Saturday, February 12, 2011

sOuLmAtE??

ehem2..nak wat entry pasal orang dewasa la..boley tak..kahkahkah..cam geli jer cakap camtu..sepak kang baru tau..hahaha..okey ni..tak entry orang dewasa pon..budak2 pon boleh baca pe entry ni cume jangan la nak feeling over2 lak..hihihi..nak citer pasal soulmate..huahuahua..bajet cam tahu jer yer cik eyra...tak de la..aku sebenarnyer dapat sumber dari sebuah blog yang menceritakan 1001 rahsia diri...haaaaa, puas hati??..tak de maknenyer kalau aku nak researh and wat ayat sendiri pasal bende2 alah ni..aku tak de mase tau..hohoho..kepada sesapae yang tengah feeling2 di awangan tu bace la yer..sesape yang masih single cam aku ni pon boleh jer bace..tak dikecualikan pon..huahua..

8 Petanda Dia Adalah Soulmate (jodoh)

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

So, apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa sidia jodoh (soulmate) kita atau bukan? JOM KITA LIHAT!!!!

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan² petanda di atas telah kamu temukan padanya?

haaa, so camne??ade ker petanda2 tu kat pakwe or awek korang..kalau takde tu putus2 jer la..wat serabut kepala otak jer..bukannyer soulmate korang pon..wahahahaha..eh, ape nie!!..camne la aku nak jadi penasihat kalau perangai camni..hihihi..tak2, maksud aku kalau takde tanda2 di atas ni tak bererti diorang bukan soulmate korang..ni just petanda yang diciptakan oleh manusia kan..mane lah tahu kalau diorang betul2 jodoh korang kan?(kali ni jadi tak nasihat aku??..wehehehe)..dah la, makin banyak aku merepek sejak akhir2 ni..maklum la, dah nak kene anta assingment..sebab tu kepale aku agak kurang betul skit..hihihi..adios..

p/s: bile la aku nak sentuh assingment managing people ni..OMG, mane ilang mood rajin aku ni..I NEED YOU!!

No comments:

Post a Comment