
Aku: Oh, yang long sleeve ni saya tak pasti harga kak..kejap saya tanya bos ye..
Akak: haa, awak tanya dulu la, nanti akak datang balik..lepas tu nak tahu warna apa yang ada..(terus blah macam tu je)
Aku: (aku cari code baju tu lepastu whassap bos tanya harga..masa tu boss aku takde kat kuantan..ada kerja luar kawasan..so kalau aku call, boss aku tak tahu jenis baju pulak sebab aku nak bagi picture..terpaksa la whassap..)

Dah lama kemudian..

Akak: Haa dik, dah tahu harga dah?
Aku: Saya dah tanya dah..kejap ye kak..boss busy sikit..saya...
Akak: Xpelah kalau macam tu..saya pun busy jugak.(terus blah macam tu jer)

Aku ni tergamam kat tempat aku duduk tu..baru je aku nak bangun nak tunjuk warna dan picture baju, nak tanya berapa helai anggaran yang nak beli..padahal aku nak explain pun tak sempat kat dia..aku nak inform kat dia yang boss aku nak tahu berapa helai baju baru boleh tahu harga..sebab kalau nak beli banyak ni kene tahu jumlah baju dulu baru tahu harga utk satu pcs..aku tertanya2 tau, dah kenapa macam kurang ajar sangat ek abang2, kakak2, pakcik2, makcik2 zaman sekarang ni? Aku bukan tak biasa ambil order semua, biasa kalau aku deal dengan budak2 muda ke budak kolej ke atau orang yang muda2 datang nak tempah baju korporat ke, takda lagi aku jumpa yang kurang adap kesopanan kesusilaan macam tu..ni dah kenapa pulak yang umur lagi tua dari aku ni bersifat kurang adab ni?

Jadi kesimpulannya, berdasarkan tajuk aku yang atas tu terbukti bukan Orang Melayu kurang adab..sebab ada segelintir sahaja yang berperangai sebegitu..jadi sila lah hilangkan sifat kurang adab dalam diri tu, bukan apa..takut juga nanti berjangkit sifat macam tu pada anak2 mereka..berkemungkinan boleh berlaku sebab anak akan ikut apa perbuatan yang terpampang di hadapan mereka..patutnya bagi contoh yang baik..bukan pada anak2 je, tetapi pada golongan muda sekarang ni..kan lagi baik kalau golongan yang lebih dewasa lebih berbudi pekerti? Baru la boleh tegur golongan2 dan generasi2 yang baru nak meningkat remaja ni..Ini kalau dah dewasa pun bersikap macam tu, yang muda pun terikut2 sikap macam tu, yang kecil2 baru nak melihat dunia pun dah confirm terikut budaya macam tu, korang tak terasa ke suatu hari nanti persoalan aku tu bukan jadi persoalan je tapi dah jadi kenyataan? Fikir-fikirkan lah..

p/s: Bukan main entry kali ni..terasa macam aku buat karangan masa SPM dulu..hohoho





Monday, August 18, 2014

Si Ollie Yang Ditukar Nama

Assalamualaikum,

sebenarnya aku macam malas nak menaip hari ni..tapi teringatkan kisah anak kucing aku yang ditukar nama secara tiba-tiba tu, terpaksa la aku menaip pulak..takut juga nanti kalau aku tulis pasal kucing tu lain kali ada yang tak faham..

"eh, bukan dulu nama kucing tu Ollie ke? Apesal tiba2 jadi nama Oreo ni? Bla Bla Bla....."

haa, kang ada si polan yang bersuara macam ni..jadi sebelum lebih banyak yang confused, biarlah aku terangkan..malam ahad macam dah sebulat suara nak bagi nama Ollie..tiba-tiba semalam lepas balik kerja, macam biasa la si kucing tu berlari2 kejar orang balik kerja..dia nampak abah kat motor lagi berlari2 nak pergi..buat pengetahuan abah selalu layan kucing tu..tu yang bukan main manja lagi dengan abah..abah ni lepas kucing tu muncul je depan mata terus panggil "Oreo..."

eh, sejak bila jadi nama Oreo ni..pastu aku bagitau abah nama dia kan Ollie..lepas masuk dalam rumah, ma pulak buat hal..masa kitorang duk panggil Ollie Ollie..ma bagitau nama tu macam manja sangat..panggil Oreo macam sesuai sikit..aku pun terfikir sejenak, memandangkan bulu dia pun warna grey2 gelap tu macam sesuai jugak panggil Oreo..jadi nama Ollie secara automatik ditukar kepada Oreo..

sekian kisah si Ollie yang ditukar nama kepada Oreo dalam masa sehari je..hahaha

ni perangai si Oreo semalam..gedik main dengan abah sampai tertidur..maaflah, Oreo tu memang suka duduk tempat gelap2..dah la warna gelap, makin tak nampak..tempat berhabuk lagi la dia suka..apa dia ingat habuk tu macam spesies dia agaknya sebab warna sama dengan bulu (pitam!) ..macam2 hal..ok, lah nak chow..bubbye..




Sunday, August 17, 2014

Kisah Si Ollie

Assalamualaikum

Mesti korang tertanya2 siapa Ollie ni kan? Ok, meh sini aku nak cerita..sebenarnya dah lama aku cari anak kucing parsi..walaupun kat rumah dah ada kucing kampung seperti Cherry, Miu Miu, Hazel, Leo, dan Choco..tapi aku still nak ada anak kucing parsi yang boleh dimain2 dalam rumah..eerr, sebenarnya lupa nak cerita.baru-baru ni Hazel beranak lagi..dapat 5 ekor anak kucing..Cherry dengan Miu Miu tu pun tunggu masa je nak masuk wad bersalin tu..haa, korang boleh imagine tak kat rumah nanti ada berapa banyak kucing? Kitorang memang dah selalu alami perkara macam ni..tapi buat pengetahuan, biasanya kucing2 yang baru lahir tu tak hidup lama..disebabkan ibu2 mereka yang meroyan tukar anak sama suka, kadang-kadang lupa bagi minum susu, kadang-kadang tukar tempat sana sini..last2 anak2 kucing tu mati..redha jela kan..dah memang ajal anak2 kucing tu..biasanya yang akan hidup sekor je dan menjadi kucing kesayangan ibu2 yang baru beranak tu..hihihi..

ok, cerita pasal Ollie ni..sebenarnya aku duk usha anak2 kucing parsi tu harga semua memang boleh tahan la..ada yang jual RM 250-RM 650..memang tak pernah jumpa harga bawah dari tu..so aku ni macam redha, haritu dah nak terbeli seekor anak kucing warna putih dengan harga RM 200..konon tu je yang paling termurah aku jumpa..tapi bila tanya kucing tu rupanya mix persian je..kucing jenis Domestic Long Hair dan kalau tak silap ibu kucing tu DLH je..bukan pure persian la..dah mix..baka bapa jenis Domestic Short Hair..tapi kucing tu ikut baka ibu dia..jenis bulu panjang tapi(ceh, tak abis2 tapi) anak kucing tu jenis badan kecik dan tak gemuk..aku ni dah confused..macam ragu2 jer..last2 aku tak beli kucing tu..lepas tu aku terjuma lagi kat kuantan ni, ada orang nak jual anak kucing beharga RM 250, memang cute tapi bila tanya dah abis anak kucing tu..aku ni macam kecewa tahap gaban la kan..pastu owner tu ada suggest nak bagi aku free seekor anak kucing parsi ni..dia cakap anak kucing tu boring tinggal seekor je sebab adik beradik dia dah orang lain beli..tapi yang tak bestnya sebab kucing tu dah kurus tak cukup susu..dia bagitau kalau aku sanggup nak jaga, dia nak bagi free..

aku tanya kucing tu kurus sangat ke? dia cuma bagi gambar kucing tu masa tengah gemuk..memang comel warna putih cream..aku mintak gambar kucing tu yang latest tapi dia tak bagi2..last2 dia cakap tak apa la biar dia jaga dulu sampai kucing tu dah ok..aku ni memang la excited nak kucing tu tapi aku nak tahu la juga dah jadi kurus macam mana..kang tak pasal2 makin jadi kurus ke kucing tu..takut jugak aku nak ambil risiko..so owner kucing tu cakap dia nak jaga dulu..bila aku tanya kalau nak ambil after raya boleh? dia cuma bagitau aku "InsyaAllah, nanti akak bagitau balik..kalau ada rezeki adik ada la ye"..so ayat dia berbunyi macam tak nak bagi kat aku pulak..agaknya dia fikir kalau kucing tu dah sihat dan gemuk, buat apa dia nak bagi free kat aku kan? mesti boleh jual mahal lagi kucing tu..so, aku putus harap..malas dah aku ambil dengan akak tu, sebab rasa dah tak ada harapan kan..

last2 seminggu sebelum ni, aku terjumpa satu lagi owner kucing yang jual anak kucing parsi murah sangat2..memang korang susah nak jumpa owner yang begitu bermurah hati jual anak kucing parsi dengan harga RM 100 je..what? RM 100? Yup, korang tak tersalah baca..memang harga tu la yang aku dapat beli Ollie..owner tu cakap kucing tu mula2 dia dapat dari cousin dia yang memang beli pure parsi yang mahal..then, dia jaga kucing tu dan sekarang ni kucing tu membiak..tu yang anak kucing dia ada banyak.. 12 ekor kesemuanya yang dia nak jual..dia cakap kucing tu bunting lagi, kena tunggu batch lain pulak..masa aku tengok gambar tu, nampak warna hitam, oren+ putih je..lepas tu aku tanya dia warna tu je yang available ker? lepas tu baru dia bagi gambar baru..ada yang warna full putih, full hitam, full kelabu, hitam+putih, oren+putih..ok, mata aku dah nampak kucing full kelabu tu..memang dah lama aku usha anak kucing warna kelabu macam tu..entah kenapa nampak comel pulak..last2 aku booking kucing tu..booking punya la lama tapi tak bayar deposit pun..aku mintak nak bayar dulu tapi owner yang pemurah tu cakap suruh bayar masa dapat anak kucing nanti..punya la baik dia simpankan kucing tu kat aku..sepatutnya amik hari jumaat..tapi tak dapat ambil pulak..janji hari sabtu pun tak dapat ambil..sama2 busy..last2 janji hari ahad petang tapiiii ahad malam yang aku dapat datang ambil..redha je owner tu tunggu aku datang..so lepas dah ambil kucing tu, bawa masuk dalam sangkar dan letak dalam kereta, kucing tu punya la bising sambil panjat2 sangkar tu..takut betul dia..

aku dan sekeluarga ni berdesup pergi cari tempat untuk beli bekas makanan, minuman dan tempat membuang untuk kucing tu..bayangkan gila tak gila la..dah dapat kucing baru nak pergi cari bekas..memang poyo cik eyra cara kau ni..hahaha..buat pengetahuan sangkar tu pun baru dibeli hari sabtu..hoho..dah bawak masuk rumah..kucing tu still berbunyi sambil panjat2 sangkar..tapi lepas dah buka sangkar tu dan orang dah ambil pegang2 dia, terus terdiam..maybe dia takut naik kereta..malam tu jugak dia start main lari2 dalam rumah aku..macam dah duduk bertahun2 kat rumah tu gayanya..tak takut langsung..malam tu dapat ajar dia makan je..minum dengan membuang tak sempat nak ajar lagi..tapi bangun pagi tadi nampak macam dia dah pandai membuang air kecil kat pasir yang dah sediakan..fuhh, selamat la kalau macam tu..haa, lupa nak bagitau, kisah nak bagi nama ni memang pening kepala sebab sampai sekarang aku tak tahu kucing tu betina or jantan..tanya owner pun owner tak tahu bezakan..padah betul..kesimpulannya banyak nama yang kami sekeluarga cadangkan dan direject beramai2..akhirnya nama yang diberi hasil pencarian aku di Google adalah Ollie..nama tu dengar macam sedap..jadi, terus melekat nama dia Ollie sampai sekarang.. :)

p/s: nanti aku ambil gambar dia banyak2..ni gambar yang aku dapat dari owner dia masa mula2 aku nak ambil si Ollie ni..


NAMA: OLLIE
UMUR: 2 BULAN
TARIKH LAHIR: 17/6/2014


~terima kasih membaca kisah Ollie :p

Wednesday, July 9, 2014

Manusia Yang Aneh Muncul Di Bulan Puasa

Assalamualaikum,


tajuk tak boleh blah lagi..hahaha..dengan harapan ramai yang tertanya2 apakah manusia pelik itu spesies alienn??? hehe..selamat berpuasa semua..hari ni kita dah berapa hari ye puasa? hurmm, malas pulak nak kira..ok tak payah la kira, sekarang ni aku nak cerita pasal kejadian aneh yang berlaku sebentar tadi..kisahnya bermula di sini...(saspen la sangat kan..haha)

aku tengah syok duduk layan internet, tengok wassap..tiba2 ada seorang perempuan yang memakai baju shirt lengan panjang bewarna kelabu, skirt labuh bewarna hitam, memakai tudung bewarna hitam, dan juga memakai jaket nipis bewarna hitam datang ke arah aku..tapi dia tak terus tuju ke arah aku..dia pergi tengok baju jersey dan ambil sehelai kemudian digayakan di hadapan badan..aku senyum je la sebab tak tahu nak buat apa..kemudia dia pergi di satu tiang lagi, ambil baju jersey dan digayakan di badan lagi..makin lama makin dekat dengan aku..dari satu tiang sampai ke tiang yang ke 7..yang peliknya tiap kali dia gayakan baju tu mesti dia akan gayakan mengadap aku..dah macam aku ni cermin pulak gayanya..

lepas dia menapak dekat dengan aku tu, dia pusing terus pergi dekat baju2 FIFA World Cup pulak..ikuti perbualan kami:

si pelik: baju ni berapa? (sambil tunjuk baju FIFA tu)
aku: baju yang bahagian atas ni semua RM 50..
si pelik: .....just terdiam dan pandang je kat aku..
aku: baju tu RM 50 (aku cuba kuatkan suara skit..aku fikir maybe dia tak dengar)
si pelik: baju ori ke?
aku: triple A (kalau baju ori memang bukan harga RM 50 la kak oii..dalam hati aku la..hoho)
si pelik: kenapa tak cakap je baju dekat sini ori (sambil ketawa2)
aku: tak nak la saya menipu..dah memang baju tu gred triple A..(aku ketawa2 jugak)
si pelik:.....(hanya mampu diam dan duk tenung aku depan2..lama sangat macam tu sampai aku rasa rimas giler)
aku: akak nak cari baju apa?
si pelik: awak tahu tak kat mana ada pekan sari?
aku: owh, sye tak tahu la akak area ni..saya tak biasa pergi..rumah saya area lain..
si pelik: ada..InsyaAllah nanti akan dibuka..
aku: oooo, ade ye? area mane akak?
si pelik: ada kat indera mahkota (berape ntah..aku lupa dah dia cakap)
aku: owh, ok2..(ku tak tahu dah nak layan macam mana)
si pelik: .......(duk senyap pandang aku lama2 lagi..aku ni sampai tak tahu nak buat apa..last2 aku tengok handphone check wassap yang dah berapa kali aku ulang2 baca benda yang sama..tapi si pelik tu still duk berdiri depan aku senyap tak cakap apa2)
aku: akak nak pergi mana ni? (buat2 tanya soalan)
si pelik: akak nak cari rumah sewa (sambil tersenyum)
aku: ooooo, rumah sewaaaa..akak dah tengok ke kat area belakang ni? yang ada perumahan ni?
si pelik: mana? (sambil senyum lagi)
aku: ni yang kat belakang ni..kan ada taman perumahan..biasanya ada rumah sewa (beria aku tunjuk2 tangan nak bagitau area mane)
si pelik: .......(pandang aku....senyum...dan akhirnya ketawa tak berenti)
aku: ........ketawa sikit je (sebenarnya blur.....pastu aku pndang phone lagi)
si pelik: ..................(diam lagi dan duk tenung aku tak bercakap apa2)
**lama sangat..aku rasa macam nak cabut lari je..tension orang asyik duk tenung depan muka ni**
aku: akak dari tempat mengaji tu ke? (aku saja tanya sebab dah tension dia asyik duk tenung je..dah la tak bergerak pergi mana2..untuk pengetahuan, dekat dengan tempat keje aku tu, ada satu tempat khas untuk mengaji orang2 dewasa..free je)
si pelik: a'ah..(senyum lagi)
aku: owh..
si pelik: tiba2 ketawa..(bunyi ketawa tu dah macam scary je aku dengar..dari pada volume perlahan makin lama makin kuat..pastu dia berhenti ketawa..tenung aku lama2 lagi)
aku: kenapa akak pandang saye macam tu? (aku tanya dengan beraninya sebab dah mula stress layan dia..aku sedar dia ni memang something wrong somewhere)
si pelik: .......(senyum...diam je duk tenung aku)
aku: kenapa akak pandang macam tu? (aku tanya lagi sekali)
si pelik: akak balik dulu la ye
aku: ok
si pelik: ......(terus bukak baju jaket nipis hitam dia tu pastu bawak pergi ke kipas besar..duduk depan kipas sambil pegang baju jaket..seolah2 baju jaket dia tu basah kena air hujan dan nak keringkan baju)
aku: ..(just pandang...malas nak komen apa2..aku cuma senyum je kat dia..pastu aku pergi kat tempat duduk aku balik..buat2 tengok laptop..padahal aku duk jeling2 tengok apa dia buat)
si pelik: (lipat2 baju jaket tu dan sangkut dekat tangan..masa nak keluar tu dia ternampak pulak bola yang ada cop logo Pahang..dia ambil bola tu sambil lambung2 bola..pastu dia buat2 macam nak baling bola tu konon macam tengah min bola jaring tu)
aku: (pandang je ape dia buat..aku pulak dah jadi macam dia..duk tenung tanpa cakap apa2)
si pelik: (letak balik bola tu dan terus pergi)


kesimpulan cerita ni, korang rasa si pelik tu memang mengalami kecacatan otak? sebab dari jenis pakaian dia langsung tak nampak masalah..bercakap pun sopan je..tapi nampak keanehan apabila dia hanya diam dengan lama dan berdiri di depan orang sambil tenung je apa yang orang buat..selagi orang tak tanya soalan selagi tu dia akan diam depan orang tanpa bergerak walau sikit pun..aku memang bersyukur gila sebab walaupun dia mungkin mengalami gangguan mental tapi dia jenis yang bukan hiper..so tak membahayakan orang..cuma tu lah, memang tak sangka rupanya dia bukan manusia normal..

**cerita tak ada motif..saja nak merapu di bulan2 puasa ni..tapi sekurang2 nya mesti ada yang berfikir apa tindakan yang korang nak buat kalau korang ada di tempat aku??(just think..hehe)..bagi aku walaupun nampak macam biasa je perbualan tu, tapi kalau korang alami sendiri sebenarnya agak menakutkan..serius..menakutkan..


Thursday, June 12, 2014

Perkara Wajib Yang Perlu Tahu Sebelum Pergi Universal Studio Singapore

Asalamualaikum,

(amboi, tajuk entry tak boleh blah!!..haha)
selamat hari jumaat..hampir2 dah kita nak sampai ke bulan puasa..tak sabar pulak rasanya..ok, hari ni aku tak tahu nak celoteh apa, tapi sebabkan blog ni macam dah terbiar so aku kasi perah jugak idea untuk tulis entry..entry yang sebelum2 ni asyik cerita pasal cerita seram je kan? ape ko ingat ni blog seram ke cik eyra?? habis lari bertempiaran semua pembaca2 blog..hahaha..takpe2, sebab aku tak nak korang lari bertempiaran, so kali ni aku cerita tips-tips ke selangor..eh eh salah, tips-tips ke singapore..haa, ye..tips ke singapore dalam erti kata lain untuk ke Universal Studio Singapore sahaja..kenapa pulak hanya kat situ je cik eyra..kenapaaaa?? haa, jangan nak beremosi sangat..sebabnya aku hanya pergi berjalan kat situ je..maka, yang aku boleh tolong bagi tips cuma kat situ je..bhahaha..amboi, mukadimah bukan main panjang lagi kan..sebenarnya tips ni tak berguna pun bagi mereka2 yang dah pro travel ni..kalau diorang baca entry ni mesti cakap macam 'alah, ape kebenda la si eyra ni nak bagitau..benda yang super duper senang macam budak tadika ni pun nak bagi tips ke??' bagi aku tips ni memang senang dan rasanya orang takkan terperasan untuk bagi tips ni..sebabnya before aku pergi kat singapore(universal studio singapore) tu aku tak jumpa pulak mana2 tips yang bagitahu macam ni..maka, aku pergi tanpa preparation..sudahnya ada benda2 yang aku rasa macam eh annoying betul jadi macam ni, kalau aku tahu..aku tak pakai tudung macam ni, aku tak bawak bag macam ni, aku tak itu...aku tak ini....haih, penyesalan yang tiada kesudahan..ok, penyesalan tidak baik cik eyra..benda dah jadi tak perlu nak menyesal2 sangat..jadi tips ni untuk orang2 yang first time nak pergi ke USS macam aku dahulu..boleh la buat preparation sikit kan? fuhh, panjangnya aku mengomel..orait, jom terjah!!

1. Jenis tudung:
Bagi mereka2 yang muslimah dan menutup aurat ni, jenis tudung sangat diambil kira..kita kadang2 ni dah tahu nak pergi USS bukan main excited kan?? terasa macam 'eh, nak pakai tudung apa ek?? aku mesti la nak kena nampak vogue!! pastu nanti aku nak post gambar ni di istagram, facebook, blog, nak update kat twitter..baru dapat banyak like!!' hamboih, bukan main ye..tapi sebelum nak ber'vogue' tu wahai kawan2, sila pastikan anda memilih jenis tudung yang kemas..macam aku pergi haritu, aku pakai tudung syria je..yes, tudung yang just kau ambik pastu 'sauk' je di muka tu..taukah kamu perkataan 'sauk' itu..macam kita ambil pastu masukkan je di kepala..pastu taraaa!! siap..tapi sangat tak bergaya la..biasa2 je..tapi itu yang paling senang bangat dong..kalau pakai tudung lilit2 pastu jenis yang ringan2 tu habislah melayang semua jarum2 di lilitan tudung masa korang naik roller coaster mummy return tu..pastu bila lepas korang dah keluar dari tempat roller coaster korang macam pelik 'aik, ape benda yang meleret kat atas tanah ni..rasanya aku tak pakai gaun pengantin yang meleret2 tu' sekali check atas kepala?? fuhhh..fuhhh, mana nk sorok muka ni?? rupanya kain selendang sendiri dah terserabai dengan jayanya..macam tu jangan cakap aku tak ingatkan uolss ye..kehkehkeh..spesies tudung syria ni ada kelebihan tapi ada juga kekurangan..kalau pakai tudung syria ni memang senang dan mudah nak jaga..tapi malangnya sila jangan pakai tudung syria yang jenis kain licin..ini pun bahaya..kang tak pasal2 korang naik roller coaster(dah kau kenapa cik eyra asyik bagi contoh roller coaster je!!) pastu yang bahagian belakang tudung syria tu dah tertarik di bahagian belakang kepala..so bila korang dah habis bergumbira baru korang sedar kat kepala korang tu cuma tinggal anak tudung syria je..walaweyh, malu jugak tu..haha..tudung bawal pulak?? haa, tudung bawal boleh dipertimbangkan dan ada potensi untuk tidak malukan diri sendiri..hihi

2. Kasut
Kasut pun perlu diambil kira walaupun hanya di kaki..please please pleasee jangan paki kasut bertumit tinggi..eh, ada ke orang pakai camni pergi USS? entah la, tapi aku macam pernah tertengok je..munkin diorang tak nak main pun permainan dalam tu atau jugak diorang ni memang orang singapore so tak ada la nak berjalan2 macam aku yang terpegun tengok setiap bangunan pastu nak masuk dalam semua bangunan dalam USS tu..haha..tapi bagi siapa2 yang terasa macam akan jadi begitu, sila pakai kasut tertutup dan leper sahaja..sebab kalau pakai ala2 selipar/sandal, bila time korang main game ape ntah nama dia tapi game yang terbang2 kan korang di udara tu, kaki korang akan melayang2..dengan itu selipar korang pun akan melayang sekali dan tercampak di kepala orang yang melepak2 di bawah..haaa, kau nak jadi macam tu?? tapi biasanya guard yang jaga mainan tu akan suruh korang cabut selipar/sandle korang tu..jadi kalau tak nak jadi begitu, sila pakai kasut tertutup ataupun boleh beli sandle yang bertali dan kemas di kaki..tapi pastikan leper sahaja sebabnya korang akan berjalan jauh..korang tak sedar yang korang dah berjalan beribu2 batu di sana sebab asyik tengok pemandangan sana sini..sudahnya bila nak balik dan melalui imigresen tu terasa macam nak seret kaki je..sumpah tak larat**kisah benar yang terjadi pada aku, sila ambil ikhtibar**..walaupun aku pakai sandle leper je tapi dah sakit dan lenguh kaki sampai macam tu..kalau yang pakai kasut tinggi feeling2 princess dalam cerita Cinderella aku tak tahu la jadi apa pada kaki diorang..

3. Bag
Bag ni pun aku dah terkena sekali(sekali jela sebab pergi sekali je..hoho..kalau kali kedua nanti aku tak nak bawak bag macam tu)..nak senang baik korang bawa bag galas macam budak sekolah tu..ataupun macam traveller..tapi cari yang bersesuaian dan letak barang2 penting dah la..jangan dibawa macam orang inggeris yang datang melancong kat malaysia tu..mau jenuh korang seret bag kalau besar gitu..haha..rasanya tak perlu bawa handbag bagi yang umur2 muda belia seperti aku ni(cewah, muda belia konon)..eerr, tapi bagi auntie2 tu bawa la ye..karang rasa macam lost pulak kan tak bawa handbag..terasa kosong je..bagi yang muda2 ni aku cadangkan bawa bag galas je..senang nak main roller coaster(apakah??? contoh roller coaster lagi??) kalau tak nanti korang kena kepit handbag kat sisi korang..kalau terjatuh bag tu memang sia2 jela..ataupun korang terpaksa letakkan dalam peti khas atau tempat khas yang disediakan..tapi rasa macam tak secure je(aku memang macam tu, orang lain ok je letak)..kesimpulannya, biarlah kita senangkan dan puaskan hati sendiri..bawak je bag galas tu..

4. Pakaian
Jenis baju dan warna baju sangat penting!! Pakai baju yang selesa je..jangan nak bergaya sampaikan tak boleh main kat sana sebab baju terlebih labuh mencecah tanah..tak boleh main mainan ni sebab takut baju terkepit kat celah2 besi..haa, kan menangis kalau pergi USS tapi tak dapat bersuka ria macam rakan2 yang lain..jadi sila pakai baju yang selesa..penggunaan warna pulak aku rasa sesuai kalau pakai baju yang bewarna agak gelap..sila jangan pakai warna yang terang benderang dan kain jenis susah nak kering..sebabnya?? haaa, sebabnya di USS banyak juga mainan yang berasaskan air..jadi bila korang memakai baju warna terang pastu kena splaassssshhhh dengan air...basah lencun la kau di situ ye..pastu pergi mana2 pun orang nampak baju yang basah tu..nak ambil gambar pun susah sebab baju dah tak cantik..jadi, kalau ambil warna gelap dapat la selindung sikit baju yang dah basah tu..masih boleh ambil gambar dengan gumbiraaa..haha..memang nampak macam malap dan bosan bila pilih warna gelap kan? 'apekah, pergi USS kot takkan la pakai baju yang malap dan gelap macam orang berkabung je cik eyra ooiii'..jadi untuk nampak kecomelan korang yang sudah dilitupi oleh warna awan mendung tu, baiknya korang pilih tudung yang bercorak/bewarna ceria..padankan dengan bag korang yang ceria2..dan kasut korang yang cantik..tetap akan teserlah kecomelan korang bila bergambar di globe besar USS tu... 
**sila bawa juga baju hujan dari rumah..kalau tak ada baju hujan beli dulu dan bawa spare di dalam bag..alah, baju hujan yang murah jenis warna jernih tu pun dah ok..sebabnya ada game yang menyebabkan baju korang basah lencun..jadi kena guna baju hujan..kat USS ada jual baju hujan tapi harganya jangan ditanya..mahal sesangat..macam tak berbaloi untuk harga baju hujan..aku dah terkena sebab tak bawa baju hujan..pastu nak beli macam tak berbaloi jadi terpaksa skip..tak boleh main mainan tu..sedih sedih**

5. Air mineral
Bawa air mineral kalau boleh 2 botol seorang..kalau rajin nak bawa banyak lagi pun boleh..kalau nak bawa botol mineral yang besar tu pun boleh(tapi bersiap sedia la bag korang akan berat..haha)..sebabnya kat singapore panas..korang pulak akan berjalan ke sana ke sini pusing sana pusing sini..memang korang akan dahaga..jadi boleh la minum air mineral yang korang bawa tu..kalau nak beli air di sana pun boleh tapi harga mahal..dan kalau nak beli air yang botol jenis pelik2 berbelit sana sini tu pun boleh juga..tapinya nanti bila air tu habis takkan korang nak beli lagi sebotol pastu duk belit2 kan lagi botol tu di leher korang?? memang tak la, dah macam orang gila duk bawak berbotol2 jenis air..so, boleh la korang isi air mineral tu dalam botol korang yang gojess baru beli tu kan..botol air mineral yang biasa tu korang boleh masukkan dalam tong sampah..sampai di situ sahaja khidmat botol mineral itu..bersemadilah beliau dengan aman..eh eh, belum lagi!! satu lagi botol mineral tu jangan pula dihabiskan..botol tu sila bawa masuk tandas untuk menyucikan diri selepas anda membuang air..di sana tak sediakan air untuk membasuh ya..hanya tisuuuuu..yes, hanya tisu sahaja..jadi kepada orang islam dan melayu, atau yang jenis memang membasuh guna air selepas membuang air tu tolong spare air untuk ke tandas..

aku rasa cukuplah 5 tips je aku bagi..tu pun dah panjang berjela-jela entry ni..aku ni kalau menaip memang tak boleh nak pendek2 ke haaa?? ok tak apalah..jadi, aku harap kepada yang baru nak jejakkan kaki ke singapore USS tu boleh la sedikit sebanyak dapat ilham dan tips untuk ke sana..tips aku tak hebat macam orang lain pun, cuma boleh la membantu kepada yang baru 1st time nak pergi kan..hehe..chow dulu korang!!

p/s: dah kenapa entry ni tak ada gambar langsung?? sebab cik og baru format laptop..dan aku guna laptop dia..dia tak bagi aku download apa2 gambar, software dan sebagainya lagi sebab belum run anti virus..maka, aku kena ikut cakap tuan tanah..nanti kalau dah ok, entry aku yang akan datang ada picture ok..tata (^,^)Y

Wednesday, April 30, 2014

Koleksi Cerita Seram Pengalaman Sendiri - Part 3

Assalamualaikum,

wahai reader2 tersayang..maafkan patik yg tak habis2 lagi buat karangan pasal cerita seram ni..sampai dah part 3 dah ni haaa..hahaha..sebenarnya nak cerita banyak2 dalam satu part..tapi disebabkan cerita panjang sangat tak boleh la nak cerita banyak2 story..nanti korang bosan sampai tertido pulak baca sory mory aku ni kan..oleh itu..ceeaaa, oleh itu konon..jom la kita sambung tajuk lain pulak ye..


4. HANTU PON*****K

Ceritanya bermula begini. Masa aku umur dalam ermmm ermmm brape ek? hahaha..lupakan pasal faktor umur aku tu..yang pasti tu zaman kanak2..umur lupa la pulak..zaman tu aku sekeluarga tidur di rumah tok..rumah tok zaman tu 2 tingkat tau..alaa, rumah kampung yang berkayu tu la..kalau orang berjalan atau berlari memang tahap boleh dengar dengan jelas..kalau rumah batu zaman sekarang ni tak ada la sampai bunyi jelas macam tu kan..biasanya bila nak tidur kami sekeluarga akan ambil bilik bawah..bilik bawah ni ada 1 je masa tu..bilik tu berada di kawaan dapur..bilik yang lain semua kat tingkat atas..memang seram tiap kali nak tidur sebab aku ni kan suka fikir bukan2..hahaha

satu malam tu, aku tak boleh tidur..aku pandang ma aku dah lena tidur..aku jenguk abah aku pun dah tidur..psss, buat pengetahuan, kami tidur kongsi 1 bilik..aku, ma, dengan abah tidur kat bawah je..cik Og sorang tidur kat atas katil yang double decker tu(sebab dah tak muat nak tidur kat bawah)..bilik tu sempit je..so, bila aku dah amik port tidur kat sebelah ma, cik Og yang dah besar sikit masa tu terpaksa la tidur sorang diri di katil double decker tu..tapi katil tu dengan tempat yang kitorang tidur tak jauh pun..kan dah kata bilik tu kecil je, jadi dekat je jaraknya..hehe..aku tidur kat hujung sekali kat belah tingkap..manakala sebelah aku ma dan diikuti last sekali abah yang berada berhampiran dengan pintu bilik..

aku pandang je tingkap kayu yang berdekatan dengan aku tu..aku terfikir2 kalau ada 'benda' yang nak cuba bukak tingkap kayu tu memang senang sangat sebab tingkap tu buruk je..sekali kopak je memang tercabut terus tingkap tu..masa aku duk mengelamun tu, tiba2 dengar zink(atap zink) tu macam berat semacam..terasa seolah2 ada 'benda' yang berat sangat duduk kat atas tu..nampak jelas zink tu terjatuh ke bawah sedikit..alaah, dalam otak aku ni tak fikir benda lain..aku ingatkan kucing duduk kat atas atap tu..jadi aku tengok jela atap zink yang lendut tu..tak lama lemas tu, diikuti dengan bunyi cakaran dari benda tajam kat atas atap tu..haaaa, kan aku dah cakap, mungkin ada kucing besar yang tengah cakar atap kat bilik aku tu..jadi, sila abaikan je anasir2 bunyi kat atas atap tu..

selepas bunyi cakaran yang kuat di atap zink tu, aku dapat rasa dengan jelas 'benda' tu terbang dari bilik aku dan pergi ke bilik lain pula..dia punya terbang tu fulamaakk..ni yang aku nak cerita ni..dia langkau jauh betul korang tahu tak?..macam dari bilik aku ni terus tuju ke bilik mak sedara aku yang berada di tingkat atas tu..gila kau!.eerrr, ni sekarang ni aku nak buat kesimpulan macam mana ye? tadi aku cakap kucing kan? dah tu kenapa kucing tu tak lompat macam biasa je? dah kenapa nak langkau jauh2 pulak..dah la berat giler..aku dah mula syak something..haaa, agak2 ayam besar kot yang main lompat2 terbang2 kat atas ni..lepas 'benda' tu duk main lompat2 kat atap rumah ni..dia terus senyap sunyi lepas tu..

fuhhh, selamat! aku ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari..lepas 'benda' tu senyap macam tu je..aku pun pandang la belah abah aku di dinding..kat dinding atas belah abah aku tu ada cahaya lampu dari luar..cahaya tu dapat masuk sebab ada batu bata yang untuk angin tu..alaa, aku tak tahu la macam mana nak explain..tapi kan setiap rumah orang ada batu untuk bagi angin masuk yang macam bercorak2 sikit tu..biasanya di bahagian atas sedikit..tapi kalau rumah orang yang guna aircond tak ada la sebab takut nanti keluar pulak angin dari aircond tu..hehehe..ok, sambung story..masa aku pandang kat cahaya yang terpancar dari pantulan batu angin tu, aku nampak satu lembaga yang berambut panjang sedang melayang di luar tingkap bilik aku..ok, aku ulang lagi sekali..dia bukan berjalan ok, tapi dia macam melayang sebab cara dia lalu tu sangat smooth..bukan cara orang berjalan...seolah2 kita berdiri atas satu benda yang ada roda dan benda tu digerakkan perlahan2(macam korang tengok cerita seram2 tu la macam mana benda tu berjalan kan? haaa, macam tu la gayanya)..yang pasti benda tu rambut sangat panjang..dan aku tengok bayang2 dia je pon aku dah cuak..kalau tengok depan2 dengan jelas agaknya aku pengsan terus..

akibat takut, aku terus pejamkan mata dan tak bukak2 dah..aku rasa memang style aku macam tu kot..kalau aku takut sangat mesti aku tutup mata tak bukak dah..walaupun aku rasa benda tu ada dekat je dengan aku..haaa, macam tu la style aku sampai ke besar ni..hihi..keesokan harinya, bila aku tanya cik Og pasal semalam, rupanya dia pun tak tidur jugak..dia dengar sama dengan apa yang aku dengar.maksudnya malam tu aku tak keseorangan la..tapi sebab cik Og tidur di atas so aku tak tahu dia dah tidur ke belum malam tu..dan mak sedara aku jugak cerita malam tu dia dengar bunyi 'benda' atas atap..siap mengilai2 lagi..pastu mak sedara aku ambil penyapu pastu dia jolokkan ke atas atap tu..benda tu mengilai2 pastu terbang entah ke mana..eei, seram pulak bila aku fikir pasal ni..mujur aku tak dengar benda tu mengilai malam tu..

p/s: ok kengkawan, aku dah abes story pasal kali ni..mesti berpeluh2 kan baca sebab panjang sangat..apa2 pon, terima kasih kerana baca cerita aku yang tak seberapa ni..nanti aku story untuk part 4 pulak ye.hehe..chow!


**kucing besar? ---ayam besar?---lembaga rambut panjang(mengilai)? = Ooooo, rupanya hantu Maya Karin...

Monday, April 28, 2014

Koleksi Cerita Seram Pengalaman Sendiri - Part 2

Assalamualaikum, 

Ok pembaca2 sekalian..aritu aku dah post entry pasal  Koleksi Cerita Seram Pengalaman Sendiri - Part 1 kan? Haritu ingatkan nak cerita banyak2..tapi al-maklum lah, aku ni kalau bercerita satu kisah je pon dah berjela2 panjangnya.. Jadi haritu dapat tulis 2 kisah je..baiklah, siapa yang suka baca cerita seram? Boleh sama geng dengan aku..aku pun suka baca cerita2 seram ni..tapi malam karang kau tengok la aku mula pandang kiri pandang kanan fuhh kiri fuhh kanan sebab ketakutan..hahaha..aku sebenarnya banyak juga la kisah seram kalau nak diceritakan..yang paling latest sekali kisah Misteri Kondo Berhantu tu..kalau nak baca boleh tengok entry sebelum2 ni..dekat blog Cik Og pon ade jugak cerita aku tu..ok, jom kita continue cerita seram aku ni..ayuhhhhh!

3. HANTU ALMARI 
Ni ade lagi kisah hantu di hostel..alah, macam biasa..kalau dah namanya asrama kan kat mana2 pun ada kisah tersendiri. Kejadian ni berlaku bukan semasa aku berada di asrama kolej tapi semasa di sekolah teknik. Aku kan sempat stay kat asrama. Pastu aku mintak keluar dari hostel sebab aku tak suka duduk hostel..Aku ni memang macam ni, tak suka kalau hidup kena kawal bagai..time makan, time tidur, time mentelaah, time bersukan semua orang yang aturkan..aku tak suka hokeyyy! jadi, aku pun keluar dari asrama..huhu..eh, ape melalut ni..jom kita sambung balik story tadi..sebenanrya benda ni terjadi disebabkan time tu aku tak sihat..Aku demam..disebabkan aku demam, aku pun tak pergi la kelas hari tu..sebenanrnya hari tu hari jumaat..kalau dah hari jumaat tu boleh agak tak sekolah habis pukul berapa? Mesti la habis pukul 12 kan? Tapi masa kejadian ni berlaku aku rasa macam azab betul nak tunggu budak2 room mate aku ni balik dari kelas..ntah dah rasa macam bertahun2 aku tunggu diorang..ok, sambung dari awal sebab takut nanti korang tak faham cerita..Aku bangun pagi tu (maybe dalam pukul 9). Aku tengok sekeliling aku dah sunyi sepi..satu blok asrama tu sunyi sebab semua budak2 pergi kelas..memang tinggal aku soranng2 je kat dalam bilik, dalam dorm, dalam 1 level, dan dalam 1 bangunan..alah, senang citer macam korang duduk sorang2 diri kat dalam 1 bangunan sekolah..haaa, macam tu la bangunan asrama tu punya style..jadi, memang persekitaran sunyi sepi la..Aku ni nak bangun pergi mandi pun macam tak larat..pening2 kepala campur rasa loya.. Last2 aku terbaring je kat katil kawan aku..kenapa aku tidur kat katil kawan aku? Sebab katil aku kat atas..kan katil bertingkat..jadi nak senang kawan aku suruh tidur kat katil dia je..hihi..

aku cuba pejam mata sebab rasa macam pening bila aku bangun tadi(konon nak pergi tandas)..time aku pejam mata tu dengar macam ada orang lalu di tepi koridor bilik tu..aku bukak mata, memang nampak ada bayang2 orang..pastu bayang tu ketuk pintu bilik..aku ni mula cuak..benda tu buka pintu bilik aku tu perlahan2, rupanya2 pengawas yang bertugas..dia datang bawakkan ubat untuk aku..lepas dia dah bagi ubat dan dah check tahap sakit aku tu, dia blah sebab dia tanya nak pergi klinik or tak tapi aku tak nak kan..lepas dia blah tu aku mula nak sambung tidur balik..aku pejam mata aku..tapi aku buka mata aku balik sebab aku dengar pintu almari bunyi 'kreekk krukk krekk krukk'  dengan perlahan..ok, aku nak korang imagine sikit bagaimana rupa dorm aku tu..bilik tu ada banyak katil double decker..pastu bilik tu besar tapi terbahagi dengan penghalang(tembok dinding) di tengah2...tapi still boleh lalu kalau nak pergi ke belah 'sana'..so bilik tu macam terbahagi kepada 2 bahagian la kan..belah aku ni ada banyak katil double decker dan almari..yang belah satu lagi tu pon sama jer..tapi aku jarang pergi yang belah sana sebab aku ni bukannya kaki berjalan walaupun sebenanrnya bilik tu dikira sama je..tapi, masa aku pejam mata tu..bunyi almari kat belah sana kuat sangat..aku ni macam stress sebab aku dah la tak sihat kan..yang hairannya belah sana tu mana ada pasang kipas sebab tak ada orang..yang belah aku duduk ni ada la kipas sebab aku guna kan..tapi yang belah aku ni tak ada bunyi pulak..kesimpulannya, aku buat keputusan malas nak ambik tahu..aku sambung pejam mata..tapi almari tu makin kuat pulak bunyinya..tadi cuma berbunyi pintu almari terbuka 'kreekk krukkk' macam tu je..ni siap bunyi macam pintu almari yang dihempas kuat..aik, nak marah apa pulak ni? Aku terus bangun dan berjalan laju ke sana..Aku intai belah sana tu, tak ada apa-apa pun..Pintu almari semua tertutup kemas..Aku pergi semula ke katil dan cuba nak tidur. Aku pejam mata..Eh, lagi sekali bunyi tu datang. Aku tak puas hati lagi. Aku pergi check lagi sekali kat belah sana. Siap aku tekan2 sikit almari tu nak bagi betul2 kemas. Lepas tu aku sambung nak tido.. Bunyi tu datang lagi. 

Aku ni bengang bukan main.. Tapi aku malas nak layan dah sebab aku ni dah la tak sihat.. Tiap kali aku bangun aku rasa macam nak pitam pun ada. Last2 aku biarkan je bunyi tu memekak kat belah sana tu..tapi malangnya bunyi pintu almari tu dah melarat ke belah aku pulak.. Aku bukak mata tengok banyak pintu almari yang duk teganga terbuka tertutup terbuka tertutup..tapi yang belah aku ni slow je.. Aku bangun lagi sekali dan tutup semua pintu2 almari tu.Aku anggap jela pintu tu terbuka dan tertutup sebab ada kipas kan..so maybe almari tu terkena angin(kononnya lah).. lepas aku dah tutup pintu2 almari tu, aku baring semula dan pejam mata.. saat tu, aku dapat rasa ada 'benda' yang berlari mengelilingi aku..laju sangat! kalau dah manusia mana mampu nak lari macam tu memandangkan katil banyak di situ..ini seolah2 'benda' tu berlari tanpa ada halangan..macam boleh tembus macam tu je melalui katil2 kat situ.. Aku langsung tak bukak mata, aku syak ada something yang tak kena ni..jadi aku terus tutup mata tak bukak2..dalam hati memang dah berdoa macam2.. aku berdoa supaya budak2 bilik aku ni balik cepat..tapi aku rasa macam lambat sangat nak tunggu pukul 12 tu..lama2 aku rasa 'benda' yang berlari tu berhenti..tapi aku tak boleh rasa lega lagi sebab aku dapat rasa 'benda' tu datang kat aku..memang serius dapat rasa tilam yang aku tidur tu macam kedalam sedikit..alah, macam kalau ada orang duduk kat sebelah kita mesti kita dapat raa tilam tu kedalam sikit kan..dan benda yang paling aku tak boleh lupa bila aku dapat rasa benda tu bernafas or hembuskan nafas betul2 di tepi telinga aku..terasa panas telinga aku sebab hembusan nafas tu..sekali lagi, aku langsung tak bukakan mata aku..aku tahu kalau aku buka mata aku memang boleh nampak 'benda' tu betul2 kat sebelah aku agaknya..jadi aku buat keputusan tak nak buka mata aku walau apa pun jadi, walau apa pun 'benda' tu buat untuk tarik perhatian aku..one more, aku ingat lagi tanda2 kalau nak kena rasuk mesti akan rasa panas kat telinga or aa macam ada benda berbisik kat telinga kan? Sebab aku nak elakkan dari kena benda2 macam tu, dah macam2 surah aku baca.. Ayat kursi tak berhenti keluar dari mulut aku..dan dalam pada duk baca ayat kerusi tu, aku tak tersedar langsung aku dah tertidur..aku hanya tersedar bila kawan2 bilik aku semua dah balik dan diorang kejutkan aku..diorang tanya aku tak sedar ke ada cermin kaca pecah betul2 berhampiran kepala aku..aku terkejut..memang aku tak sedar langsung kejadian cermin kaca pecah tu..yang aku tahu lepas ada 'benda' mengacau aku tu aku terus tertidur dengan lena..langsung tak dengar sebarang bunyi..agak2 korang 'benda' tu nak marah sebab aku tak tengok dia ke? Entahla, yang pasti aku bersyukur sebab cermin kaca tu tak terkena aku..


p/s: kan aku dah cakap kalau aku tulis memang confirm akan panjang..nampak gaya cerita yang lain tu terpaksa buat part 3 dan seterusnya la pulak ye..hehe..maafkan aku kalau ada salah ejaan sebabnya aku dah malas nak edit..pandai2 la korang teka tu 'word' ape ye..hahaha..chow!!